"Ala.. Janganlah marah. Aku tertidur waktu tu, sebab tu aku TERmungkiri janji tu"
Jessica menjeling kelibat taehyung yang lalu disebelahnya. Mata dijengil ke arah taehyung tanda geram.
Ialah, sebab dia jessica kena bebel dengan min hwa sekarang ni.
Nasib lah dia cepat mereka alasan bahawa yang dia tertidur ketika itu.
Aish, ada suami tak boleh pakai.
"Ha, ha lepas ni aku tak buat lagi dah. Sudah la tu membebel. Cair dah pun tahi telinga aku ni dengar kau membebel dari tadi"
"Kaulah, berejam aku tunggu kau. Last-last dapat tau yang kau tertidur. Kau tau aku rasa apa? Rasa bangang"
Suara min Hwa jelas kedengaran di hujung talian. Masih memarahi jessica.
"Haduh, haduh! Min hwa, aku call kau balik nanti! Sakit perut!"
Jerit jessica lalu segera mematikan talian.
Taehyung yang sedang bermain telefon dipandang.
"Urgh"
Mata digulingkan lalu langkah diorak menuju ke biliknya. Masih ada kerja yang masih belum diselesaikan.
Tombol pintu dipulas lalu baju yang bertaburan di atas lantai bilik dikutipnya. Cadar yang kotor digantikan dengan cadar baharu lalu ditegangkan sedikit bahagian hujungnya.
Penyapu dicapai lalu disapu lantai bilik yang kelihatan sedikit berhabuk.
Kedengaran tombol pintu dipulas menyebabkan jessica mendongakkan kepalanya.
Taehyung masuk ke dalam lalu pintu bilik ditutup kembali. Mata dikerdipkan ke arah jessica namun jelingan tajam yang diperoleh.
"Auch! Garangnya ma baby. I like"ujar taehyung dengan suara yang menggoda
Kepala didongak memandang si suami. Batang penyapu diangkat lalu dihala ke arah taehyung.
"Awak jangan nak macam-macam er kalau tanak batang penyapu ni mendarat dekat atas kepala gojes awak tu"
Batang penyapu diturunkan lalu menyambung kerjanya yang tergendala disebabkan taehyung.
Taehyung menatap ngeri ke arah jessica sebelum menyibukkan dirinya dengan merenung ke arah jessica.
Sapu punya sapu lantai bilik, jessica berhenti sekejap. Tidak selesa sebab kerana ada yang memerhati.
Jessica mula mengeluh pabila menyedari taehyung daripada tadi tidak berhenti merenungnya.
Bukan dia tak tahu taehyung tu bukan tengok dia. Tapi tengok badan dia.
Penyodok dicapai lalu dilempar ke arah taehyung.
"Aduh!! -- Apa ni baby?!!"
"Stop looking at my body Kim Taehyung!!!!"
"Alah, bukannya selalu"
"Bukan selalu?!!"
"AAAAAAAAA!!!JESSICA!!!"
Habis satu badan taehyung digigit oleh jessica akibat geram dengan perangai miang si suami yang memang tiada penghujungnya.
TO BE CONTINUE___🌻
YOU ARE READING
[C]Mr Sugelus •Kth•
Romance"I love u Taehyung. Saranghaeyo, Kim Taehyung. F-forever. Tidur elok-elok Taehyung" - Jessica Park "Seokjin. Kim Seokjin, your worlwide handsome. Nice to meet you dear Jess." - Kim Seokjin Seorang lelaki asing yang menyelit masuk dalam hidupnya tela...