HAWA memerhati Naiem yang sedang berehat ditaman sains Universiti Teknologi Petronas itu. Lelaki itu hanya duduk disebuah bangku keseorangan sambil melihat tasik buatan manusia. Entah apa yang sedang berlegar didalam kepala lelaki itu, raut wajahnya nampak kusut sahaja. Hawa memberanikan diri untuk menegur lelaki itu. Dia mahu mengenali lelaki itu lebih dalam. Tak salahkan. Lagipun lelaki itu kelihatan sangat baik dan sopan. Dia mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta akannya. Hihihi..
“ Assalamualaikum awak...boleh saya tumpang duduk?” sapa Hawa sekaligus telah berjaya menarik perhatian dia. Naiem terus bangun.
“ Err....” Dihadapan matanya sekarang ialah Siti Hawa, perempuan yang harus dijauhinya. Hatinya mengeluh tiba-tiba. Haihh, macam tak suka je dapat amaran begitu dari Haniq. Ini mesti suka jugak ni.
“ Awk malu ehh? Kalau bercakap dengan saya, muka tu asyik merah je, lepastu tunduk ii...” desis Hawa sambil ketawa kecil. Naiem memang begitu, seumur hidupnya dia tidak pernah berbual kosong bersama gadis tpi sekarang...... Sudah semestinya malu.
“ Err, awak buat apa kat sini?” tanya Naiem sedikit kekok.
“ Saya nak kenal dengan awk, boleh?” Hawa melabuhkan punggung ke atas bangku kayu itu lalu memandang Naiem yg turut memandangnya sambil berdiri.
Naiem terdiam. Jadi betullah gadis ini mempunyai perasaan suka terhadapnya. Tidak tahukah gadis ini yang dia hidup dalam keadaan susah?
“ Boleh tak?” ulang Hawa sekali lagi apabila melihat Naiem hanya membisu seperti sedang berfikir mahu atau tidak.
“ Tapi, abang awak tak bagi kita kenal.” jujurnya.
Kini, giliran Hawa pula yg terdiam. Adakah Haniq bertemu dengan lelaki ini untuk memberi amaran? Adakah lelaki ini sudah tahu yg hatinya terpaut terhadapnya? Ya Allah, malunya...
“ Saya harap awak buanglah perasaan awak tu terhadap saya. Saya bukan setaraf dengan awak. Saya tak ada harta. Hidup saya pun susah. Family awak mesti nak menantu yang boleh menjamin masa depan awak lebih cerahkan? So, saya bukan orangnya, jauh sama sekali.”
Hawa cuba untuk mengawal riak malunya. Memang betullah dia dah tahu aku nak dekat dia. Malunya. Siap ko abang, tunggu aku balikkkkkk!!!
“ Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Naiem terus meminta diri.
“ Salah ke saya nak minat dekat lelaki yang tidak tinggalkan solat walaupun tak berharta?” Soalan yang diajukan oleh gadis itu serta merta melumpuhkan langkah Naiem. Dia berpaling kepada Hawa yg sedang memandangnya.
“ Memang tak salah tapi kita tak setaraf, Siti Hawa!” ujar Naiem lalu menyambung langkah meninggalkan gadis itu keseorangan.
Hawa terdiam. Nama aku pun dia dah tahu. Hrmm, aku bertepuk sebelah tanganlah ni. Haaaaaa... Ini semua gara-gara Haniq!
“ HANIQ!!!” jerit Hawa panjang dari ruang tamu rumah agam itu. Mahu bergegar rumah itu. Haniq yang sedang tidur didalam bilik terus tersedar. Kau rasa, sekuat mana suara gadis kecil ini sehingga dapat menembus dinding simen yang tebal itu. Dashyat ii.
Haniq terus keluar dari bilik dan menuruni anak tangga dengan laju. Air liurnya ditelan tatkala melihat adiknya yang sedang berdiri diruang tamu sambil memandangnya setajam hujung duri.
“ Sampai hati abang! I hate u so much!” jerit Hawa sebak. Salah ke dia mahu jatuh cinta?
“ Shhhh... Perlahanlah sikit. Abah baru balik dari outstation. Kalau abah tahu macam mana?”
“ Biarlah abah tahu, Hawa tak kesah pun.” Hawa berpeluk tubuh lalu menjeling abangnya amarah.
Haniq mengeluh. Kenapalah adiknya boleh jatuh cinta kepada lelaki yang miskin itu? “ Ok, look dear...abang ada kawan yang ada adik sebaya Hawa, tak silap abang nama dia Syed Maliqie. Dia lebih hensem dari Naiem tu. Kerjaya pun ada. Abang kenalkan dia untuk Hawa nanti, ok...?” Haniq cuba memujuk.

YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romance"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...