Bab 1

2.3K 35 4
                                    


|

|

|

|

      "Mama!" Teriak Syami.

      "Sayang jangan panjat kerusi tu!...nanti jatuh" larang Fariesya dengan lembut.

      Kaki kecil Syami masih berusaha memanjat. Tangan erat memeluk kerusi. Tidak lama, akhirnya Syami dapat duduk di kerusi.

      "Yeay!...mama,chami dapat duduk dah!" Sorak Syami sekuat hati.

      Fariesya tersenyum lembut. Hatinya berasa tenang melihat cahaya matanya di sisinya.

      "Kuatnya anak mama ni!" Puji Fariesya.

      Tergelak hati Farieya melihat Syami tersipu-sipu malu. Pipi tembam diusap.

      "Sayang nak makan?"

      "Nak!"

      "Kejap ya"

      "Mamam...mam...mamam..." Gumam Syami.

      Fariesya tersenyum kecil. Haih kalau papa ada mesti Syami lagi happy  dari sekarang kan?mesti lagi comel dari sekarang kan?

      Fikirannya jauh melayang. Terasa dirinya tak berguna membiarkan anaknya membesar tanpa seorang ayah. Luka lama seperti ditoreh-toreh kembali. Sayu wajahnya seketika. Tangannya serta-merta perlahan bergerak.

      "Maafkan mama sayang" Getus hati kecilnya.

      "Mama!" Tersentak Fariesya.

      "Kejap ya!...dah nak siap...lepas makan kita jumpa akak Diana nak?" Umpan Farieya.

      "Chami nak jumpa akak Diana!" Semangat Syami menjawab.

     Bibir Fariesya mengembang kembali. Tatkala terdengar anaknya sebut nama sendiri sentiasa pelat.

***

      Dahi berkerut-kerut. Fikirannya kusut. Tangannya digengam sehingga memutih. Rasa semacam amarah tak terhingga datang merasuk dirinya. Meja dihentak kuat.

      "Astagfirullahalazim!"

      Adam mengeluh panjang. Mata memandang ruang pejabatnya dan terhenti melihat jam dinding. Sejenak terkaku keras.

      "Ya Allah!...anak aku" tersentak adam.

     Kelam-kabut Adam mengemas barangnya. Fikiranya mula memikirkan anaknya di rumah. Berpeluh-peluh badan Adam. Hatinya gusar tentang anaknya berdua dirumah lama-lama.

      "Aku belum masak!" Jerit Adam secara mengejut seperti terkena renjatan elektrik.

      Tanpa berfikir panjang. Adam memasuki perut kereta mewahnya. Lantas memandu menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, otaknya ligat memikir menu masakan.

      Sampai sahaja di rumah. Dibuka pintu agam mewahnya. Terbelalak melihat isi rumahnya. Seperti dirompak sahaja. Snek bertaburan di lantai. Adam melangkah masuk. Terpijak mainan milik anaknya.

      "Ah!...Zairul!...Zairi!" Laung Adam sekuat hati.

      Terdapat kelibat anaknya keluar dari bilik. Dengan sengihan kecil. Comot!

      "Why Daddy balik rumah tunggang-langgang?!" Jerkah Adam dengan amarah.

      "Sorry Daddy..." Ucap Zairul perlahan.

      Adam memandang satu persatu anaknya. Kedua-duanya memandang lantai. Terciut dek amarahnya. Serba salah timbul di hati.

      "Tolong Daddy kemas. Lepas tu ambik adik. Kita makan dekat luar" Ujar Adam dengan kesal.

      "Daddy..." Panggil Zairi.

      Adam memandang anaknya.

      "Daddy maafkan. Dah tolong Daddy. Kalau lambat. Tak ade mainan nanti" Ugut adam.

      Kelam-kabut Zairul dengan Zairi kemas. Tangan ligat mengemas dengan cepat. Tak ade pandang kiri kanan langsung. Hantu mainan!

       Geli perut Adam melihat telatah anaknya. Nakal!







Hai! Author kembali lagi. Buat balik. Thanks sape-sape sudi baca.

Thanks kpd MrGreen93 sbb tunggu hampir 2 tahun ahahaha sorry!

Saye ade perbaiki story ni. Harap korang enjoy!

Janda+Duda=Happy FamilyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang