Kami keluar dari kedai pakaian berjenama polo's. Bunyi getaran telefon di pinggul, memaksa untuk aku meletakkan beg-beg plastik tersebut.
Fuh, bahaya shopping dengan anak Jeon ni. Habis duit aku dikebasnya. Nasib ada kad kredit yang Taehyung berikan dekat aku tempoh hari.
Aku yang shopping, dia yang borong satu mall ni. Sudahnya bayar guna duit aku. Dia blah dulu. Dasar Jengkuk tak guna.
Permukaan screen telefon aku tenung sekejap. Cuba memahami bait-bait kata dari Taehyung.
Gulp.
Pesanan ringkas yang masuk ke dalam telefon membuatkan pernafasan aku terlekat di kerongkong.
Husband
Datang ke kereta. Tinggalkan Jebon kau tu dekat situ. Datang cepat ataupun you die.Gulp. Gulp.
Air liur ditelan kesat oleh aku. Ekor mataku mengerling perlahan jungkook. Dikatup mataku apabila terasa angin sejuk menerpa ke muka.
Dalam mall pun ada angin er? Aku menampar perlahan pipiku. Moga bangkit dari mimpi ngeri ini. Namun keadaan masih serupa seperti tadi.
Aku menghembus perlahan nafas lalu bangkit dari kerusi. Jungkook memandang aku pelik.
"Kook, aku balik dululah. Husband aku dah text suruh aku balik"
"Eo? Dah nak balik. Baiklah, kau kirim salam dekat seben ganteng plus aum aum kau tu. Moga berjaya"balas jungkook ceria lalu menyambung aktiviti menjilat ais krimnya.
Jungkook aku tenung dalam. Mamat ni kan, macam tau-tau lepas ni aku kena berhadapan dengan baran si suami.
Taehyung bukan boleh dibawa main. Api barannya lain macam. Silap langkah, aku yang akan menerima padahnya.
Langkah aku bawa menuju ke pintu utama mall. Selang dua langkah, kelihatan susuk tubuh Taehyung sedang menyandar di pintu kereta sambil merenungku tajam.
Aku hiraukan pandangan tersebut lalu bonet aku buka. Disebabkan perasaan aku yang bergelora menahan ketakutan ketika ini, bagaikan siput sedut aku menyusun beg plastik di dalam bonet.
Jangan salahkan aku. Salahkan Abe Taehyung. Dia yang buat aku jadi tak keruan macam ini.
---
Pintu kereta aku tutup lalu menarik tali pinggang keledar keselamatan. Taehyung di tepi langsung aku tak jeling walau sekilas. Dah tau dia tengah pandang aku sekarang ini.
Senyuman mencuka dipamerkan oleh taehyung lalu dihentakkan tangannya di atas stereng kereta tersebut. Terhinjut bahu aku dek kerana terkejut dengan perbuatannya.
"Kau buat daddy geram"
Usai menuturkan ayat berbaur amaran tersebut, terus ditekan pedal minyak menyebabkan kereta audinya meluncur laju di atas jalan raya.
Aku segera menjauhkan diri daripada duduk berdekatan dengannya. Kedua-dua kelopak mata aku pejam rapat.
Sempatlah aku berpura-pura tidur kan? Lagipun perjalanan pulang ke rumah memakan masa paling kurang setengah jam.
Mulut sengaja aku biarkan terbuka sedikit. Bunyi dengkuran halus dikuatkan sedikit oleh aku agar segala niat Taehyung ingin menyerangku tergendala sebentar.
Sekurang-kurangnya kasi aku kesempatan untuk jejak kaki di rumah dahulu. Terasa tangannya di atas permukaan pipiku, terus aku keraskan badan.
"Sleep well baby, aku dah tak sabar nak balas dendam nanti"
Gulp.
Aku memaksa diri untuk diam. Telingaku menangkap bunyi rengusan nafas kasar Kim Taehyung. Bunyi enjin kereta audi Taehyung mengaum keras menegakkan setiap bulu roma aku.
Bang bawak bertenang bang. Aku tanak mati awal bang. Hatiku mengucap panjang apabila terasa kereta ini melencong tajam di kawasan selekoh sehingga membuatkan aku sedikit tergolek ke tepi.
Aku lebih rela berhadapan dengan Taehyung korek telinga dan garu punggung daripada Taehyung versi daddy. Seramnya lain macam sehingga bikin aku hanyut, lalai dan seangkatan dengannya.
-tbc-
Bab ni panjang sikit ya
530 words.
YOU ARE READING
[C]Mr Sugelus •Kth•
Romantik"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung" - Jessica Park "Seokjin. Kim Seokjin, your worlwide handsome. Nice to meet you dear Jess." - Kim Seokjin Seorang lelaki asing yang menyelit masuk dalam hidupnya tela...