Bab 16

494 16 0
                                    

|

|

|

|

      Syafiq meracau dari tadi. Hampir sahaja terjatuh akibat bangun dari tilam khas hospital.

      "Fiq,kau janganlah degil sangat. Kau tak sihat lagi." Pujuk Kimi sebaik mungkin.

      "Aku nak jumpa Fariesya. Tolonglah Kimi!"

      "Aku tahu tapi kau kena stay sini dulu."

      "Tapi Kimi. Aku nak Fariesya..."

      "Okay aku janji bila kau sihat. Aku bawak kau jumpa Fariesya."

      Syafiq terdiam. Pegangan tangan Kimi dilepaskan. Wajahnya murung terpasang.

      Krik! Pintu terbuka perlahan. Muncul wajah Sofea. Tidak lupa bajunya yang tidak wajar dipakai.

      "Kau buat apa dekat sini?" Soal Kimi geram.

      "Eh,suka hati I lah nak pergi mana pun!" Balas Sofea sinis.

      "Kau kan tak nak jaga suami kau. Tak payah lah nak singgah sini. Tu hah kelab syaitan kau tu pergi lah singgaha" Kutuk Kimi. Ambik kau!

      "You jangan melampau eh. I saman you nanti!"

      "Saman lah. Ingat aku takut?!"

      "Ish,dah lah I nak keluar. Panas!"

      "Hah keluar lah..."

      Sofea pandang Kimi dengan penuh dendam. Kaki mengorak langkah kasar.

      Kimi yang memandang pintu beralih ke arah Syafiq.

      "Kau tahan ke dengan perempuan macam tu?" Soal Kimi. Jelas sekali dia cukup sabar dengan isteri Syafiq.

      "Tak nak layan perangai dia...salah aku juga terima orang tak sepatutnya...memang ini la balasan dekat aku." Balas Syafiq dengan penuh penyesalan yang sudah lama terbuku dihati.

      "Aku buat apa Fiq. Aku tak nak kau hadap perempuan macam tu. Kalau bukan Fariesya,banyak lagi perempuan terbaik untuk kau."

      "Aku nak betulkan balik apa yang aku buat..."

      "Suka hati kau lah Fiq. Aku mampu dukung kau je."

***

      Sekunjur tubuh duduk di sofa. Teh dihirup perlahan.

      "Dam. Kau serius ke dekat adik aku ni?" Soal Khairul.

      "Kalau tak serius tak kan lah aku sampai ambik tahu fasal dia." Balas Adam.

      "So..."

      "So?"

     "Nanti kau kena panggil aku abang ipar."

      "Mati hidup balik aku tak kan panggil kau abang ipar." Balas Adam geram. Tak habis-habis fasal abang ipar. Muak aku rasa! 

      "Yelah..." Keluh Khairul. Badan terbaring di sofa. Mata dipejam rapat.

     "Dam..."

      "Apa?"

      "Belanja aku minum."

      "Tak cukup ke teh?"

      "Aku nak latte"

     Adam buat muka meluat. Ada duit pergi jelah beli. Nak aku belaja pula. Latte bagai. Gedik kalah maknyah pula dia ni.

      "Kau tak belanja. Aku bagi tahu Sya." Ugut Khairul. Wajah seram dipasangnya.

      "Ish kau ni ugut-ugut aku pula!"

      "Kau nak belanja ke tak nak?"

      "Okay aku kalah!" Pasrah Adam. Macam budak aje ugut aku.

      "Tahu pun takut haha!" Tawa bak puntianak didengari Adam. Kaki disilang seperti bos besar di dalam ruangan itu.

      Raut wajah Adam makin tidak beri reaksi. Rasa menyampah terhadap laki dihadapannya makin merasuk dirinya.

Janda+Duda=Happy FamilyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang