TERBUNTANG mata Hawa tatkala melihat tempat perlindungan yang didukuki oleh suaminya. Hanya sebuah bilik yang mempunyai sebuah tilam, sebuah kipas, almari kayu, tv kecil, bilik mandi dan tempat memasak bersama sinki. Namun kemas sahaja bilik itu.
“ Ni je yang saya mampu,maaflah kalau awak tak selesa. Awak yg nak sangat kahwin dengan saya, kan?” ujar Naiem sambil meletakkan beg bagasi Hawa ditepi dinding.
Hawa hanya tersenyum. Baru dia mengerti kenapa lelaki ini susah betul mahu berkahwin bersamanya. Tapi dia tak kesah semua ini. “ Tak apa. Kalau saya yang ajak awak berkahwin, maknanya saya sanggup menghadapi segala kesusahan bersama awak. Saya lebih suka susah daripada senang tetapi derita.” jujurnya ikhlas.
Naiem turut tersenyum. Dia mengiakan kata-kata Hawa. Punggungnya dilabuhkan ke atas tilam itu. Kipas bawah itu dibuka gear 3. Hawa yang masih memandang setiap inci bilik ini dilihat. “ Duduk sini.” Tangannya menepuk tilam disebelahnya.
Hawa duduk disebelah suaminya sambil mengangkat kening. Naiem mencapai gelang perak milik arwah ibu angkatnya yang berada didalam laci almari dan tanpa sengaja sekeping gambar terjatuh. Gambar itu diambil lalu dilihat. Ini gambar orang tua kandungnya. Mengikut latar belakang gambar itu, dia sudah tahu mereka adalah orang kaya. Dia mahu bertemu dengan mereka, tetapi dimana harus dia mencari tanpa sebarang alamat?
“ Awak, kenapa?” Hawa menegur apabila melihat Naiem yang tiba-tiba mendiam sambil melihat sesuatu.
Naiem tersedar lalu menyimpan kembali gambar tersebut, tidak mahu dilihat oleh isterinya. Lagipun perkara ini biarlah tersimpan, dia pun bukannya akan bertemu dengan keluarga kandungnya lagi. Bibirnya cuba mengukir senyuman. Naiem mencapai tangan kanan Hawa. “ Sekarang duit saya masih belum cukup nak membeli cincin dekat awak. So, saya gantikan cincin tu dengan gelang perak ni. Jaga elok-elok tau.”
Gelang yang telah tergantung dipergelangan tangannya dipandang bersama hati yang berbunga lebat. Dia tidak kesah semua itu. Cukuplah dia mempunyai suami yang mampu membimbingnya ke syurga. “ Cantik.”
“ AKU bengang dengan si Naiem tu. Dah tahu miskin, gatal juga mahu berkahwin. Dah la hutang aku masih belum dibayar. Kalau tak ada duit, buatlah cara tak ada duit. Gatal!!” bentak En. Muhsin marah. Sakit pula hatinya setelah mengetahui Naiem sudah berkahwin dari mulut jiran-jiran lain. Patut pun dua tiga hari ni dia melihat ada seorang gadis keluar masuk dari bilik lelaki itu.
Puan Siti yang sedang mengupas bawang sedikit terkejut. “ Abang ni kenapa nak marah-marah. Naiem dah tak minta duit dari abang dah kan? ”
“ Memanglah, kalau dia minta pun aku tak akan bagi. Tapi, hutang rm500 dia tu masih belum langsai lagi tahu tak! ”
Puan Siti memekakkan telinganya. Entah kenapalah suaminya tidak menyukai budak lelaki itu sebagai seorang jiran. Lagipun budak itu hanya berhutang rm500 je, bukannya rm5000. Bagilah sedikit ruang untuk Naiem membayar hutang itu. Anak pun hanya ada seorang sahaja, iaitu Siti Mariam yang sekarang sedang bekerja disebuah restoran di ibu kota Malaysia. Apa yang mahu ditanggung lagi?
PUAN Jamilah memandang suaminya yang lena di atas katil. Pucat sahaja wajah itu kerana demam. Hatinya dihembas pilu. Bagaimanakah keadaan Hawa sekarang ini? Rindu dia akan anak bongsunya itu setelah seminggu berpisah.
Dia tahu Tuan Abd. Rahman ingin anak-anaknya berjaya dan mempunyai pasangan yang dapat menjamin masa depan tetapi pilihannya itu sedikit salah kerana terlalu memikirkan harta yang dapat menjamin segalanya.
Dimanakah dia harus mencari Hawa? Hrmm, Hawa, mungkin mama tak dapat pujuk ayah tapi mama akan pujuk ayah melalui doa, gumam Puan Jamilah dalam hatinya.
YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Roman d'amour"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...