Selesai membaca al-Quran, Naiem mendekati isterinya yang berada di atas tilam sambil bersandar ke dinding. Bibirnya mengutum sebuah senyuman yang sangat manis. Senyuman khas buat si isteri. “ Assalamualaikum, bidadari saya.” Dia bersela dihadapn Hawa.
Hawa turut tersenyum. “ Waalaikumussalam, hubby.”
“ Hah? Awak panggil saya apa?” Wajahnya didekatkan ke wajah Hawa.
“ Hubby.” ulang Hawa sambil tergelak kecil.
Naiem turut tergelak. Hubby kau, macamlah dia tu kahwin dengan orang kaya. Hahahaaha.. Walaupun tak kaya tapi hensem auu. “ Awak tahu tak tarikh hari ini adalah tarikh hari apa?”
Hawa berfikir sejenak. Tarikh hari ni? 19 / 9? Macam tarikh hari lahir aku je. Haahlah, today is my birthday. “ Awakkkk!! Hari ni hari lahir sayalah!!” ujarnya dengan gembira.
Naiem tersenyum. “ Yups and saya ada something nak bagi dekat awak. Nak tak?”
Laju Hawa mengangguk kepalanya. Gembira hatinya. Kenapalah aku lupa hari ni hari lahir aku. Mesti umi, abah dengan abang akan bagi aku hadiahkan. Umi? Abah? Abang? Hawa tersedar sesuatu. Ya, mereka sekarang tiada untuk menyambut hari lahir kau Hawa. Tidak seperti tahun lepas dan sebelumnya. Hati Hawa sebak. Terus memorinya memutar kembali detik bahagianya ketika menyambut hari lahirnya tahun lepas bersama keluarga yg tercinta.
Beg sandang hitamnya diletakkan di atas sofa. Dahinya sedikit berkerut. Kereta milik keluarganya elok terparkir dihalaman rumah tapi bila masuk rumah, gelap sahaja. Macam semuanya masih berada di tempat kerja. Yang peliknya kereta mereka elok sahaja terparkir diluar. Takkan pergi pejabat naik kemudahan awam kut. Tidak pernah keluarganya berbuat sedemikian.
Hawa tidak memikirkan hal itu. Badannya lenguh bercampur penat akibat aktiviti lasak yang disertainya dalam program yang dilangsungkan diuniversitinya pada 2 hari berturut-turut. Tubuhnya dihempas ke sofa lalu membuka tudungnya. Baru sahaja matanya ingin terlelap, telinganya menangkap satu bunyi.
Hawa terus bangun. Bunyi yang ditangkap dek telinganya itu seperti bunyi piano. Ya, bunyi piano yang dimainkan oleh seseorang bertemakan lagu happy birthday. Kakinya dibuka perlahan mendekati tempat piano itu berada. Matanya dikecilkan sedikit. Tempat keberadaan piano itu sedikit gelap membataskan penglihatannya. Namun, matanya menangkap sesubuk tubuh yg berpakaian putih sedang memainkan piano tersebut. Sepertinya lelaki. Dalam asyik dia memerhati pemain piano itu, Hawa sedikit tersentak dengan bunyi nyanyian dibelakangnya.
“ Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to you Siti Hawa,
Happy birthday to youu....”Nyanyian daripada umi dan abahnya itu sungguh menyentuh jiwanya. Adakah ini kejutan? Hatinya terharu. Selepas itu, ruang rumah agam itu yg gelap mula diterangi cahaya lampu. Kelihatan Puan Jamilah memegang kek dan disisi uminya, abah berdiri sambil tersenyum. Dia berpaling ke arah piano pula. Abang?! Jadi Haniq yang memainkan piano tadi.
“ Selamat hari lahir, my little girl.” ucap Haniq sambil mendepakan lengannya. Hati Hawa mula sebak. Bukan sebak kerana kesedihan tetapi kerana terlalu gembira.
“ Terima kasih umi, abah, abang..” ujar Hawa terharu. Air matanya hampir menitis namun cepat-cepat diseka.
“ Hawa, kenapa nangis ni?”
Hawa terus tersedar apabila merasakan ada tangan yang menyentuh jari jemarinya. Memori tadi terus hilang. Wajah milik suaminya dipandang. Air mata yang menitis tanpa sengaja itu terus diseka lalu tersenyum tawar.
“ Hawa? Are u ok?!” tanya Naiem risau. Pipi tembam milik Hawa diusap perlahan. Terkejut juga dia tatkala melihat isterinya itu tiba-tiba menangis. Takkanlah terharu sangat kut sampai menangis macam tu. Bukannya aku ada bagi apa-apa kejutan yang hebat pun. Dia yang baru lepas mengambil hadiah untuk Hawa dihambat kebimbangan apabila melihat perlakuan si isteri.
YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romance"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...