Prolog

60 9 0
                                    

JASAD Mak Iti dan Pak Abdullah terkujur kaku ditengah ruang tamu rumah kayu tersebut. Suasana yang suram dan diselangi titisan air dari langit hanya dihiasi dengan suara penduduk-penduduk kampung yang sedang membaca surah yasin kepada si jenazah. Ya, itulah pengakhir cerita bagi setiap manusia, mati.

Mak Iti dan Pak Abdullah meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya. Takdir yang menentukan segalanya dan kita hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Kerana stiap manusia pasti akn kembali kepada Pencipta.

Namun tidak bagi Naiem, air matanya terus mengalir seperti hujan yang sedang membasahi bumi Kampung Baru ketika itu. Dia masih tidak dapat menerima kematian ibu dan ayahnya. Perginya mereka seperti hilangnya tempat kebergantungannya. Ya,dia hanya ada mereka sahaja dan bagaimanakah hidupnya selepas ini apabila perginya insan kesayangan.

Naiem memandang lesu dua tubuh yang kaku itu dari sebuah sudut. Dia tidak dapat mendekati mereka dengan apa yang berlaku. Hatinya sedih. Dia memeluk kedua-dua belah lututnya yang menggigil. 'Ya Allah, kenapa aku perlu menghadapi semua ini?' gumam hatinya pilu.

Perginya mereka, maka hilanglah tempat kebergantungan Naiem Riezqi. Bagaimanakah lelaki itu yang baru berusia 18 tahun akan menjalani hidupnya dengan berseorangan selepas perginya insan-insan yang telah menjaganya selama 17 tahun?

KOTAK yang diberikan oleh Mak Iti sebelum ibunya itu pergi dipandang lama. Dia masih belum membuka kotak tersebut. Dua hari pemergian ibu dan ayahnya, Naiem hanya berkurung di dalam rumah. Selepas selesai sahaja solat isyak, Naiem teringat akan pesanan ibunya supaya membaca isi kandungan kotak ini.

Kotak yang berbentuk segi empat tepat itu dibuka perlahan. Sekeping kertas putih yang dilipat dan diselitkan dengan 3 keping gambar. Naiem mengambil gambar-gambar tersebut lalu ditenung. Sudah semestinya bukan gambar arwah ayah dan ibunya. Situasi didalam gambar-gambar tersebut kelihatan mewah, siapa mereka?

Kertas putih yg dilipat itu digenggam lalu dibaca perlahan isi yang tersurat.

3 / 9 / 2002

Assalamualaikum wahai anakku, Naiem Riezqi..

Maafkan papa dan mama kerana tidak dapat menjaga dan melindungi kamu sebaik mungkin. Papa serahkan kamu kepada pembantu rumah kami, Mak Iti, supaya kamu lebih terjaga dan terlindung. Walaupun kita terpisah, kasih kami kepada kamu tetap berjalan seiring waktu. Maafkan kami...
Suatu hari nanti, pasti kita akan bertemu apabila tiba masanya.

~ Abdullah

Air mata Naiem menitis dipipi. 'Jadi selama ini, aku anak angkat ibu dan ayah?' desis hatinya sebak. Gambar yang memaparkan seorang perempuan dan seorang lelaki bersama bayi dilihat, lama. Jadi dia hanya menumpang kasih ibu dan ayahnya. Selama ini dia menganggap arwah ibu dan ayahnya adalah keluarga kandungnya, rupanya tidak. Hatinya sebak. Kenapa arwah ibu atau arwah ayahnya tidak memberitahu tentang hal tersebut?

Naiem menyimpan kembali isi-isi kotak tersebut lalu meletakkannya di atas meja. Tubuhnya dibaringkan di atas tikar mengkuang yang menjadi tempat tidurnya dari kecil lagi. Dia termenung sambil memandang zink ,kosong. Dengan apa yang terjadi, emosinya sedikit terganggu. Tetapi dia harus tabah dan memulakan hidup sendiri. Lagipun Naiem mempunyai sijil spm yang cukup menggempakkan sehingga mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Auckland, New Zealand. Tetapi akibat masalah kewangan, dia menolak tawaran tersebut dengan hati yang kecewa.

Walaupun arwah ibu dan ayahnya mengizinkan Naiem pergi, namun dia tidak mahu menyusahkan mereka. Lalu ditolaknya tawaran tersebut. Harapnya dengan sijil tersebut, dapatlah dia bekerja di bandar nanti. Dan harapnya, dia akan dapat bertemu dengan keluarga kandungnya kembali.

•••••

Tasbih Cinta KitaWhere stories live. Discover now