Zaijian 💔 : 24

643 73 0
                                    

Skip after vocation to Italy...

Anak mata coklat gelap itu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Matanya terkatup rapat apabila kesakitan luar biasa mula menyerang seluruh badannya.

Kedua-dua tangannya menggengam kuat hujung bucu tingkap. Mujur ubat sudah selamat ditelan ke dalam kerongkong, sakit yang ditanggung beransur pergi.

Perlahan-lahan lelaki itu merebahkan diri ke atas katil. Segelas air suam diteguk rakus. Sakit yang ditanggung begitu menyeksa badan yang merasa.

Taehyung mengelap pantas manik-manik peluh yang mulai timbul di atas permukaan kulit dahi dan lehernya.

"Aku tak boleh kasi Jessica tahu akan hal ini. A-aku taknak dia menangis. Rahsia ini mesti kemas tersimpan dalam poket aku. Argh.. S-sakitnya.. "

Taehyung meringkuk kesakitan di atas katil sambil memegang dadanya.

"Argh.. Tuhan bantulah aku. Aku mohon kali ini sahaja, moga kesakitan ini pergi buat sementara waktu. D-demi Jessica"

Rintihan Taehyung terhenti tatkala telinganya menangkap bunyi pintu bilik dibuka. Terus plastik berisi ubat penyakit kroniknya dilempar ke bawah katil.

"Awak okey ke tak Taehyung? Boleh saya masuk kejap jenguk awak? Risau ni"omelan jessica mematikan lamunan panjang taehyung.

"Aku sakit perut je baby.. Masuklah. Aku hilang sekejap pun, dah ada orang rindu. Come to Daddy"suara Taehyung dalam nada bercanda.

Telapak tangannya mengurut perlahan permukaan dada yang terasa perit. Kesakitan itu terpaksa dilupakan apabila wajah Jessica muncul di ruangan mata.

"Taehyung, kenapa pucat sangat muka awak Ni?"soal jessica risau lalu jari runcingnya mengelus lembut dagu suaminya.

Taehyung menayangkan senyuman petaknya lalu menggeleng perlahan. Pinggang jessica dirangkulnya begitu erat sehingga wanita itu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Cincin yang tersarung elok di jari manis Jessica ditenungnya sayu. Jika diberi secebis peluang untuk mengubah kehidupannya, ingin sekali dia membuang penyakit ini.

Janjinya hanya satu. Dia ingin menemani jessica sehingga usia mereka mencecah puluhan abad.

Tapi, janji-janji itu akan musnah jua. Taehyung takut. Dia yakin dia akan meninggalkan jessica keseorangan semula.

"Jessica Park, zaijian (selamat tinggal) "

Ucapan selamat tinggal hanya mampu dizahirkan di dalam bahasa asing. Tidak sanggup Taehyung memberitahu secara terang-terangan kepada si pengarang jantung hati.

"Zaijian tu apa?"

"I love u"

Pantas taehyung menjawab bagi mengelakkan daripada jessica mengesyakinya. Jessica pula hanya mempercayai kata-kata taehyung lalu mengangguk perlahan.

"I love u too"balas jessica romantik lalu menyembamkan wajahnya ke dada bidang Taehyung.

Perlahan-lahan hujung bibir jessica ternaik. Dia senyum. Senyum pahit.

Kenapa awak cakap macam tu Taehyung?

-tbc-

💔

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now