Hampir sebulan berlalu perubahan mendadak sikap suaminya mencetuskan kerisauan terhadap wanita itu.
Jessica mengeluh kecewa. Telapak tangannya dibawa ke perut. Baby bump yang kelihatan dia cuba sembunyikan.
Taehyung masih tidak dapat mengesan tentang kehamilannya. Patutlah selama ini lelaki itu kerap kali muntah serta mengidam makanan yang pelik-pelik.
Ianya kesan daripada pembawakan bayi yang sedang dikandungnya. Dia tersenyum sendiri tatkala melihat taehyung sedang melahap dengan gelojoh ttaebokki hasil air tangannya.
Dia bergerak ingin menyapa lelaki tersebut. Namun belum sempat dia menghampiri Taehyung, lelaki tersebut terlebih dahulu meninggalkan meja makan.
Terkedu jessica dengan sikap dingin suaminya. Dia tersenyum tawar melihat kelibat Taehyung yang menghilang ke dalam bilik tidur mereka.
Jika ditanya sepatah, dia akan membalas sepatah. Perkara ini berulang setiap kali Jessica menunjukkan tanda-tanda mahu bermesra dengannya.
Dia rindu lelaki tersebut. Jessica rindu semua tentang lelaki itu. Air mata yang bergenang di tubir mata diseka perlahan olehnya.
Jessica masih buta untuk menilai status kesihatan suaminya yang ternyata merosot saban hari. Kesihatannya semakin merosot.
Bunyi telapak kaki seseorang menyebabkan jessica mendongakkan kepalanya. Wajah pucat Taehyung ditenung oleh wanita tersebut.
Tanpa menghiraukan wanita tersebut, Taehyung meloloskan diri melalui pintu utama dengan langkah tergesa-gesa.
Dia sedar riak wajah mendung Jessica. Taehyung tidak berhenti mengucap kata cinta terhadap si isteri di dalam hati.
Ada sebab dia jauhkan diri dari Jessica. Walaupun dia yakin hati wanita itu tercalar, semua ini ada kebaikannya.
Permergiannya kelak tidaklah terlalu ditangisi Jessica. Tak gitu?
---
Sungai han menjadi tujuan utamanya. Nafas dihembus perlahan sambil matanya terkatup menikmati bayu angin yang datang menyapa wajahnya.
Kenangan-kenangan manisnya bersama jessica menerbitkan senyuman tawar di wajah Taehyung. Dia tersenyum kecil tatkala melihat seorang kanak-kanak sedang bermain bersama ibunya.
Dia mengimpikan seorang zuriat dari Jessica. Namun Taehyung tahu mustahil baginya untuk bertahan sehingga Jessica selamat melahirkan cahaya mata mereka.
Dia tahu masanya tidak lama. Segaris senyuman muncul di wajah taehyung tatkala memori pertama kali dia bertemu dengan Jessica diulang tayang di fikiran ibarat kaset rosak.
Baginya jessica tidak ubah seperti anak ayam. Terlalu kecil dan comel. Memerlukan seseorang untuk melindungi dan membimbingnya.
...
Enjin kereta dihidupkan lalu kereta audi Taehyung bergerak meninggalkan Sungai han.
Pedal ditekan kuat. Kesedihan yang menyelubungi diri menyebabkan dia bertindak diluar batasan tanpa sedar.
Tidak sedar akan kehadiran lori dihadapan Taehyung menekan lagi pedal minyak. Satu sinaran muncul dihadapan kereta, menyebabkan kereta Taehyung mula hilang kawalan.
Bbang!
Rempuhan kuat kedengaran menyebabkan suasana menjadi lebih cemas. Darah mengalir di celah celah telinga Taehyung. Lelaki tersebut tersenyum kecil sebelum perlahan mata dipejam.
"S-saranghaeyo Jessica Park-"
-tbc-
Sabar ya anak-anak tak habis lagi 🐒
![](https://img.wattpad.com/cover/204231251-288-k420791.jpg)
YOU ARE READING
[C]Mr Sugelus •Kth•
Romance"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung" - Jessica Park "Seokjin. Kim Seokjin, your worlwide handsome. Nice to meet you dear Jess." - Kim Seokjin Seorang lelaki asing yang menyelit masuk dalam hidupnya tela...