|》
|
》
|
》
|
Cadar katil ditenung lama. Badan dibiarkan dimamah kesejukan penghawa dingin. Wajah cengkung jelas terpancar. Tiada tanda dia mahu menjamah makanan walaupun sesuap nasi di hadapannya.
"Syafiq..."
Sofea mendengus kasar. Sudah diberi nasi,tak mahu pula makan. Aku masak nasi tu ditenung aje buat apa?!
"You tak makan, nanti I sumbat nasi ni dekat mulut you tu!" Ugut Sofea dengan marah yang membuak-buak.
Ugutan dari isterinya diabaikan. Otak serabut memikirkan bekas isterinya,Fariesya Kaliesya. Sudah tak berdaya mahu membalas ucapan setajam pedang isterinya. Seperti lagu diulang kembali di dalam otaknya.
"Ish, cakap dengan you ni macam cakap dengan mayat aje!" Lancang bicara Sofea ke arah Syafiq. Lantas mengorak langkah keluar dengan perasaan marah membara.
Bayangan Sofea dipandang Syafiq. Kelopak mata tertutup erat.
"I'm sorry sayang..." Lirihnya perit sambil mengapai pisau lipat di kocek seluarnya.
"Sorry..." Tangan digores sedikit demi sedikit di tapak tangannya. Mengalir darah tanpa henti. Hatinya bagaikan hancur. Sakit tapi tidak sesakit hatinya. Deras air mata jatuh bergilangan.
***
"Assalammualaikum!...akak oh akak...kami datang nak rompak ni!" Jerit Laila.
"Kami datang nak rompak. Sila serahkan barang puan!" Jerit Khairul sambil mengetuk pintu.
"Iye kejap!"
Sahutan didengari membuatkan sepasang adik beradik di luar ligat mengetuk pintu. Kalau boleh tercabut pintu Fariesya tu.
"Along,adik! Kenapa la ketuk pintu macam tu!?...kalau Syami terbangun tadi memang angah suruh kau orang jaga dia."Bengang Fariesya. Elok anak aku tidur,dua ketul ni ketuk pintu macam nak terbang pintu tu dah.
"Jangan bergerak. Serahkan barang puan!" Ujar Khairul. Tangan membuat gaya pistol.
Laila tidak mahu kalah dari abangnya. Dia membuat gaya ada dua pistol macam orang cowboy.
"Barang apa?....nak ke kuali terbang?" Ugut Fariesya. Dah tua pun mengada nak terencat pula.
"Alah baby janganla marah I. Pakcik muke tar ni yang hasut I." ujar Laila. Memek muka ditayangkan.
"Ewah,aku pulak kau salahkan?!" Marah Khairul.
"Banyak hasut-hasut. Dua-dua sama aje. Mangkuk ayun." Pedas Fariesya membalas.
Muka Laila masam mencuka. Bibir muncung sedepa tanda merajuk.
"Dah tak payah nak muncung sampai KLCC. Angah dah masak favourite adik."
"Lambat habis Along kerjakan." Ugut Khairul berserta senyuman sinis.
Sup! Lintang-pukang Laila pergi ke dapur. Dengan kasut tercampak ke tepi.
"Mana la tak bulat budak tu. Makan je kerjanya. Agaknya nak jadi macam tong gas." sambung Khairul.
***
"Nak ke tak nak?"
"Ke cakap aje?"
"Eh,tak boleh la nanti dia pikir apa nanti!" Adam menampar pipi pelan.
"Ah!" Keluhnya. Kepala terdampar di meja. Mata memandang jam di dinding.
"Hadoi Dam takkan la nak cuak. Macam la nak pergi merisik orang kut!" Kutuknya sendiri. "Hm pergi aje la. Nak jenguk kan?...chill bro you can do it!"
"Let's go!" Jeritnya kecil. Segera meninggalkan kerjanya. Deruan nafas gugup jelas dilihat dan sekali lagi dia menarik nafas untuk bertenang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Janda+Duda=Happy Family
RomanceFariesya Kaliesya berstatus janda anak satu. Kerana perselingkuhan,Fariesya memilih untuk menjadi janda. Satu pertemuan seorang duda anak tiga,Adam Mikael membuat dirinya tak keruan lagi. Adam membuatnya seperti dibuai mimpi yang indah yang tiada pe...