Ulat bulu : 22

717 82 0
                                    

Jessica keluar dari perut kereta lalu membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat tidur di dalam kereta sebentar tadi.

Dilihatnya Taehyung datang membawa troli ke arahnya untuk mengangkut barang-barang mereka.

Segera jessica menolong Taehyung memunggah barang-barang mereka dari bonet kereta ke dalam troli tersebut.

Selesai memunggah barang, taehyung menuju ke arah kereta wolkswagennya lalu dikunci menggunakan cap jarinya.

"Kajja, kita ke lapangan terbang."ujar taehyung sepatah lalu menolak troli tersebut.

Jessica mula mengatur langkah mengikut taehyung yang sudah di hadapan.

"Taehyunggie, awak tak nak makan dulu ke? Kita masih belum sarapan pagi tadi tau"

Taehyung melihat jam di pergelangan tangannya lalu memandang semula ke arah jessica.

"Makan aku nak?"

Pertanyaan taehyung mula membuatkan rona muka jessica bertukar merah.

"Eii, apa awak ni. Orang serius, dia main-main pulak"geram jessica sambil menekup mukanya yang sudah kelihatan seperti kulit tomato.

Dapat didengar taehyung mula ketawa halus.

"Aku main-main je lah. Ala, apa salahnya makan aku kan? Nanti kau yang kenyang makan hidangan hot plus menggoda ni. Grrr"

Tanpa membuang masa, jessica terus mencepuk kepala taehyung menggunakan beg tangannya.

Ditinggalkan taehyung yang masih pening akibat penangan cepukan beg tangannya.

"Huh, nak ajak makan pun masih nak naik ulat bulu. Baik aku pergi makan sendiri macam ni"

Dengus jessica lalu menutur langkah menuju ke arah kedai makan yang berdekatan.

Manakala taehyung pula baru sedar akan kehilangan si isteri. Diusapnya kepala yang terasa perit.

"Aish, garang betul bini aku ni. Gurau sikit pun tak boleh. Grrr, ni yang buat aku geram ni"omel taehyung seorang diri sambil mengejar langkah jessica yang telah jauh darinya.

Dipandang badan jessica atas bawah sebelum lelaki tersebut menyaingi langkah jessica.

"Alahbaby, janganlah majuk-majuk nanti daddy geget kan"

Lengan jessica dipeluknya lalu kepala dilentokkan ke bahu kiri jessica.

Tidak dipedulikan pandangan orang lain yang melihat mereka. Ada yang tersengih, ada yang berbisik.

Ah, lantak merekalah. Mulut manusia bukan boleh tutup. Sumbat dengan stokin jungkook bolehlah.

"Hish, janganlah peluk. Orang tengok"dengus jessica sambil menolak lengan sasa milik taehyung.

"Ala, ala biarlah orang tengok. Biar diorang tau kau tu aku punya"

Balas taehyung tidak puas hati. Dari tadi dia perhatikan, makhluk yang bernama lelaki tidak henti-henti memandang jessica atas bawah.

Taulah bini dia ni cukup pakej. Muka cantik, badan pun mantap.

Tapi mana boleh tengok macam tu! Tae tak suka!

Jessica tae punya sorang! Tengok pon tak boleh! Haram!

Taehyung mula emo lalu tanpa amaran, bibir jessica disambarnya.

Membulat mata jessica apabila taehyung bertindak mencium bibirnya mengejut.

Sorakan orang ramai mula kedengaran.

"Wau!"

"Woah! Hot couple!"

"Bapak arh! Sama-sama sepadan! Aku sokong!"

Pelbagai sorakan yang kedengaran. Taehyung mula melepaskan bibir jessica.

Jessica hanya menundukkan kepalanya. Dia sudah tahu jika dia mengangkat kepalanya, pasti teserlah kulit mukanya yang sudah merah menyala bak cili yang masak ranum.

Taehyung tersenyum menyeringai sambil mengangkat tangan ke arah penyokong-penyokong tidak berbayar mereka sebentar tadi.

Sekali lagi, jessica berjalan meninggalkannya. Namun kali ini cukup laju sehingga dia hilang dari pandangan taehyung.

"Aik? Mana dia? Eh, baby! Tunggu daddy!"

Urgh, apalah nasib dia dapat suami yang miang serupa ulat bulu macam ini.

-tbc-

Jangan lupa vote ya!

😲

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now