HAWA berbaring di atas katil apabila selesai mengeringkan rambutnya yang separas dada itu. Dia termenung sambil memandang syiling yang diukir sehingga membentuk bunga teratai itu. Bibirnya melngukir senyuman. Lawak apabila mengimbas kembali kejadian di tempat parkir student UTP tadi.Masih segar pada ingatannya wajah yang melekat dicermin tingkat keretanya menyebabkan dia terperanjat. Manis je wajah itu pada pandangannya.
" Naiem." ujarnya perlahan apabila mendengar lelaki itu memperkenalkan diri kepada abangnya. Hensem nama macam tuannya. Hawa tergelak berguling-guling. Entah apalah dia ni tiba-tiba sahaja.
" Oii, pehal ni ? Gelak sorang-sorang ni, mental err?"
Spontan Hawa bangkit daripada pembaringannya dengan raut wajah terkejut. Melihat sahaja Haniq yang berdiri dihujung katilnya sambil mengangkat kening kiri, Hawa mencebik bibir. " Nak gelak pun tak boleh ke?!"
" Bukan tak boleh tapi .... peliklah kalau gelak sorang-sorang nii..."ujar Haniq lalu melabuhkan punggung disisi adiknya itu. Rambut adiknya yang lurus itu ditoncang dengan tangannya.
" Ishh...janganlah main dengan rambut orang!" Tangan abangnya ditepis kasar. " Kenapa masuk bilik Hawa ni?"
" Saja je, bosan duk kat bilik." balas Haniq selamba.
Hawa mencebik lagi. Alasan! Macamlah tak ada laptop, tak ada telefon!!! Itu semua alasan semata-mata. Haihh...kelam sungguh hidup apabila mempunyai abang seperti ini. Mengada!
" Abang nak tanya ni, adik kenal ke Naiem tu?"
" Tak pun, dia tukan kebun baru kat situ. Kenapa?" tanya Hawa pelik. Tiba-tiba sahaja tanya soalan begitu. Ini mesti ada sesuatu yang akan disampaikan ni.
" Ouhh, baguslah kalau macam tu. Abang bukan apa, tak naklah adik abang ni jatuh cinta dekat orang macam tu."
Kata-kata yang keluar dari mulut Haniq menggores perasaannya tanpa sedar. Tidak sepatutnya Haniq berkata sedemikian. " Kenapa kalau adik jatuh cinta dekat dia? " soal Hawa berani. Jatuh cinta? Kepada Naiem? Mungkin, kerana lelaki itu mempunyai aura yang mampu menarik hati batu lagi keras milik gadis ini.
Berkerut sejuta dahi Haniq mendengar soalan adiknya itu. " Hawa suka Naiem?"
Hawa tersenyum seret. " Yess. Pertama kali adik melihat dia, hati adik dah terpaut akan personaliti yang terdapat pada diri dia. " luah Hawa dengan berani.
Haniq tergamam. " Kenapa Hawa suka dia? Abang harap Hawa buang balik rasa tu. Jangan sampai abah tahu."
Hawa mengeluh kasar. Wajah Haniq dipandang. " Kenapa ?" tanya Hawa perlahan. Abahnya selalu tidak memberi dia untuk jatuh cinta kepada pemuda yang berkerja rendah dan tidak mempunyai harta. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya langsung tidak terpaut kepada lelaki yang mempunyai pangkat besar dan kaya.
Dulu, Hawa pernah jatuh cinta kepada lelaki yang bernama Ahmad Ameerul, anak kepada pembantu rumah lamanya. Apabila Tuan Abd. Rahman mengetahui tentang hal tersebut, terus dipecat pembantu rumah itu tanpa belas kasihan.
" Adik tahukan abah nak menantu yang ada harta, yang boleh menjamin masa depan anak dia. Adik jatuh cinta dekat Naiem tu kenapa? Abang tengok di..."
" Dahlah abang! Adik tak nak lelaki yang berharta tapi tak boleh nak bimbing adik. Adik tak kesah dia miskin ke apa sebab adik yakin yang dia boleh bagi kasih sayang kepada adik kerana Dia!" celah Hawa.
Haniq ternganga buat seketika. Dia mengiakan kata-kata adiknya tetapi baginya masih ada lagi lelaki yang alim dan berharta. " But dear, u nak ke hidup miskin dengan dia?"
Hawa memandang Haniq. " Kalau dia jodoh adik, adik redha, bang..." Ya, jodoh dan ajal ditangan Allah, jika dia jodohku, kau jagakan dia untukku dan kau halalkan dia untukku, Ya Allah...

ANDA SEDANG MEMBACA
Tasbih Cinta Kita
Romansa"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...