|
》
|
》
|
》
|
Seperti terkena renjatan Adam dibuatnya. Ni ke abang Fariesya?!
"Lah kau kenal lah adik aku ni!" Sorak Khairul riang.
"Jadi kau lah abang Fariesya...murung aku tahu." Balas Adam.
"Asal nak murung?"
"Dekat pejabat jumpa kau...sini juga jumpa...bosan aku tengok."
"Adam kenal abang saya lah?" Sampuk Fariesya.
"Kenal je..." Balas Khairul sambil menganggkat kening ke arah Adam.
"Sya....saya pinjam abang kejap." Pinta Adam sambil menarik Khairul.
Bam! Pintu ditutup kasar.
"Apa fasal seret aku dekat luar ni?...kau ingat aku kucing suka hati kau nak seret ke apa?" Soal Khairul. Habis rambut aku terbang tadi.
"Eh kau ni...kalau kau cakap depan Sya...malu lah aku!" Geram Adam. Terpancar riak cemasnya.
"Kau minat adik aku?"
Adam mengangguk.
"Jadi orang yang kau jadikan penganti tu adik aku?"
Adam diam.
"Jadi aku bakal abang ipar kau?"
Adam geleng kepala.
"Kurang asam punya member!...aku tak bagi kau kahwin dengan adik aku baru tahu!"
Adam membuat muka tembok. Malas nak layan budak terencat ni.
***
"Angah..."
Fariesya memandang Laila.
"Along dengan kawan angah tu kawan eh?"
"Angah tak tahu." Jawab Fariesya bingung.
"Hm okay..." balas Laila singkat. Cepat tangannya raih bahu Qaliya. "Kak..."
"Iya?" Balas Qaliya cemas.
"Akak suka abang kita eh?"
"Eh,ma-mana ada!"
"Eleh nak tipu pula...pipi tu dah macam tomato!" Usikan Laila makin menjadi-jadi.
Qaliya terpacak seperti tiang bendera. Dalam hati menyimpah seranah dekat manusia di depannya.
"Sudah lah tu Laila...kesian Qaliya terpacak macam tu."
Laila tersengih.
***
Sebentar tadi Syafiq menelefon Kimi. Dirinya tidak terurus.
"Syafiq!" Laung Kimi.
Syafiq menoleh ke arah pintu. Rambut tidak disikat. Bau makanan yang sudah basi membuatkan bilik berbau.
"Ya Allah Syafiq...kenapa kau ni?!" Soal Kimi cemas. Cepat-cepat dia membantu Syafiq duduk di katil.
"Kimi..." Pelan Syafiq memanggil.
"Apa?"
"Aku nak jumpa Fariesya..."
"Itu nanti Fiq. Sekarang ni aku nak kau ikut aku pergi haspital."
"A-aku tak nak..."
"Kalau kau sakit. Macam mana kau nak pikat Sya tu balik. Baik kau pergi hospital,badan kau dah panas dah ni." Pujuk Kimi. Tangannya memegang telapak tangan Syafiq. "Apa kau buat ni Fiq. Sampai gores-gores ni. Aku tak kira kau kena ikut aku!"
Syafiq patuh. Sememangnya dia berasa penat sekarang.
Satu persatu Kimi pimpin Syafiq. Pintu dikuak. Terpapar wajah Sofea.
"Kimi, you buat apa dekat suami I?" Soal Sofea acuh tak acuh.
"Kau pergi mana hah?! Tinggal laki kau macam ni dekat umah." Tengking Kimi. Turun naik dada. Isteri siapa macam ni.
"Eh you ni kenapa nak tengking I?! I baru baru balik kan?!" Marah Sofea tak kalah dari Kimi.
"Kau keluar foya-foya. Tinggal laki kau. Eh,aku rasa baik kau mampos lah! Kerja tak nak. Laki tanggung. Sepatutnya kau jaga dia buat foya-foya!" Amuk Kimi. Mendidih darah dibuatnya.
"How dare you! You ingat you tu bagus sangat?!"
"Dari aku layan kau baik aku bawak laki kau pergi hospital. Boleh gila aku layan perempuan kaki foya ni!" Pedas kata-kata Kimi lontarkan. Terus kakinya melangkah keluar membawa Syafiq. Macam neraka dah rumah Syafiq ni!
KAMU SEDANG MEMBACA
Janda+Duda=Happy Family
RomanceFariesya Kaliesya berstatus janda anak satu. Kerana perselingkuhan,Fariesya memilih untuk menjadi janda. Satu pertemuan seorang duda anak tiga,Adam Mikael membuat dirinya tak keruan lagi. Adam membuatnya seperti dibuai mimpi yang indah yang tiada pe...