|》
|
》
|
》
|
Langsir diselak sedikit. Melihat kereta BMW berhenti di depan rumahnya. Siapa pula tu? Tak pernah pula aku tengok orang sini pakai kereta tu.
Tiada niat mahu membuka pintu. Melihat sosok tubuh keluar dari perut kereta itu,langsung matanya membulat. Adam?! How can he..?!
Lantas kaki mengorak langkah. Cepat-cepat berlari kecil membuka pintu serta pagar rumahnya. Tercungap-cungap Fariesya setelah berlari.
"Adam,awak buat apa dekat sini?" Soalnya pelik.
"Saya nak pastikan awak okay aje. Risaulah awak tak reply chat,call saya langsung"
Fariesya menarik nafas dan mengeluh.
"Masuklah" Pelawanya.
Adam mendiamkan diri. Mengikut langkah gadis didepannya.
"Duduklah. Saya nak buat air kejap" Ujarnya untuk beredar tetapi dihalang Adam.
"Kenapa?"
Banyak persoalan diminda bermain. Diri Adam dibelenggu rasa resah. Tanya atau tidak,itu je menganggu fikiran Adam.
"Awak nak apa-apa ke Adam?"
"Saya nak tanya"
"Apa dia?"
"Three days. Qaliya cakap awak cuti. Tapi awak langsung tak reply pun chat saya apatah lagi call saya. Awak ada masalah ke?" Teka Adam dengan yakin.
"Tak adalah. Saya okay aje"
"Then. Kenapa awak tak datang ke butik?"
"Saya holiday"
"At home?"
Mati kata-kata Fariesya. Nak dibalas pun tak tahu dah.
"Sya,jangan pendam masalah awak tu. Awak tu ada Syami je. Awak tak risau Syami terabai kalau awak ada masalah? Awak tak risau kalau terlepaskan stress awak tu dekat anak awak?" Pancing Adam. Gara-gara nak tahu masalah. Kena kaitkan anak perempuan dihadapannya ni.
Fariesya sudah naik resah. Air muka berubah tidak keruan mendengar lelaki dihadapannya mempersoalkan anaknya,Syami.
"But Adam promise me, awak tak bagi tahu dekat sesiapa nanti okay?" Pintanya kepada Adam. Memang dia tak nak besarkan hal ni tapi Adam buatkan dia bukak mulut. Nak tak nak kena juga cerita.
"As you wish....I promise"
Fariesya menarik nafas dalam-dalam. Lalu membuka cerita.
"Bekas suami saya,dia datang dekat butik saya. Dia nak saya balik. Tu yang saya tak nak pergi butik sebab bekas suami saya tu hari-hari cari saya" Luah Fariesya sekali nafas tetapi dapat difahami Adam. Memang pening memikirkan tentang masalah bekas suaminya.
Terkejut Adam dibuatnya.
"Dia serang awak ke?!" Soalnya separuh menjerit.
Fariesya mengeleng perlahan. Adam berasa lega dia tidak apa-apa.
"Tak kan awak tak nak datang butik kalau lelaki tu hari-hari cari awak?"
Fariesya diam membisu. Banyak juga benda dia pikir. Macam mana nak halau lelaki tu dari hidupnya. Dipikirkan lepas dia amuk,lelaki itu tidak menganggunya,tapi silap,lelaki itu terus datang ke butiknya.
"Apa kata, awak pergi je butik awak tu. Saya boleh tolong carikan bodyguard, it's save for you?" Tanya Adam untuk kepastian.
"Mana nak cari?"
"Saya ada je kawan kerja bodyguard. Jangan risaulah. Esok awak pergi je macam biasa"
"Tak apa ke ni Adam? Rasa macam orang popular pula nak bodyguard ni semua" Risau Fariesya melihat Adam sudah mendail nombor.
"Sokay Sya,your safety is important for me"
Lidah Fariesya menjadi kelu. Terkisma ucapan lelaki 30-an ini. Rasa perutnya ingin memuntah rama-rama. Rasa dilindungi. Tak semena teringat sesuatu dalam otaknya.Eh Sya,kau fikir apa ni?! Stop thinking about that!
Okay Sya, esok awak pergi je. Nanti kawan saya ada dekat sana. Ni gambar dia saya send dekat awak"
Fariesya mengangguk macam burung belatuk. Sesekali melihat gambar dihantar Adam. Kulit sawo matang. Berambut lurus. Fariesya menghafal wajah lelaki yang akan menjadi bodyguardnya.
"Kalau ada apa-apa,call saya. Saya nak balik dulu" Pinta Adam untuk beredar. Kena cepat ni,kalau tak kebulur anak aku nanti.
Fariesya mengangguk sambil tersenyum . Anak matanya tidak lepas melihat tubuh lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Keluhan kecil dilepaskan.Jangan cakap itu jodohku Ya Allah!
KAMU SEDANG MEMBACA
Janda+Duda=Happy Family
RomanceFariesya Kaliesya berstatus janda anak satu. Kerana perselingkuhan,Fariesya memilih untuk menjadi janda. Satu pertemuan seorang duda anak tiga,Adam Mikael membuat dirinya tak keruan lagi. Adam membuatnya seperti dibuai mimpi yang indah yang tiada pe...