Bab 14

42 2 0
                                    

HANIQ berbaring di atas katil. Telefon pintar yg berjenama Vivo itu dibelek. Hari ni adalah hari lahir adiknya. Gambar yg ditangkap olehnya ketika Hawa sedang memotong kek hari lahir tahun lepas ditilik. Satu persatu dibelek. Dia sangat merindui gadis itu. Mahu menghubungi, adiknya tidak lagi menggunakan telefon.

Hatinya mengeluh berat apabila mengingati apa yg telah terjadi. Bagaimanakah hidup adik aku sekarang? Bahagiakah? Atau derita? Kalau boleh, dia tidak mahu berlama-lamaan di Switzerland ni, dia mahu balik ke Malaysia secepat mungkin dan mencari adiknya. Namun apa yg boleh dia lakukan. Arahan daripada abahnya harus diutamakan. It's ok Haniq, 4 bulan je lagi kau duduk dekat sini, monolognya dalam hati.



WAJAH lena yang tenang milik isterinya itu diulas lembut. Naiem berbaring mengiring ke arah isterinya dengan tangan menongkat kepalanya. Rambut Hawa yang mengurai ke dahi diselak ke belakang.

“ Abang minta maaf sayang sebab tak boleh bagi sayang tempat tinggal yang lebih selesa. ” ujar Naiem perlahan.

Wajah Hawa dipandang halus. Entah kenapa sejak dari semalam lagi firasatnya merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Hatinya tidak sedap. Kuat mengatakan bahawa dia akan kehilangan Hawa. Keluar keluhan kecil dari mulut tipis itu.

“ Awak, kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Hawa serak basah.

Naiem tersenyum. Perasaan tidak sedap itu cuba dilindungi. “ Tak ngantuk. Sayang tidur la.” Ubun-ubun si isteri digosok lembut lalu dikucup dengan penuh rasa kasih sayang dan syukur.

“ Tidurlah.” ajak Hawa lalu memeluk lengan suaminya erat seperti tidak mahu melepaskannya pergi.

“ Ok.” Badan Hawa dipeluk erat. Rambut si isteri dibelai sebelum dia turut terlena bersama harapan dia dan Hawa tidak akan terpisah kecuali dengan maut. Hawa adalah cinta pertama dan terakhir abang, itu yg abang bersumpah!!







Tasbih Cinta KitaWhere stories live. Discover now