|》
|
》
|
》
|
Beberapa gugusan beg plastik dibawa Adam. Ternyata banyak tapi tidak bagi Adam yang membawanya tanpa rasa berat. Riak wajahnya menyatakan ia benar-benar ringan.
Tidak pula Fariesya yang berasa malu. Barang semua dibawa adam. Dia?dia hanya bawa anaknya,Syami. Berbuih bibirnya menghalang Adam dari membawa kesemua barang tu. Degil! Tapi Fariesya takjub dengan kekuatan Adam.
"Awak...kite makan dulu eh?.Kesian awak bawak barang-barang tu lama-lama dah lah berat" Pujuk Fariesya.
"Boleh juga...lagi pun saya belum makan lagi.Saya belanja awak okay.Tak ade penolakan" Ujar Adam sambil tersenyum ikhlas.
Fariesya hanya menganguk setuju. Dia lebih pentingkan rehat Adam. Takut pula tangan Adam lenguh sebab angkut barang lama sangat.
Punggung dihenyak atas kerusi. Adam lantas memesan. Perut dah bergoncang. Tak ada masa nak bercakap. Begitu juga anak-anaknya.
"Hai akak!" Celah Zairi.
"Hai adik" Balas Fariesya lembut dan disertankan senyuman manis.
"Um akak..."
Kening Fariesya terjungkit. Tertanya-tanya apa yang budak didepannya nak cakap.
"Boleh Zairi panggil akak ,Mummy...boleh?" Pinta Zairi tersipu-sipu malu.
Zairul dengan Adam tercengang seketika. Raut wajah ternampak jelas terkejut apa yang Zairi minta.
"Harap Fariesya tak fikir lain" Batin Adam.
Fariesya tak bagi reaksi. Tubuhnya mengeras kerana permintaan Zairi. Setelah itu Fariesya menguntum senyuman manis.
"Boleh sayang.Panggil aje Mummy kalau nak" Balas Fariesya.
Zairi lantas bangun dari kerusi. Segera memeluk Fariesya. Beserta tangisan halus. Pipi kemerahan menahan sendu yang tak tertahan.
Fariesya cemas. Tangannya berkali-kali usap belakang badan Zairi. Tertanya kenapa Zairi menangis? Atau dia buat silap?...
"Kenapa nangis ni...Mummy buat silap ke?...jangan lah nangis sayang" Pujuk Fariesya lembut.
Zairi mengeleng dan terus mengeleng. Pelukan dieratkan. Tangisan makin kian kuat.
Zairul melihat situasi ini mulai faham maksud kembarnya. Lantas berlari memeluk Fariesya dan menangis.
Adam hanya diam. Tiada riak mahu menenangkan anaknya. Hanya sekarang menatap Fariesya. Perasaan sedih hadir menyelubungi diri. Inikah pengantiku Ya Allah?
Fariesya tak keruan. Apa salah dia. Dia salah cakap sampai buat budak-budak ni nangis? Badan ditundukkan. Menarik lembut dagu Zairul dan Zairi. Menatap lembut kedua bola mata yang coklat cerah.
"Tak nak nangis...cakap dekat Mummy why crying dear? ... Mummy salah cakap?...tak handsome dah anak Mummy ni" pujuk Fariesya selembut-lembutnya.
Akhirnya Zairul dan Zairi hanya teresak-esak perlahan. Riak wajah sedih terpapar. Fariesya hanya tersenyum. Air mata dihapuskan kedua tangannya. Sesekali mencuit pipi Zairul dan Zairi dan membuatkan mereka tergelak kecil.
"Sekarang Zairul...Zairi tak boleh nangis...sebab Zairul Zairi ade Mummy Daddy " Pujuk Fariesya lagi.
"Okay Mummy" Sahut Zairul dan Zairi bersamaan.
"Bagus anak Mummy ni" puji Fariesya.
Zairul dengan Zairi apa lagi kembang setaman permainan lah jadinya. Kena puji aje dah kembang. Belum lagi puji berkali-kali. Kembang selaut lah jadinya.
Fariesya dengan Adam hanya tergelak kecil dengan telatah kembar yang asyik perasan kalau kena puji.
***
Pang!Berderai cawan di lantai. Tiada kisah langsung walaupun cawan tu cawan import dari Italy.
"Menyesal saya kawin dengan awak!...semua awak tak nak buat!...nak berfoya-foya aje kerjanya!...mana tanggungjawab awak sebagai isteri?!" Tengking Syafiq.
Turun naik dada Syafiq. Hatinya membuak-buak ganas seperti dirasuk hantu. Sekian lama dia pendam sejak berumah tangga dengan Sofea semuanya hancur. Membuatkan hidupnya penuh penyesalan.
"I penat tahu...tak kan I kena duduk rumah kena kemas rumah?!...euw!habis kuku I nanti you tahu tak!" Balas Sofea tak mahu kalah.
Benggang Syafiq dibuatnya. Mahu saja ditampar isterinya biar tahu langgit tu tinggi ke tak. Adab tak ada!. Hormat suaminya pun tak. Biadap!
Terdetik hati Syafiq. Menyesal perbuatannya terhadap bekas isterinya. Berbeza isterinya sekarang,melampau. Hatinya terusik perilakunya dulu,bekas isterinya dulu sopan. Selalu melayan dia di rumah. Ah! Aku menyesal! Maafkan aku sayang...
"Hey you!" Tersentak Syafiq.
"Awak nak apa...nak keluar?"
"Pandai pun...I nak keluar so you kemas ni semua...awak yang baling cawan mahal yang I beli ni...and I lambat balik harini...awak pandai-pandai lah jaga diri...bye!" Ujar Sofea tanpa serba salah.
Biadap! Getus hati Syafiq. Matanya lekat pada isterinya berjalan keluar. Perasaan marah membara. Ingin sahaja diceraikan isterinya yang tak reti duduk rumah. Ada saja hal nak keluar. Setiap hari sampai Syafiq berasa bosan hidup seperti membujang.
"Hah!" Keluh Syafiq kasar. Tak guna berbalah. Tetap juga dia mengalah. Menyesal berkahwin dengan isterinya. Banyak ragam. Manja!
KAMU SEDANG MEMBACA
Janda+Duda=Happy Family
RomanceFariesya Kaliesya berstatus janda anak satu. Kerana perselingkuhan,Fariesya memilih untuk menjadi janda. Satu pertemuan seorang duda anak tiga,Adam Mikael membuat dirinya tak keruan lagi. Adam membuatnya seperti dibuai mimpi yang indah yang tiada pe...