Kaki aku yang berada dalam kolam renang ini menghantar rasa sejuk ke segenap kaki aku.Aku bermain-main di dalam air sambil fikiran aku melayang jauh. Setelah sahaja aku memberitahu berita pemergian mereka, umi terus sahaja menangis.
Pada tahun Februari 2017, Rafael dan keluarganya terpaksa berpindah keluar negeri disebabkan urusan negara.Aku yang ketika itu berumur 15 tahun tidak dapat menahan sebak aku kerana aku terpaksa Rafael, umi dan abi. Pemergian mereka juga secara mendadak.Sehari sebelum mereka berlepas, pergaduhan besar terjadi antara kedua-dua keluarga kerana ada orang dalam yang membuat fitnah bahawa ayah aku menyelewang duit syarikat abi.
Dan itu membuat hubungan kekeluargaan kami rengang. Tapi, selepas umi dan abi berlepas ke negara orang, Ayah mula membuat siatasan.Dan dengan bantuan polis, mereka menjumpai bukti bahawa itu semua bukan salah ayah aku dan salah setiausaha rapat Abi Rafael. Aku waktu itu sungguh gembira apabila ibu menelefon aku yang ketika itu di rumah bahawa ayah terlepas daripada tuduhan.
dan kemudian apa yang aku dengar hanyalah bunyi hon kereta dan kereta yang seperti terseret di jalan.Tanpa aku sedar, itu suara ibu untuk kali terakhir dalam hidup aku.
" kau okay? "
Soalan Rafael menarik aku keluar dari lamunan aku.Air mata yang aku tak sedar bila masa mengalir dengan deras aku lap perlahan. Aku mula tersenyum kecil kerana selepas sahaja pemergian ibu dan ayah, aku semakin kuat menangis.Aku hanya mengangguk perlahan kepada persoalan Rafael.
" you're not okay "
Aku mengeluh perlahan.Aku tak suka orang tunjuk simpati terhadap aku.Aku lihat dia juga melunjur kaki ke arah kolam renang.Matanya masih setia pada aku.
" stop talking. Kau tak kenal aku langsung."
dan dia hanya tergelak sinis. Aku memandangnya tidak percaya.Namun perlahan-lahan, wajahnya mula bertukar mendung.Nafas ditarik perlahan dan dia mula memandang ke arah hadapan.
" walaupun kau hilang ibu dan ayah, tak bermakna kau hilang kami, Syifa. Kami sentiasa ada untuk kau dan yang paling penting... "
Air mata aku yang sudah berhenti semakin mengalir. Dia juga memandang aku. Air mata yang bertakung di tubir matanya membuatkan aku terkedu.
"...Rafael akan sentiasa ada untuk Little Bell"
dan setitik air matanya jatuh.
" Maafkan Syifa sebab tak boleh tidur sini.Besok Syifa sekolah lah umi.. "
Aku mula memujuk umi yang kelihatan sedih sejak dari tadi apabila aku menolak pelawaannya untuk bermalam di rumah mereka. Esok hari jumaat dan hari persekolahan.Tambahan pula, aku akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini.
" dah Syifa balik la..Umi ni memang mengada-ngada sikit "
Aku mula tergelak apabila umi mencubit lengan abi sehingga mereka meringis kesakitan.Aku rasa sungguh bahagia disebabkan keluarga aku terasa sungguh lengkap walaupun aku kehilangan dua permata indah. Aku mula tersenyum sendiri.
" ha Syifa tersenyum ni ingat boyfriend ke?"
Dan kemudian, Rafael terbatuk perlahan.Perhatian umi dan abi mula beralih kepada Rafael yang menepuk dadanya perlahan. Lama kelamaan, senyuman mereka berubah sedikit misteri.
" haih Rafael, Syifa yang ada boyfriend, awak pula yang terbatuk ye "
usikan Umi membuatkan wajah aku berona merah.Aku berdehem perlahan sebelum tangan umi aku cium perlahan.Aku segera meminta diri dan masuk ke dalam kereta Rafael. Lelaki itu menyalam ibu dan ayahnya sebelum.masuk kedalam kereta untuk hantar aku pulang ke rumah.
Perjalanan aku ke rumah terasa lama apabila tiada satu bunyi yang terhasil dalam kereta ini.Radio pun tidak berusik.Hanya bunyi keluhan aku sahaja terdengar dan bunyi suara daripada aplikasi Waze yang diguna untuk ke rumah aku.
" besok aku hantar kau pergi sekolah "
Aku memandangnya.Aku dah terbiasa pergi sekolah naik bas. Tak perlu kot jika lelaki itu hendak menghantar aku.Lagipun, aku tidak mahu menyusahkannya kerana dia juga pelajar universiti sudah semestinya dia mempunyai banyak urusan.
" tak payah-"
belum sempat aku menyambung ayat aku, dia sudah memintas terlebih awal.
" should i repeat again? "
Terasa kereta berhenti dan rumah aku mula mengamit perhatian aku.Aku segera membuka kereta dan turun.Rafael membuka bonet sebelum beg aku juga dibawa turun olehnya.Beg aku tarik daripada.pegangannya.
dan dia juga tarik.
Aku mengangkat kening melihat perbuatannya." kau tinggal seorang-seorang ke Little Bell?"
Aku mendegus perlahan.
" Ish jangan panggil aku Little Bell lah, aku dah besar. And yes, i lived alone "
Beg aku dilepasnya dan aku capai terus.Bonet ditutup dan tiba-tiba beg gendong aku ditarik sehingga terlepas daripada tangan aku.Lelaki itu mula menyongkar beg aku dan membiarkan aku terjerit perlahan.Telefon bimbit aku diambil dan tangannya meliar di atas skrin telefon itu. Telefon aku dimasukkan kembali dan beg aku diserah kembali.Aku ambik beg itu sedikit kasar
" aku dah masukkan nombor aku.Kalau ada apa-apa, call me immediately. Tapi kalau rindu boyfriend kau, tak payah tanya aku."
Mukanya sengaja dijengkelkan apabila perkataan boyfriend meniti dibibirnya.Aku hanya mengangguk perlahan.Aku segera berlalu ke arah pintu rumah aku.Kunci rumah dimasukkan ke dalam tombol pintu.Aku lihat Rafael masih berada dihadapan rumah aku.
" Kau tak reti berambus ke? "
Dia hanya tergelak sinis sebelum tangan diangkat dan dia berlalu masuk ke dalam kereta. Tingkap keretanya diturunkan dan matanya bersambung dengan aku.
" be careful and goodnight, Little Bell "
dan bunyi enjin keretanya mula mengisi atmosfera malam aku.
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...