Bab 6

12 5 0
                                    

“ JANGAN jumpa jantan tu lagi!!!” Tiba sahaja diruang tamu rumah itu, Hawa dijerkah oleh Tuan Abd. Rahman. Dadanya mula berdegup kencang. Puan Jamilah dan Haniq turut berada disitu. Adakah abahnya sudah tahu tentang Naiem?

“ Kenapa?” Hawa bertanya dengan berani.

Haniq menggeleng kepala melihat kedegilan adiknya itu. Mesti mahu mempertahankan Naiem. Sudah tentu akan ada perkara buruk yang akan berlaku sebentar lagi.

“ Sebab jantan tu tak boleh jamin masa depan kau!” tegas abahnya.

Hawa tersenyum seret. “ Macamlah abah dah nampak masa depan Hawa if berdamping dengan orang kaya sekali pun. And abah, tolong jangan panggil dia 'jantan', dia ada nama, nama dia N. A. I. E. M.”

“ Hawa, respect sikit dekt abah.” Haniq mula melenting apabila melihat adiknya menjawab kata-kata abahnya.

“ Abang diamlah. Sebab abang semua ni jadi tau. Abang yg bagi tahu abahkan? Puas hati abang sekarang?!” tengking Hawa.

“ Abang, sabar.” bisik Puan Jamilah sambil menggosok belakang suaminya yang semakin membara dengan kemarahan. Harapnya, penyakit jantung itu tidak datang.

“ Ya, abang yg bagi tahu. Abah patut tahu hal yang sebenarnya, abah patut tahu siapa lelaki yang Hawa suka tu!” Suara Haniq naik tiga oktaf. Mukanya turut merah akibat marah.

Hati Hawa sebak. Dia tahu abah tak akan menerima Naiem apabila hal ini berlaku. Tetapi dia mahu memperjuangkan cintanya ini.

“ Pindah universiti. Abah akan hantar Hawa ke luar negara.” bicara Tuan Abd. Rahman perlahan dengan penuh ketegasan.

“ Noo, Hawa akan kahwin dengan Naiem. Muktamad!!!” jerit Hawa lalu berlari ke biliknya.

“ Siti Hawa!!!” tempik abahnya lalu terduduk. Puan Jamilah mula risau. Inilah suaminya, terlalu menjaminkan harta sehingga tidak memandang akan ketaatan.

HAWA termenung dibalkoni biliknya. Hatinya menangis. Setiap kali dia jatuh cinta, mesti abahnya akan menghalang. Salah ke cinta yang dia pilih itu? Adakah ianya semata-mata kerana harta atau duit? Hah!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Hawa bangun dari pembaringan. Dia tahu itu abangnya. “ Masuklah”

Haniq masuk lalu mendekati adiknya yang sedang memandang batal diriba. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil secara mengadap Hawa. “ I'm sorry,dear. Abang bukan nak keruhkan keadaan. Tapi kalau Hawa rahsiakan sekali pun daripada abah, abah akn tahu juga. Hawa tahukan abah tak suka anak dia berkawan dengan anak orang miskin apatah lagi berkahwin.”

Hawa memandang Haniq. “ Hawa nak kahwin dengan dia,bang.” lirih suara Hawa.

“ Hawa, macam mana Hawa nak kahwin tan...”

“ Abang jadi wali Hawa, boleh?” potong Hawa.

Haniq terdiam. Wajah lesu adiknya dipandang. “ Betul ke adik nak kahwin dengan dia? Dah fikir masak-masak?”

Hawa mengangguk laju. “ Adik dah buat solat sunat istikharah semalam dan adik sangat yakin dialah imam adik nanti.”

“ Abah macam mana? Adik mahu tinggalkan kami ke?”

“ Adik tahu abah akan halau adik nanti. Takpe, adik terima dan adik minta maaf sebab buat semua ni. Adik memang betul-betul tekad tak akan lepaskan dia!”

“ Yelah, kalau itu yang adik pilih, abang turuti. Abang akan jadi wali kepada adik nanti. Tapi, Naiem tu nak ke kahwin dengan adik?”

Hawa tersenyum. “ Kalau abang nak tahu, dia pun suka dekat adik. Look, kuatkan jodoh kitorang. Hanya kerana personaliti, sama-sama terpaut.”

Haniq tersenyum tawar. Harapnya, pintu hati abah akan dibuka untuk menerima Naiem.

“ JANGAN kau jejak lagi kaki kau dirumah aku. Berambus sekarang!!” jerkah Tuan Abd. Rahman lalu memegang dadanya yang mencucuk-cucuk sakit.

Air mata Hawa jatuh jua. Dia memandang uminya. “ Hawa minta maaf.”

Puan Jamilah melepas anak bongsunya pergi kerana dia yakin Naiem mampu membimbing dan menjaga Hawa. ' Kalau itu kebahagiaanmu, pergilah nak. Aku izinkan.' gumam Puan Jamilah dalam hati sambil menenangkan suaminya.

Hawa yang sudah tahu hal ini akan berlaku, pakaian terus dikemas dlm beg bagasinya. Beg bagasinya diheret keluar dari rumah itu bersama air mata yg bercucuran mengalir. Telefon pintar, kereta, dia tinggalkan kerana semua itu dibeli menggunakan duit Tuan Abd. Rahman. Hanya beberapa pakaian sahaja dibawa yg dibeli dgn duit dia sendiri.

Haniq yang dari tadi mendiam bangun dari sofa lalu mencapai car lock dikabinet ruang tamu dan mendekati Hawa yang sedang memakai kasut. “ Dear..” panggilnya sayu.

Hawa mendongak. Air matanya dibiarkan basah dipipi. Dia tidak tahu perlu kemana sekarang. Rumah kawan-kawan? Takkan mahu menyusahkan diorang apatah lagi diorang tinggal bersama famili masing-masing.

Haniq mennyapu air mata yang melekat dipipi gebu adiknya. “ Dah, jangan nangis. Sekarang, abang nak adik pergi cari Naiem and cepat-cepat ajak dia kahwin,ok?”

Hawa mengangguk sambil tersenyum. Sebut sahaja nama lelaki pujaannya itu, bibirnya terus mengukir senyuman.

Tasbih Cinta KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang