NAIEM membelek duit yang masih berbaki didalam beg duitnya yang lusuh itu. Dia mengeluh perlahan. Hanya rm270 yang tinggal. Gaji bulan ini sudah habis kerana membayar hutang arwah ibu dan ayahnya, mujur dah langsai semuanya. Sekarang ini kepalanya pening memikirkan bayaran sewa bilik yang didudukinya diflat ini yang telah tertunggak 2 bulan, semuanya adalah rm600. Dimana dia ingin mengaut duit. Gaji dia sebagai tukan kebun di UTP hanyalah rm50 sehari kerana dia hanya bekerja part-time disitu.
Penyewa pun sudah bising kerana selalu menunggakkan bayaran sewa bilik ini. Dengan siapa lagi dia mahu berhutang. Naiem berfikir sejenak. Mahu berhutang dengan Encik Muhsin, yang menyewa rumah disebelah biliknya, sudah dua kali dia berhutang dengan jirannya itu. Lagipun Encik Muhsin tidak suka terhadapnya kerana selalu meminjam duit dari dia barangkali.
“ Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segala ujian-Mu ini. Sesungguhnya aku hamba yang sangat lemah, Ya Allah.” rintih Naiem sambil memekup muka dengan tapak tangannya. Hatinya dihempas pilu. Sedih akan hidupnya ini.
“ SIKIT-sikit pinjam duit, sikit-sikit pinjam duit. Diri tu kalau miskin sangat jangan duduk kat bandar ni, pegi duduk kat kampung. Muka je hensem tapi menyusahkan buat apa!!” bentak Encik Muhsin apabila Naiem datang buat kali ketiga untuk meminjam duit sebanyak rm400.Naiem yang menunduk sedari tadi mengangkat muka. “ Saya minta maaf abang Muhsin, kalau abg Muhsin tak nak bagi tak apa. Saya tahu saya dah banyak menyusahkan abng sekeluarga. Saya minta maaf.” Dia tidak tahu dimana harus dia mengaut duit untuk membayar sewa yang tertunggak bilik itu. Hanya En. Muhsin sahaja harapannya.Puan Siti, isteri En. Muhsin yang berada disebelah hanya memandang sayu. Dia tahu budak ini sangat baik tetapi suaminya itu tidak suka akan budak lelaki ini kerana selalu menyusahkan. Nak bagi duit, dia tidak bekerja.
“ Tahu tak apa, baguslah kalau dah sedar diri tu. Tahu yang diri tu dah banyak susahkan aku, lepas ni aku tak tahulah apa pula kau akan susahkan aku.” gumam En. Muhsin marah.
Naiem mengeluh berat. “ Saya minta maaf, abang Muhsin, Kak Siti. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..” Naiem terus membuka langkah selepas memberi salam.
“ Waalaikumsalam...” jawab Puan Siti. Tubuh Naiem sudah hilang meninggalkan flat ini, mungkin ada kerja diluar. Dia memandang suaminya yang sedang belunjur di atas sofa di depan tv. “ Kenapa abang tak bagi budak tu pinjam duit? Takut duit abang habis, kering?” Punggungnya dilabuhkan di atas lantai berhadapan dengan En. Muhsin.
“ Yang awak ni kenapa tanya macam tu? Salah ke saya tak bagi, hutang lepas dia belum langsaikan, nak buat hutang baru pulak...memang taklah saya nak bagi!! ” ujarnya dengan suara yang sedikit kasar.
Puan Siti menggeleng. “ Abang, tak salahkan kita tolong dia. Saya kesian tengok dia, bang. Hidup se...”
“ Aahhh...bisinglah. Awak ingat saya ni kaya sangat ke asyik nak bagi duit dekat dia je. Gaji saya rm1900 sebulan je. Nak bayar yuran si Mariam lagi, nak tanggung makan minum lagi, nak bayar sewa lagi. Awak ingat cukup ke lepastu nak bagi dekat dia pulak. ” bentak En. Muhsin lalu masuk ke dalam bilik.
Puan Siti hanya terdiam. Begitulah perangai suaminya. Tidak mahu berbagi rezeki kerana takutnya ianya habis.
HANIQ memandang seorang lelaki yang sedang membersihkan tempat parkir kereta yang dikhaskan untuk kaki tangan Universiti Teknologi Petronas. Lelaki ini yang berjaya menarik hati adiknya dan sekali gus akan mengeruhkan keadaan jika diketahui oleh abahnya nanti. Dia membuka pintu lalu melangkah dengan perlahan ke arah lelaki itu.
“ Kau Naiem,kan?” tanya Haniq setelah berada dibelakang lelaki itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sleck yang dipakainya.
Lelaki itu berpaling memandangnya dan berhenti daripada menyapu. Dia tersenyum lalu mengangguk. “ Ya saya, kenapa ye?” Tidak salahnya ini lelaki yang semalam.
“ Kau ingatkan, aku ni sapa?”
Naiem berkerut dahi. “ Err, En. Haniq?” Itu apa yang didengarinya semalam.
Haniq tersenyum seret. “ Ya, aku Haniq, abang kepada Siti Hawa.” Dia tekad. Dia harus menghalang lelaki ini daripada mendekati adiknya.
Naiem berfikir sejenak. Siti Hawa? Adakah perempuan yang dia tegur semalam? “ Err, Siti Hawa tu yang se...”
“ Yup, yang duk berbual dengan kau semalam.” celah Haniq.
Naiem mengangguk faham. Siti Hawa rupanya nama dia. Melihat daripada kereta Audi A6 putih yang dinaiki lelaki yang berada dihadapannya ini, sudah semestinya mereka ini anak orang berada dan terhormat. Jauh sekali dengan dirinya jika mahu dibandingkan. Hatinya tergelak kosong. Namun dia pelik akan raut wajah Haniq, tegang semacam sahaja tidak seperti semalam yang sentiasa dihiasi dengan senyuman manis.
“ Aku nak pesan dekat kau, jangan dekat dengan adik aku sebab aku tak nak adik aku tergila-gilakan lelaki macam kau.”
Sudah semestinya dahi Naiem berkerut sejuta mendengar kata-kata Haniq. Adik dia tergila-gilakan aku? Tak faham! “ Maksud En. Haniq? saya tak fahamlah.”
“ Haduii, kenapa lembab sangat kau ni? Patut pun kerja jadi tukan kebun je.”
Kata-kata itu sedikit menggores hatinya. Kenapa tiba-tiba? Dia tidak pernah mencari masalah dengan lelaki ini jadi tidak perlu rasanya untuk menghina dia. Dia betul-betul tidak faham dengan kata-kata Haniq tadi kerana itulah dia bertanya seperti itu. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku sehingga Haniq mengeluarkan bicara seperti itu. Seingatnya dia tidak pernah untuk berkawan dengan adik lelaki itu kerna dia sedar dimana sepatutnya dia berdiri.
“ Adik aku suka dekat kau dan tolong jauhkan diri kau dari dia. Aku nak kau berhenti kerja dekat sini. Faham?!” Suara Haniq naik dua oktaf.
Naiem terdiam, terkejut pun ada. Tiba-tiba sahaja suruh dia berhenti kerja disini. Apa salahnya? Dia datang ke sini untuk mencari rezeki yg halal bukan untuk menggoda anak orang. Lagipun kebanyakan student disini adalh anak orang berada dan siapalah dia untuk menggoda mereka.
“ Kau dengar tak apa aku cakap ni?!”
“ Dengar tu dengar, tapi saya rasa encik tak ada hak nak suruh saya berhenti kerja disini. Saya kerja dekat sini bukan untuk menggoda adik encik tapi saya kerja dekat sini untuk mencari rezeki yang halal. Salah ke? Saya tak pernah ada hati dekat adik encik, so encik tak payah risau.” ujarnya panjang lebar.
Haniq terdiam buat seketika. “ Baguslah kalau macam tu.”
Naiem hanya tersenyum. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Betul ke perempuan yang dia tegur semalam sukakan dia? But how?
YOU ARE READING
Tasbih Cinta Kita
Romansa"Tasbih ini menjadi saksi cinta saya kepada awak." ~Naiem Riezqi Selepas kematian Mak Iti dan Pak Abdullah, orang tuanya, Naiem hilang tempat kebergantungannya serta tempat kasih sayangnya. Tetapi, adakah arwah Mak Iti dan Pak Abdullah itu adalah ib...