“ YA Allah, kenapa aku boleh lupa hari ni hari lahir isteri aku..” gumamnya perlahan. 19 september adalah hari lahir isterinya, itu pun dia tahu daripada Haniq. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang dan dia baru sahaja selesai shiftnya untuk pagi ini. Fuhh, penatnya. Punggungnya dilabuhkan ke atas bangku yg ada di luar bangunan Jaya Holding Berhad itu lalu air mineral yang dibelinya tadi ditegok perlahan.
Hrmm, aku nak beli hadiah apa ye untuk Hawa, monolog hatinya. Cincin? Sudah tentu duitnya tidak mencukupi. Telefon? Kalau diri sendiri pun tak ada telefon, buat apa beli kepada isteri. Hadehhh... Rantai? Mahal. Tudung? Hrmm, Hawa bukannya suka merayau-rayau. Tasbih? Wait, tasbih? Wow, menarik. Bibir milik Naiem tersenyum tipis. Ya, tasbih.
KAKINYA melangkah masuk ke dalam sebuah kedai Centre Islamic Sendirian Berhad. Banyak barang sunnah dan sebagainya yg terjual disini. Sejadah, serban, kismis, telekung solat dan seumpanya. Tetapi, datang dia ke sini hanyalah untuk membeli tasbih cinta buat si isteri dirumah.
Tasbih-tasbih yg tergantung itu dibelek. Rm 50, rm15, rm105 dan rm95.99. Boleh tahan mahal. Tapi harganya sama padan dengan bentuk objek tersebut. Cantik dan unik ukirannya. Tangan terhenti pada tasbih putih yang berbentuk mutiara putih itu. Harganya rm105, cantik reka bentuknya. Naiem tersenyum leret. Ya, tasbih inilah yang akan membuktikan cinta sejatinya kepada Siti Hawa. Inilah tasbih cinta saya kepada awak, tasbih cinta kita, gumam hati kecilnya.
" BANG, saya rindu dekat Hawa. Kita pergi cari dia ye.” pinta Puan Jamilah sambil mengurut lengan suaminya yang sedang berbaring itu.
Tiada sebarang respon. Tuan Abd. Rahman hanya memejamkan mata seperti dia tidak mendengar apa-apa soalan daripada si isteri.
Puan Jamilah mengeluh berat. “ Saya tak fahamlah kenapa abang tak suka Hawa kahwin dengan lelaki yang tak berharta. Kesianlah dekat Hawa, bang. Bagilah dia kebebasan sikit. ”
Tuan Abd. Rahman membuka matanya lalu bangkit mengadap si isteri. “ Dia yang nak cari kesusahan, biarkan dia sendiri sedar betapa pentingnya duit untuk hidup pada zaman sekarang.”
“ Ya, Milah tahu. Tapi kita sebagai orang tua dia, kita kena sokong dia, bang. Bukan halau dia. Entah macam manalah hidup dia sekarang ni.” keluhnya perlahan. Sudah merata-rata tempat dia mencari anak bongsunya itu, namun masih belum dijumpai. Dimanalah mereka tinggal.
“ Tak,awak ni dah kenapa. Dia yang pilih jalan hidup dia sendiri. So, go on.” ujar Tuan Abd. Rahman selamba lalu bangun dari katil. Tiga kali dia melangkah untuk ke tandas, badannya dipusing kembali menghadap Puan Jamilah yang berada dibirai katil. “ Dan saya tak benarkan awk pergi cari dia.” Perlahan tetapi penuh dengan ketegasan. Tetapi kita tidak tahu apa yang ada dihatinya.
Puan Jamilah hanya terdiam. Dia mengeluh didalam hati. Adakah aku akan terpisah dengan anak aku untuk selama-lamanya? Ya Allahh, lembutkanlah hati suamiku...
GAMBAR Hawa yang ditangkap olehnya ketika melancong ke Paris diusap perlahan. “ Umi rindu sangat dekat Hawa. Kenapa Hawa sanggup tinggalkan umi disebabkan lelaki?” dialog Puan Jamilah seorang diri. Ibu mana yang tidak merindui anaknya, begitulah Puan Jamilah. Hampir sebulan dia terpisah dengan anak perempuannya itu.
Gambar itu dipeluk. Sungguh dia sangat merindui anaknya itu. Tubuhnya dibaringkan ke atas katil milik anak bongsunya itu. Sejak ketiadaan Hawa, rumah agam ini terlalulah sunyi tambahan pula anak terunanya menguruskan ladang buah diluar negara. Hatinya dihambat pilu. Air mata laju sahaja menghujani pipinya. Dia betul-betul merindui anak-anaknya. Bilakah dia dapat berjumpa dengan anaknya?
Tanpa disedari, sepasang mata milik Tuan Abdul Rahman sedang melihatnya dari muka pintu. Sayu hati dia. Memang dia tidak suka Hawa mengikuti lelaki itu tetapi dia tetap menyayangi Hawa.

YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Roman d'amour"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...