Bab 1

36 8 0
                                    

5 tahun kemudian...

HAWA dengan sepantas kilat menuruni anak tangga rumah agam milik ibubapanya itu. Jam tangan dijeling sekali lagi. "Alamak, dah pkul 10, k.o la aku kena dengan Prof. Atiq nanti."dialognya pada diri sendiri. Langkah kaki dilajukan ke meja makan.

"Oii, awat kalut awal-awal pagi ni."sapa Haniq iaitu abangnya yang turut menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh pembantu rumah mereka.

"Ha'ah Hawa, lewat ke class ke ni?" soal Puan Jamilah, uminya pula. Bihun goreng disuap ke dalam mulut. Hawa tidak menjawab soalan-soalan tersebut. Dia menghabiskan air milo suam yang berada didalam cawan itu.

"Ha'ah umi. Hawa dah lewat ni. See u." Tangan umi dan abangnya dicium kalut. Bagai tak cukup tanah dia berlari mengejar masa. Tulah, siapa suruh tidur lewat sangat semalam semata-mata nak melayan drama korea itu. Kan dah terlajak laris tambah-tambah lagi tengah mewarisi bendera merah. Hadoiii...

NAIEM tersenyum tipis. Dah 5 tahun berlalu rupanya. Cepat sahaja masa berlalu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dia menjejak kaki ke bandar yang tidak tidur ini. 4 tahun yang lepas, Naiem diterima bekerja di syarikat Jaya Holding Berhad hanya sebagai cleaner namun dia bersyukur. Memang pekerjaan itu terkadang dipandang hina oleh masyarakat lagi-lagi cleaner itu masih muda dan mempunyai rupa wajah yg elok, tetapi dia tidak pedulikan semua itu asalkan halal. Dengan duit gaji yang diberi sebanyak rm800 sebulan, Naiem dapat menyewa bilik disebuah flat yg berdekatan. Bilik pun jadilah asalkan dapat tidur dengan selesa.

Apabila Naiem merasakan duitnya masih tidak mencukupi, lalu dia mencari kerja part-time di sebuah universiti disitu dan dengan izin Allah, akhirnya dia dapat menjadi tukan kebun di UTP. Hanya itu sahajalah pekerjaan yang setaraf dengan sijil spm.

LANGKAH dibawa keluar dari class dengan hati yang senang. Mujur Prof. Atiq menunda class ke pukul 2 petang hingga 4 petang akibat ada sedikit masalah. Hawa melihat jam telefonnya, dah pukul 4.15 pm. Tetapi masih awal untuk balik. Lagipun balik-balik awal ke rumah pun bosan memandangkan hari ini semua keluarganya balik malam kerana ada hal diluar rumah. Abahnya, Tuan Abd. Rahman pergi outstation ke China manakala umi dan abangnya perlu hadir ke kursus perniagaan yang seharian berlangsung.

" Dah nak balik ke?" tanya Dayini yang baru sahaja keluar bersama Farah dan Madihah.

"Belum. Wei, jom lepak kat kantin jap." Tanpa soal, Hawa terus mengajak kawan-kawannya ke kafe.

"Jom!!" jawab mereka serentak. Hawa tersenyum, terubatlah sedikit kebosanannya melayan kerenah anak-anak rebenanya ini.

Selesai membeli makanan masing-masing di gerai yang ada dikantin, mereka mengambil tempat duduk dimeja berdekatan dengan pintu kantin. Mereka menjamah makanan sambil berbual rancak.
"Wei, hensemnya tukan kebun tu." ujar Madihah sambil memuncungkan mulut ke arah seorang lelaki yang sedang memangkas pokok bunga raya diluar kantin. Hawa, Farah dan Dayini memandang. Memang tidak dinafikan, berwajah putih dan kelihatan masih muda.

" Ha'ah la, hensem gila tapi kenapa jadi tukan kebun? Leceh lah." ujar Farah lalu ketawa. Madihah dan Dayini turut ketawa kecuali Hawa. Dia masih menumpukan pandangan ke arah lelaki itu yang sedang tekun melaksanakan tugas.

TEPAT jam 6 petang, Hawa melangkah ke keretanya. Tiba sahaja disitu, mulutnya ternganga.
'Macam mana tayar kereta aku bocor ni?! Macam mana aku nak balik nanti?!' tempiknya sekadar didalam hati. Kakinya dihentak bersama wajah yang berkerut masam. Ujian, ujian....

Telefon pintarnya dihidupkan lalu mendail nombor abangnya. Sesaat, dua saat...barulah diangkat. "Assalamualaikum... Abang duduk kat mana sekarang?" Hawa terus menyoal abangnya.

" Abang dekat tempat kursus la. Kenapa ni?" soal Haniq pula.

" Tayar kereta Hawa bocor..." rengek Hawa sambil memandang sekeliling. Hanya ada 5 buah sahaja lagi kereta di situ.

" Pulak dah. Hrmmm, abang tak boleh pergi ambil Hawa sekarang sebab kursus tak selesai lagi. Maybe kursus ni selesai dalam pukul 10 mlm. Hawa boleh ke tunggu sorang-sorang kat u tu?" ujar Haniq dalam talian.

Hawa mencebik bibir. Dia mula rasa takut. "Habistu, takkan Hawa duduk sorang-sorang. Kalau kena culik macam mana?"

" Ishh...janganlah minta benda yang bukan-bukan. Insya Allah, tak ada apa-apa. Hawa tunggu je dalam kereta tu, nanti abang sampai, ok?"

Hawa dengan terpaksa menjawab. "Hrmm, yela. Cepat sikit tau..." Selepas itu, talian ditamatkan. Hari semakin pudar warnanya. Hawa memandang lagi tayar keretanya. 'Kenapalah kau buat hal?' desisi hatinya. Car lock ditekan lalu menghidupkan enjin kereta dan pendingin hawa. Harapnya tiada apa yang akan menimpanya disini apabila keseorangan nanti. Pukul 10? Lambat lagi oii..

Tasbih Cinta KitaWhere stories live. Discover now