Bab 2

25 5 0
                                    


   NAIEM berjalan melusuri parkir penuntut universiti tersebut pada jam 8 mlm. Sunyi sahaja suasana disitu. Matanya tertancap kepada sebuah kereta myvi kuning yang terparkir elok dibawah cahaya bulan. Dahinya berkerut rapat. 'Ada lagi ke pelajar tak balik?' getus hatinya.

Kereta itu didekati. Akibat cermin yang agak gelap menghalang Naiem untuk mengetahui sama ada, ada orang ataupun tidak. Wajahnya didekatkan pada cermin tingkat kereta sebelah pemandu. Apabila jelas dimatanya, spontan dia mengangkat wajahnya daripada terus terlekat dicermin tersebut. Badannya juga dijarakkan sedikit dari kereta itu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Pintu kereta itu dibuka dari dalam lalu keluar seorang gadis yang sangat comel baginya. Gadis itu memandang pelik ke arahnya. Atas bawah..atas bawah...

Naiem tersengih bak kerang busuk. Dia tahu gadis itu pelik akan tindakannya. Dia cuma nak memastikan je ada ke tidak orang dalam kereta tu, tak sangkalah ada. “ Err...maaf, ingatkan tak ada orang tadi.” gumam Naiem perlahan.

Gadis itu hanya mengangguk. Dia takut sebenarnya, ingatkan lelaki ini mahu apa-apakan dia. “ Jap, bukan ke ni tukan kebun kat sini?” tanya gadis yg bernama Hawa itu. Hihihi...ingatkan siapa dah tadi, Hawa rupanya.

Naiem mengeluh dalam hati lalu tersenyum tipis. “Ha'ah, saya tukan kebun kat sini.” Dia menunduk lesu.

“Ouh.” Hanya itu balasan yang keluar daripada mulut Hawa. Wajah Naiem yg kepenatan itu dipandang. Jelas dimata Hawa bahawa lelaki ini adalah seorang yang baik hati dan taat. Dia yang boleh membaca air muka seseorang tersenyum.

Naiem membalas senyuman Hawa itu namun dirinya sedikit tidak selesa apabila dipandang lama oleh gadis tersebut. “ Erm, saya pergi dulu.” Dia terus meminta diri. Langkah terus dibuka tanpa menunggu jawapan daripada Hawa.

Hawa mencebik bibir. 'Ingatkan nak teman aku tadi.'desis hati kecilnya kecewa. Ehhh, kecewa?! Kenapa perlu kecewa? Haishhh...

Namun, baru sahaja dia ingin masuk semula ke dalam keretanya, ada suara yang menghentikan perbuatannya itu.

“ Tapi, kenapa err... cik...tak balik lagi?”

Spontan Hawa berpaling ke arah suara itu. Dia ingin tersenyum tetapi egonya menghalang lalu rasa gembira itu disimpan di lubuk hati. Mungkin dia dah jatuh cinta akan air muka wajah itu yang mempunyai aura yang luar biasa dan akhlak yang baik. Jarang gadis ini merasakan hal tersebut kepada manusia yang bergelar lelaki kerana baginya pada akhir zaman terlalu susah untuk mencari lelaki yang baik akhlaknya serta mempunyai raut wajah yang menawan. Acehhh...

“ Awak panggil saya 'cik'? ” soal Hawa berbasa-basi tanpa menjawab soalan Naiem.

Naiem menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal itu. Lelaki  ini yang pemalu tetapi memberanikan diri untuk bertanya. Dia yang baru sahaja melangkah tadi kembali menyapa gadis itu kerana sedikit keraguan. Yelah, bersendirian ditempat
begini terlalulah bahaya bagi seorang gadis. Kenapa tak balik rumahkan, kereta pun ada.

“ Errr...tak boleh ke panggil 'cik' ? Ke kena panggil 'adik' ? ” Naiem sedikit kekok.

Hawa tersenyum. “ Tak la. Tapi kalau awak panggil 'cik' tu cam saya ni dah tua.” gelak Hawa perlahan.

Naiem turut tergelak. Dia pun pelik kenapa agak peramah dengan gadis ini. Selalunya kalau bab perempuan ni, dia slow sikit cam kalau ada perempuan tegur ke apa, taklah sampai tergelak macam ni. “ Kalau macam tu saya panggil adik la. Adik kenapa tak balik lagi?”

“ Tayar kereta saya bocor.” Jari telunjuk dihala ke tayar keretanya yang sudah kempis.

Mulut Naiem membentuk huruf 'o' apabila melihat apa yang ditunjukkan oleh Hawa. Patutlah tak balik lagi. “ Habistu, tak call teksi ?”

Hawa berfikir sejenak lalu menggeleng kepala. “ Tak nak la. Tak biasa naik pengangkutan awam. Takutttt” gelaknya perlahan.

Naiem tergelak sekali. Disaat itu, Hawa meneliti wajah lelaki itu dibawah cahaya bulan malam. Raut wajah yang penuh dengan kepenatan tetapi tetap tenang.

Pikk!!! Pikk!!! Pikk!!!

Bunyi hon daripada sebuah kereta yang baru berhenti di tepi Hawa dan Naiem memeranjatkan mereka. Spontan mereka berpaling ke arah kereta tersebut sebelum keluar seorang lelaki yang berpakaian kemeja biru gelap bersama seluar sleck hitam pekat.

Hawa menjerit riang lalu memeluk lelaki itu gembira. “ Sampai pun abangku sayang.”

Haniq tersenyum sambil menggelang kepala lalu meleraikan pelukan adik kesayangannya itu sambil memandang Naiem yang memberi senyuman tulus kepadanya. Dia membalas senyuman Naiem. “ Ni siapa, Hawa?” tanya Haniq ragu-ragu. Melihat dari uniform yang dipakai Naiem, seperti tukan kebun disini.

Hawa memandang Naiem lalu tersenyum sebelum memandang abangnya kembali. “ Tukan kebun dekat sini.”

“ Ouhh...I see...” balas Haniq sambil mengangguk.

“ Saya Naiem, tukan kebun dekat sini.” Tanpa dipinta, Naiem memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda perkenalan.

Haniq tersenyum. “ Haniq, abang budak berhingus ni.” Dia menyambut salam daripada lelaki itu.

Hawa mencebik. “ Apa ni panggil orang macam tu, tak baik tau!” rajuk Hawa.

“ Hek elleh, nak merajuklah pulak. Tak payah merajuklah, tak ada orang nak pujuk pun.”

Naiem tersenyum melihat karenah adik-beradik itu. Hatinya terdetik sayu. Dia cemburu, orang lain mempunyai keluarga tetapi dia...dibuang oleh keluarga sendiri. Dia menunduk sambil mengeluh. Andai ini takdir yang tercatat di Luh Mahfuz untuknya, dia redha. Mungkin ada hikmah yang terselit.

Tasbih Cinta KitaWhere stories live. Discover now