Kucing : 30

612 72 5
                                    

Taehyung mencium lembut teddy bear grey yang berada di dalam dakapannya. Permukaan pintu dikerling perlahan sebelum teddy bear tersebut disimpan ke dalam laci dan dikunci.

Langkah diatur menuju ke tingkap. Anak matanya bertemu dengan susuk tubuh wanita yang sedang mencium haruman bunga ros di hadapan mansion nya.

Susuk tubuh itu ditenung dalam sebelum bibirnya bergerak menuturkan sesuatu.

"Masa aku dah tak lama. Tapi aku takut nak tinggalkan kau sekali lagi. Aku tak nak kau terluka, tapi aku terpaksa. Masa terlalui mencemburui kita"

Senyuman tawar terhias di wajah Taehyung sebelum anak mata dibawa bertemu pengarang hati.

Buat masa ini Taehyung harus menjauhkan dirinya daripada wanita itu. Raut wajah sayu yang dipamerkan oleh si wanita menimbulkan keresahan dalam diri Taehyung.

Dalam hatinya tidak putus-putus kata cinta diucapkan buat wanita tersebut bagi mengurangkan rasa bersalahnya.

Figura wanita kesayangannya itu ditenung lagi. Senyuman lebar tersungging di bibir Jessica tatkala kucing belaan Taehyung datang menempel di kakinya.

Badannya mula direndahkan lalu duduk bercangkung. Diusap-usap bulu kucing parsi tersebut.

Taehyung mencebik tidak suka melihat celoteh jessica bersama kucing belaannya itu.

"Ceh, Taetae nak pulak dia gosok-gosok, cium-cium. Aku tanak. Eiii, jeles arrr. Jadi taetae ah camni"

Bibirnya dicebikkan lagi apabila memandang si isteri yang mula mengomol kucing tersebut. Taulah kucing tu sexy.

Fikiran negatif Taehyung mula menganggap bahawa kucing tersebut lebih sexy berbanding dirinya.

Direnung kucing tersebut dengan perasaan yang tidak puas hati. Mulutnya bergerak menuturkan sesuatu.

"Aku lagi menggoda dan seksi lah, siyel "

Kucing tersebut mula memandang ke arah tingkap bilik pasangan Kim. Dia mengiau manja tatkala melihat padangan tajam Taehyung.

Duhai abang Tae, bersabarlah. Kucing tasyalah. Dia hanya mampu mengiau sahaja.

Tak tau nak cakap macam mana lagi, asal cakap je bunyi meow. Iyeken, benerkan?

-tbc-

[C]Mr Sugelus •Kth•Where stories live. Discover now