9 / 8 / 2020 : Rabu : 8.15 p.m
Tarikh, hari dan masa itu menjadi saksi akan ikatan halal yang terjalin di antara Naiem dan Hawa. Hawa yang berwalikan Haniq, abangnya, selamat diijabkabulkan bersama Naiem di Jabatan Agama Islam dengan mas kahwin sebanyak rm50. Memang tidak besar mas kahwinnya tetapi Hawa bersyukur kerana dia telah halal untuk bersama Naiem, lelaki yang sangat dicintainya dalam diam dan dalam masa yg singkat. Tidak sia-sia dia meminta petunjuk dari Allah melalui solat sunat istikharah. Inilah jawapannya.
“ Naiem, aku amanahkan kau untuk jaga adik aku baik-baik. Kalau ada benda buruk berlaku ke atas adik aku, nahas kau aku kerjakan. Faham?!” pesan Haniq tegas.
Laju sahaja Naiem mengangguk. Dadanya masih berdebar. Tidak sangka bahawa dia telah berkahwin, dengan Hawa pula tu. Sudah besarlah tanggungjawabnya.
“ Abang, betul ke abang akan pergi ke oversea nanti?” tanya Hawa kecewa. Dua tiga hari lepas dia mencuri dengar perbualan abangnya bersama abahnya di bilik bacaan abangnya bahawa Tuan Abd. Rahman akan menghantar Haniq untuk mengurus ladang buah-buahan di Switzerland. Tiada lagi orang yang ingin memberi semangat dan sokongan kepadanya nanti.
Haniq tersenyum tawar. “ Hrmm, itu arahan daripada abah so abang kena ikut. Mungkin abang pergi sana untuk 5 bulan atau lebih. Adik jaga diri ye..” Kepala Hawa yang bertutup dengan shawl merah muda itu digosok perlahan.
Luluh hati Hawa lalu terus memeluk abangnya. Tanpa dipinta, air matanya luruh dengan mudah. Dia pasti akan rindukan lelaki ini. Haniq lah yang sentiasa ada disisinya tatkala orang tuanya outstation ke luar negara atau sibuk dengan hotel sendiri. Lelaki inilah yang memasak untuk dia setiap kali dia pulang dari sekolah sehingga orang tuanya terdetik untuk mengambil pembantu rumah. Lelaki ini jugalah yang selalu memberi semangat kepadanya disaat dia down. Dan lelaki ini jugalah yang menjadi pendengar setia disaat dia dilanda masalah dan lelaki ini jugalah yang menceriakan hari-harinya. I wanna miss u, brother...
Pelukan Hawa dibalas. “ Laaa...tak payahlah sedih-sedih. Hawa kan dah ada suami sekarang.”
Naiem hanya diam memerhati. Dalam fikirannya sekarang, adakah Hawa dapat menerima tempat tinggal dia nanti? Haisshh...
Pelukan dileraikan. Wajah Haniq dipandang bersama linangan air mata. “ Janji dengan Hawa, nanti abang balik sini, abang cari Hawa tau.”
Luluh hati Haniq melihat kesedihan yg dipamerkan oleh adiknya. Dia mengangguk sambil cuba tersenyum manis. Mengikut tiket penerbangan, tepat jam 3 pagi nanti dia akan bertolak. Haaihh..risau juga dia mahu meninggalkan adiknya dalam keadaan yg serba keruh ini. Harapnya suatu hari nanti Tuan Abd. Rahman dapat menerima Naiem sebagai menantu. Haaiihhh... Lagi susah apabila mengetahui suami adiknya tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya menggunakan telefon awam sahaja untuk berkomunikasi. Begitu sudah kehidupan adik iparnya ini. Bagaimanakah Naiem akan menjaga adiknya dengan kehidupan begini? Mampukah Hawa bertahan hidup dalam kemiskinan bersama suami yang tercinta?

YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romance"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...