Bab 12

748 20 4
                                    


|

|

|

|

      Sejak dua hari lepas. Syafiq tidak lagi ke tempat kerjanya,membuatkan dirinya rasa selamat seketika. Hasil kerja keras bodyguard,Aqif,merangkap kawan Adam.

      Satu persatu baju dibeleknya teliti. Sesekali terpandang PAnya,Qaliya.

      "Qaliya,sini kejap!" Laungnya sedikit perlahan tapi masih didengari Qaliya.

      "Yes madam?!"

      "Madam?"

     "Alah saje aje...saje nak upgrade"

      Fariesya tergelak kecil. Bersemangat sampai panggil madam.

      Ting! Lirikan mata Fariesya dan Qaliya terhenti di muke pintu. Sekujur tubuh kekar berkot kemas bersama senyuman tipis.

       "Eh bro!" Sapa Qaliya kasar. Tangan putih melepak menepuk kasar di belakang Adam yang baru sahaja melangkah masuk.

      Macam nak tercabut jantungnya. Adam hanya tersenyum nipis. Tulang belakang badan nak remuk aje rasa.

      "Adam...awak buat apa dekat sini?" Soal Fariesya. Berkerut-kerut dahi macam nenek kebayan dah rasa.

      "Oh,saya nak jenguk awak je. Lalu tempat awak ni,tu saya singgah sini kejap" tersekat-sekat kerongkong Adam. Berpeluh-peluh dahi dibuatnya.

      Fariesya mengangguk faham. Sesekali memandang pelik Qaliya sedang memegang bahu Adam.

      "Liya?. Kenapa awak pegang bahu Adam tu?"

      "Tak ada apa madam. Saje test, bahu dia ni keras ke tak...oh,yelah bukan ke madam cakap nak susun barang?"

      "Ya Allah!. Nasib awak ingatkan saya. Adam awak duduklah dulu okay,Liya awak buat air untuk Adam" Langkah Fariesya laju berjalan ke atas.

      Liya memandang Fariesya sambil mengangguk serta senyuman geram dipamerkan. Hilang aje bayang majikannya. Matanya teralih ke Adam.

      "Kau!"

     Adam menjerit kecil tatkala Qaliya menekan kuat bahunya.

      "Aku boleh bau bende tak baik dari kau ni. Kau nak usya madam aku eh?!"

      Adam hanya menjerit kesakitan.

    "Liya. Apa bising-bising tu?!" Jerit Fariesya dari atas.

      "Tak ada apa madam. Tadi bodyguard kita jerit nampak ada lipas je!" Jawab Qaliya. Tangan terlepas dari bahu Adam. Seraya Adam mengusap bahu. Aduh,tajam kuku minah ni!

      Aqif yang sedang berdiri di depan pintu memandang Qaliya horror. Bila masa aku takut lipas ni?.

       Tersengih-segih Qaliya sambil menunduk kepala berkali-kali tanda minta maaf.

      Tatkala Fariesya kelam-kabut menyusun barang. Satu persatu kotak disusun di dalam stor.

***

      Sekujur tubuh di parkir kereta merah. Tersandar di sebalik tiang sambil memeluk tubuh sasanya. Puting rokok satu persatu dibakar. Sekitar sekitarnya mulai berasap.

      "Uhuk!" Terbatuk-batuk gadis bertudung merah yang baru sahaja berjalan disitu.

      Khairul memaling kepala.

      "Ingat jalan bapak kau ke nak isap batang nisan tu?!"

      "Nisan ke rokok dik? Dah nak mampus ke sampai tk tahu beza nisan dengan rokok?"

      Laila mendengus kasar. Lawan galah ni bukan boleh menang. Lawan dengan cikgu pun,cikgu pun sembelit layan dia ni!

      "Tahu pun diam. Dah,jom pegi rumah Sya"

      "Rumah Sya buat apa? Kenduri arwah ke?"

      "Orang manalah yang mampus sampai buat kenduri arwah? Kau ke dik?"

      "Oi! Kepala lembu kau bang! Ada juga orang meninggal tengah panas ni karang!"

     Khairul menjelir lidah. Lantas memasuki perut kereta.

      "Dah, penat aku layan kau langsuir. Cepat aku dah terbakar tunggu kau. Siap macam nak kahwin! Toyol pun tak nak kau dik!" Setepek ucapan Khairul. Geli perutnya melihat Laila cemberut. Kalahlah tu!

Janda+Duda=Happy FamilyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang