HAWA mencari Naiem disekitar universitinya. Mujurlah lelaki itu datang bekerja hari ini. Kalau tak, melepaslah kau. Naiem yang sudah selesai melaksanakan tugas yang diberikan, sedikit terperanjat dengan kehadiran Hawa dibelakangnya. Kening kirinya terjongket memberikan pertanyaan 'kenapa'.
Hawa tersenyum tawar. Harapnya Naiem ingin berkahwin dgnnya. Kalau tak mahu, malu doo. Aku siap drama lagi tinggalkan abah, pehal kalau dia tak nak. “ Jom kahwin.” Fuyyo, perempuan koo yang ajak kahwin, bukan lelaki. Jangan main-main ooo.
Dengar sahaja ayat itu, dada Naiem terus berdebar. Kalau dah suka, kahwin jelah. Tapi dia bukanlah sesiapa pada pandangan Haniq apatah lagi pada orang tua gadis ini. Sudah tentu kehadiran dia sebagai sebahagian daripada keluarga berada itu tidak diendahkan.
“ Plissss...” rayu Hawa. Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ini? Bahagiakah hidup aku nanti?
Naiem mula terpinga-pinga melihat rayuan gadis itu. “ Err...tapi saya...err...saya...” Haduii, macam mana dia mahu menolak. Lagipun duitnya masih belum mencukupi untuk menyara hidup gadis ini. Belakang kepalanya digaru perlahan.
Hati awak sedikit tergores. “ Tak apalah kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Saya pergi dulu.” Perlahan suaranya. Siapa yang tak kecewakan bila begitu drama dia dengan abahnya sehingga meninggalkan keluarga tersayang untuk lelaki itu, last ii lelaki itu menolak dirinya. Huh!
“ Dah suka tu kahwin jelah. Adik aku sayang sangat dekat kau sampai boleh derhakan abah tau tak!” sampuk Haniq yang tiba-tiba muncul di situ. Bimbang juga dia Hawa berlama-lama tanpa khabar berita, takut benda buruk terjadi.
Naiem tersentak. Dia bingung, kenapa gadis ini sanggup melakukan hal demikian kerana dirinya yang serba-serbi tak lengkap ini? “ Err...” Tidak tahu mahu memberi keputusan atau alasan. Lagipun duitnya masih belum cukup. Haduhhh...masalah ii.
“ Tak apalah, bang. Jom balik, adik je yang terhegeh-hegeh. ” Hati Hawa sakit. Baru sahaja dia mahu membuka langkah, Naiem terus membuka mulutnya. Apakah yang dikatakan oleh lelaki itu? Menerima atau menolak?

YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romance"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...