Jessica menepuk bahu Taehyung. Sekali-sekala lelaki itu batuk. Nafas yang dihembus juga agak kasar. Jessica sudah diserang perasaan risau.
"Tae okay?"
Dia menarik tangan aku lalu diletakkan di dadanya.
"Aku okay je, Terima kasih Jessica untuk semuanya. Ingat, aku akan tunggu kau nanti di sana"
Aku menangis. Sebak didada sudah tidak mampu tersimpan. Aku pegang kuat tangan Taehyung.
Taehyung membalas dengan senyuman.
Perlahan-lahan Taehyung letak kepalanya di bahu aku. Dia menepuk lembut pahaku. Aku tersedar dari lamunan.
"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung"
...
Aku memandang keindahan suasana di taman pada petang itu. Taehyung yang sudah senyap tidur di bahu aku tenung lama.
Air mata yang menitik laju dari kelopak mata aku biar sahaja. Jari-jemari aku mengelus lembut rambut Taehyung.
"Grazie.. (Terima kasih) kerana teman saya sehingga saat ini Kim Taehyung. I will always luv you "
Aku mengangkat kepala Taehyung yang sudah lama tidur di bahu aku.
Aku tarik dia dalam pelukan. Tiada bunyi dengkuran. Tiada bunyi helaan nafas.
Tiada bunyi degupan jantung.
"T-taehyung, we will meet soon "
---
Makam milik suaminya direnung sayu. Kelopak matanya tidak henti-henti menghasilkan air mata.
Tangan ditekup ke perut lalu diusap perlahan. Walaupun baru beberapa jam tempoh permergian suami tercinta, dia sudah merindui lelaki tersebut.
Bagaimanalah dia mahu menghadap hari-hari yang seterusnya?
Namun dia yakin Tuhan ada untuknya. Jessica bangkit dari melutut lalu debu-debu yang melekat di hujung gaunnya diseka perlahan.
Langkahnya dibawa menuju ke destinasi yang tak pasti. Buat masa ini dia yakin dirinya tidak kuat untuk kembali ke rumah. Terlalu banyak kenangan di rumah itu.
Langkahnya laju dibawa menuju ke kereta sehingga menyebabkan dia terlanggar seseorang.
"Aduh! Ah,maafkan saya noona "
Lelaki itu meminta maaf tanpa memalingkan kepalanya. Jessica mengusap bahunya yang sakit. Suara lelaki tersebut membuatkan Jessica berpaling. Namun lelaki itu sudah jauh dari pandangannya.
Mutiara jernih jatuh menuruni pipi gebu jessica. Air mata diseka pantas oleh jessica lalu dia meneruskan langkahnya ke kereta.
"Tunggu saya Taehyung, kita akan bertemu jika diizinkan Tuhan. Cinta saya pada awak takkan pernah luntur. Saranghaeyo Kim Taehyung "
-tbc-
Ah, akhirnya cerita ni hampir menemui penamatnya. 😌
YOU ARE READING
[C]Mr Sugelus •Kth•
Romance"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung" - Jessica Park "Seokjin. Kim Seokjin, your worlwide handsome. Nice to meet you dear Jess." - Kim Seokjin Seorang lelaki asing yang menyelit masuk dalam hidupnya tela...