Bab 19

346 12 0
                                    

|

|

|

|

     Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka hanya makan masa 4 jam. Bagi Adam Dan Fariesya ianya sangat lama. Berdua-duaan dalam satu kereta,siapa tak rasa macam itu?

     Sampai di destinasi. Fariesya memandang belakang.

     "Eh,mana Khairul?" Soal Fariesya yang sudah keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan Adam.

     Telefon berbunyi nyaring terus diangkat oleh  Fariesya.

     "Assalamualaikum, ha Along dekat mana ni. Angah dah sampai dah ni!" Soal Fariesya minta kepastian. Seketika Mata membulat. "Ha?! Dekat Zoo Melaka?!"

     Kegiatan Adam mengeluarkan barang terbantut akibat jeritan tertahan gadis disebelahnya.

     "Kenapa Sya?" Celah Adam.

     "Ni, Khairul cakap dia orang dekat Zoo Melaka. Dah lah susu Syami dekat saya!" Terang Fariesya seperti kehilangan anak.

     Dalam otak Adam menyumpah seranah Khairul. Mesti dia punya kerja!

     Fariesya gusar. Bukan apa,cuma dia balik dengan laki. Kalau emaknya nampak tak ke email pikir bukan-bukan. Okay relaks Sya,benda dah jadikan. You can do it!

     Fariesya melihat Adam sudah mengeluarkan barang. Lantas dia berdiri di hadapan pintu rumah batu-bata berwarna kuning cerah. "Assalamualaikum! Mak oh mak, Sya dah balik ni!"

     Bam! Pintu dikuak secara paksa. Kalau pintu tu hidup mesti dah minta tolong! "Ya Allah Sya! Anak aku!"

     Tubuh Fariesya dihujani pelukan erat dari wanita yang sudah melahirkannya. Wajah berkedut sedikit terlihat tetapi masih berseri.

     "Sya rindu mak!" Gumam Fariesya tetapi masih didengari oleh husnani iaitu emaknya.

    Husnani tersenyum lembut Dan matanya terpaku kearah pemuda berkemeja biru. "Sya, itu?" Tunjuknya lurus kearah pemuda itu.

     "Oh, ni kawan Sya, dia Adam, sepatutnya Khairul dengan Laila pergi zoo dengan budak-budak." Terang Fariesya yang terkial-kial membawa barang.

     "Budak-budak? Eh, bukannya Syami itu cucu mak sorang ke? Mana datang yang lebih tu. Sya,kamu nikah dengan siapa ni? Lelaki yang dekat belakang kamu ke?" Berkerut-kerut dahi Husnani. Tak akan lah anak aku nikah pun tak bagi tahu dekat aku?

     " Eh,bukan. Syami tu cucu mak sorang aje. Anak Adam juga ada."

     Mata Husnani tertumpu dekat Adam yang tercegang dek pandangan tajam darinya. " Oh, Ni menantu mak ya?"

     Bam! Barang yang dibawa Adam jatuh ke tanah. Fariesya sudah macam cili rebus,tak tahu nak letak mana muka ini!

     "Kalau nak datang merisik. Rumah makcik terbuka luas untuk Adam ya." Usik Husnani. Ingat aku tak tahu? Ni Hajah Husnani la!

     Adam mengaruk tengkuk tidak gatal. Tersengih-sengih melihat godaan mak Fariesya. Kantoi!
    
     "Apa terjegat lagi tu? Masuk, panas dekat luar tu." Pelawa Husnani. Sesekali mengenyitkan mata kearah Adam tanda dia mahu Adam merisik anaknya.

     Roh Adam seperti mahu meninggalkan jasadnya. Bakal mak mertua dah bagi green light awal-awal. Malu oi!


***

     "Kau nak apa?!" Jerkah gadis berserta mop di sisinya.

     "Eh, em Fariesya Ada?" Soalnya.

     "Tak!"

     "Dia dekat mana?"

     "Balik kampung! Sibuklah kau ni! Dah sana-sana"

     Kimi mengeluh. Kena marah pun tak apa janji Ada maklumat. Kampung? Nasib kau lah Kimi hadap muka semua orang tu.

     Tanpa berlengah masa dia memandu. Setiba di melaka,dia terhenti. "Macam aku kenal budak perempuan tu." Ujarnya sendirian.

     Dalam beberapa saat matanya membulat. " Eh, adik Fariesya!"

     Lama-kelamaan dia tidak melihat sekunjur tubuh yang dicari. Hanya sepasang orang dewasa Dan empat orang kanak-kanak. Anak siapa pulak yang tiga orang tu? Aku kena tunggu ke dekat sini?

     Mata Kimi Kian suram apabila mereka memasuki zoo. Seriously dude?!

Janda+Duda=Happy FamilyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang