Sudah hampir setahun Hana tak pulang melawat neneknya di kampung semenjak kejadian itu.
Dia pun bukan cucu kesayangan. Ada atau tidak dia di majlis perkahwinan itu tak ada siapa yang kisah pun.
Tapi mengenangkan papa dan mama Hana membuat keputusan untuk pulang ke kampung.
Akak Hana ada orang nak jumpa.. kata Ijat supervisor di Grocery Shore miliknya.
Baik Ijat sekejap ye nanti akak datang.
Hana pun terus bangun dan keluar dari pejabatnya. Matanya memandang ke arah orang yang di maksudkan oleh Ijat setelah dia keluar dari pejabatnya.Abang Adam.
Hana apa khabar? Dah lama abang cari Hana. Sekarang baru jumpa. Hana sihat.
Alhamdulillah baik. Ada apa abang nak jumpa Hana?
Abang ada hal nak cakap dengan Hana boleh tak kita keluar sekejap.
Sekejap lagi Hana nak keluar ni nak balik rumah mama makan tengahari.
Kalau macam tu abang ikut boleh? Abang pun dah lama tak jumpa dengan keluarga Ayah Chik.
Ikut suka. Tapi sejam lagi. Tak apa ke abang tunggu? Lagipun Hana nak siapkan cek pembekal dahulu ni.
Ok boleh aje.
Abang tunggu kat meja kopi situ ye. Pejabat Hana kecil je takut ganggu staff atau supplier nak jumpa Hana.
Akhir ye Adam terpaksa pergi dahulu ke rumah Ayah Chik nya. Hana tidak dapat pulang bersama kerana ada supplier ingin menunjukkan demo produk kepadanya. Jam 2.40 petang baru Hana tiba di rumah mamanya. Hari ini Sabtu minggu pertama jadi mama dan papa tak bekerja. Kedua mereka adalah kakitangan kerajaan berbeza dengan papa Adam mereka kesemuanya mempunyai perniagaan sendiri. Tak hairanlah jika mereka semua sangat di sayangi oleh nenda.
Baru sampai Hana? Tegur Hanif Azhan kepada anaknya. Mata Adam tak lekang memandang Hana. Segera si ayah mengubah ayat. Tak senang dengan cara anak buahnya itu.
Ye Papa sori lambat Hana dah cuba balik awal. Tapi itulah supplier pran tu tak habis-habis dari satu ke satu hal. Cerita Hana pada papanya.
Tak apalah papa faham. Hana makanlah dulu, tu mama dengan Hanan tengah makan. Papa, Adam dengan adik-adik dah makan.
Baik papa. Hana makan dulu.
Adam datang menjemput keluarga mereka datang ke majlis perkahwinan dia dan Zita. Majlis perkahwinan itu akan diadakan di rumah nenda. Sebenarnya pak long Hisham dan mak long Kamariah telah datang minggu lepas menjemput mereka sekeluarga. Kononnya tak nak putus saudara. Tapi cara Adam dan nenda buat pada Hana tu sebenarnya sangat melampau. Oleh sebab itu mereka sekeluarga mula menjauhkan diri dari nenda dan keluarga Pak long.
Sebenarnya mereka sekeluarga perasan yang handphone milik Adam sentiasa berbunyi. Adam cuba menjawab dan ada ketika dia menutup panggilan tersebut. Selepas Adam pulang mereka semua mula berkumpul di ruang tamu rumah.
Hanan tak suka la dengan cara diorang layan keluarga kita adu Hanan.
Haris dan Hafis pun tak suka. Menyemak je datang rumah kita. Tiap kali balik kampung kita yang dulu, tapi keluarga Pak long jugak yang dapat bilik tidur. Kita ni mesti tidur bilik belakang dapur tu. Kini Haris dan Hafis pun dah pandai mengadu.
Betul semua yang di katakan oleh mereka. Keluarga kami sangat di pulau kan oleh nenda jika dibandingkan dengan keluarga Pak long dan Mak Su. Mak ngah bernasib baik kerana dia berkahwin dengan anak Imam di kampung tersebut jadi nenda tak banyak kerenah kepada Mak ngah. Suami mak ngah adalah kadi di daerah itu.
Sabarlah. Kita tahu nenda macam tu. Jangan ambil hati tak baik berdosa. Kamu semua ingat tak tanah sebelah rumah mak ngah? Tanah papa beli dari Pak ngah tu. Alhamdulillah pak ngah jadi jual dan papa dengan mama ada kejutan untuk kamu semua.
Apa dia papa? Cakap la kami semua dah tak sabar ni.
Tanah arwah atuk bagi pada papa tu papa dah wakafkan untuk jadi tanah perkuburan Islam. Jadi mama dengan papa ada duit simpanan dan duit pampasan arwah atuk tu papa beli tanah baru sebelah rumah mak ngah. Pak ngah ambil RM 55ribu sahaja tanah tu suku ekar sahaja. Sepatutnya harga dia RM 70ribu tapi pak ngah bagi Papa diskaun. Papa dah buat rumah dengan baki duit yang ada dan tambahan sedikit dari Along kamu. Alhamdulillah semua dah siap.
Hujung bulan ni kita semua balik kampung tidur rumah baru kita. Kita buat homestay rumah tu nanti senang bila nak balik kampung.
Jadi papa kita tak payah tidur rumah nenda la nanti? Soal Haris.
Tak kita kan dah ada rumah jawab Hanan.
Ni baru seronok sorak dua kembar itu. Haris dan Hafis. Jom kita call Akmal dan Zaim nak? Kata mereka berdua lagi.
Papa kita nak balik hujung bulan ni? Hana kena siapkan gaji staff dulu. Papa dengan mama gerak dulu bawak adik-adik nanti Hana datang kemudian. Lepas siap gaji staff dan tandatangan kontrak sewa premis baru kita nanti ye.
Boleh Hana mama dengan papa faham keadaan kerja kamu tu.
Terima kasih papa mama.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...