HAWA menggeliat kecil. Dia bangun dari pembaringan sambil menggenyeh mata. Jam yang terlekat pada dinding dikerling, sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Nyenyak betul dia tidur tambah lagi ketika uzur. Memang tak ingt dunialah jawabnya. Jap, mana laki aku eh? gerutu hati kecilnya. Dalam bilik air tak ada, dapur lagilah. Takkan hari sabtu pun kerja juga kut. Haaiihh...
Bunyi pintu dibuka dari luar terus menarik perhatian Hawa. Dia tersenyum. Kelihatan Naiem menjinjing beg plastik yang berisi dua bungkus nasi. Ouhh, pergi beli sarapan pagi ke. So sweet.
“ Bangun pun isteri saya ni. ” Naiem melabuhkan punggung disebelah isterinya sambil tersenyum. Beg plastik itu diletakkan di atas meja.
Hawa tersenyum. Rambutnya yang kusut itu diikat. “ Lapar..”
Naiem tersenyum. “ Boleh makan but kena mandi dulu. Busuk aaa...” gurau Naiem sambil mengibas tangan dihidung.
Hawa mencebik bibir. “ Jahatlah awak ni !! ” Paha suaminya ditampar manja.
Naiem tergelak kecil namun gelaknya terus terhenti tatkala si mata terpandang tompokan darah pada cadar tilam itu. “ Darah apa tu?” Aigoo, takkan kau tak ingat kut isteri kau ni uzur.
Pantas Hawa berpaling. Mencerlung matanya. Alamak, macam mana boleh terbocor ni?!!! Malunyaa !!! Wajah Naiem dipandang bersama sengihan manja.
“ Darah Hawa kan?” teka Naiem. Risau juga dia sebenarnya. Takut berlaku pendarahan ke. Ehh, bila masa pula bini aku mengandung. Hahahaha...saja ja. Memang tak mengandung lagi, cuma risaulah takut ada apa-apa terjadi. Risau ooo.
Hawa tersengih bak kerang busuk. “ Maaf...” Ya Allah, malunya...
Naiem menggeleng. Banyak betul darah isteri aku. “ Tak apalah, nanti saya cuci. Dah, pegi mandi. Nak makan pula.”
“ Ehh, kenapa awak pula yang nak cuci. Darah saya biar sayalah yang cuci.”
Naiem mengecilkan matanya memandang Hawa. Hawa mula tidak keruan. Pipinya membahang. “ Kenapa?” soal Hawa perlahan.
“ Darah awak pun darah saya juga, ok. Now, saya nak awak mandi. Ke nak saya tolong man...”
“ Haaaa...ok ii, saya pergi mandi.” potong Hawa. Tidak sanggup dia mahu mendengar perkataan terakhir itu. Tuala yang tersidai terus dirembak.
Naiem tergelak kecil. Geli hatinya melihat telatah si isteri tatkala malu terhadap dirinya. Suka dia melihat wajah yang memerah itu. Cute jee, geram nak cium. Tahan ii. Tapi kejap, 'darah awak pun darah saya?'. Haishh, merepek betullah kau ni Naiem. Ko bukan adik beradik Hawa pun. Kalau kau adik beradik Hawa, tak adalah ko kahwin ngn dia. Tak de alasan lain ka mahu tembak oo.
HAWA hanya melihat bungkusan nasi yang telah dibuka. Nasi ayam gulai, memang sedap. Bungkusan nasi suaminya dilihat pula. Hanya nasi bersama ikan kering sahaja. Sayu hatinya melihat. Dia dapat mengagak suaminya kehabisan wang. Hrmm, kalau dia tidak hadir dalam hidup lelaki itu, pasti lelaki itu tidak susah seperti ini.
“ Hawa, kenapa tak makan? Tadi kata lapar.” Pelik juga melihat perlakuan Hawa, tengok sahaja nasi. Sentuh pun belum.
“ Err...tak baca doa lagi.” Hawa cuba memberi alasan biarpun Naiem baru sahaja mengaminkan doa sebentar tadi. Dia tersenyum tatkala melihat wajah suaminya yang kepelikan. Dia melihat tekak ayam dan paha ayam yang berada didalam bungkusan nasinya. Jari jemarinya terus mencubit sebahagian isi paha ayam tersebut lalu diletakkan ke atas bungkusan nasi Naiem.
Terpinga-pinga lelaki itu. “ Kenapa awak bagi dekat saya?” Suapannya terus terhenti.
“ Saja. Makanlah. Tak baik tolak rezeki tau.” ujar Hawa lalu mengenyit mata kepada Naiem.
Naiem tersenyum. Comel betul isterinya. Dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang begitu memahami akan situasinya. Tak sia-sia dia terima Hawa. Huhuhu..love u!
BIBIR Hawa tidak lekang dengan senyuman daripada suaminya yg sedang mencuci cadar itu sehinggalah suaminya itu selesai menyidai cadar tersebut diluar bilik. Dia bersandar dipintu sambil melihat Naiem membetulkan cadar itu.
“ Haa Naiem, bila nak bayar sewa bilik tu? Dah 3 bulan tertunggak tu. Kalau tak ada duit nak bayar, dipersilakan berambus ye.” sergah Mak Cik Leha yang baru sahaja tiba disitu. Hawa yang berada dipintu dijelingnya.
Naiem terdiam. Dia memandang Hawa. “ Hawa, masuk dalam.” Kalau boleh, dia tak mahu gadis itu mengetahui yg dia kesuntukan duit sekarang.
“ Kenapa? ”
“ Saya cakap masuk dalam. Tutup pintu.” tegasnya.
Hawa tiada pilihan. Dengan muka yang masam, pintu ditutup.
Naiem memandang Mak Cik Leha. “ Kalau saya bayar rm300 dulu boleh tak?” Sebahagian lagi dia mahu membayar hutangnya bersama En. Muhsin. Sudahlah dia sudah berhenti bekerja sebagai tukan kebun di UTP itu kerana permintaan Hawa. Takut Tuan Abd. Rahman mencari dia dan mencederakannya. Haihh, sehingga begitu isterinya berfikir. Ini mesti pengaruh novel or drama. Dan sekarang, dia hanya bekerja sebagai cleaner di bangunan Jaya Holding Berhad dengan gajinya rm800 tu apalah sangat.
“ Yelah ii...sewa selalu ditunggakkan beginilah jadinya. Tu bini kau tu, kau bagi dia makan apa kalau diri sendiri pun tak boleh dibela ! Yang rm600 ringgit lagi tu pastikan langsai secekap mungkin sebelum aku perambuskan korang, faham?!!”
Kepala diangguk perlahan. Hati Naiem mengeluh berat. Duit rm300 telah diserahkan kepada Mak cik Leha. Hanya tinggal rm500 ringgit lagi. Fikirnya, dia mahu membayar separuh hutangnya kpd En. Muhsin.
“ AWAK, kenapa termenung je ni? Ada masalah ke?” Hawa menyentuh bahu Naiem yang sedang membelakanginya. Selesai sahaja solat isya tadi, lelaki itu senyap sahaja. Tidak seperti selalu, selesai solat isya' pasti dia akan membaca quran. Tapi malam ini....
Naiem tersentak. Terus dia berpaling memandang isterinya. Haduii, tahulah kusut fikir pasal duit tapi janganlah sampai termenung jeee. “ Err..tak ada apa.” jawabnya ringkas.
“ Yeke?” tanya Hawa ragu-ragu.
Naiem membalas dengan senyuman. Tanpa sebarang kata, dia membuka langkah ke pintu.
“ Jap, awak nak pergi mana?” tanya Hawa pelik. Naiem tidak pernah keluar malam kecuali mahu membeli barang dikedai runcit, tu pun dia ikut sekali, tetapi malam ini perangai suaminya memang pelik. Apa sebenarnya yang terjadi ye?
“ Saya nak turun bawah kejap. Awak jangan pergi mana-mana, tidur je.” kata Naiem tegas tanpa memandang si isteri dan terus keluar.
Bertambah bingung Hawa. Berkerut dahinya memandang pintu yang sudah terkatup rapat. Hatinya tiba-tiba dilanda keresahan. Macam ada sesuatu yang disorokkan oleh suaminya daripada pengetahuan dia.
•••••••••
~ Lepas baca, jangan lupa vote tau~♥~

YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romansa"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...