" Dia Yang Satu"

459 52 0
                                    

Aku tersedar tiba-tiba daripada tidur aku. Bibir aku mula beristighfar perlahan apabila aku terasa seperti jantung aku dicabut keluar dan tubuh aku terkejut sehingga aku terbangun daripada mimpi ini.

Aku buka lampu dalam bilik aku sebelum telefon aku capai.

4 pagi?

Aku letak kembali telefon aku sebelum aku berlalu ke bilik air untuk membasuh muka bagi menghilangkan kegusaran dalam hati aku.

Mimpi tentang aku mati saat menakutkan.

Aku raup muka perlahan dan aku mula basahkan bibir aku dengan zikir penenang jiwa. Hati aku yang seakan diserbu dengan perkara negatif lantas sahaja aku menyebut nama Allah dalam hati untuk menghilangkan segala kerisauan aku.

Aku buka pili air semula.

( niat wuduk)

Air aku tadah sebelum aku sapukan ke bahagian muka aku. Aku rasa sudah lama aku tidak melakukan solat malam.

Tak, aku tak pernah solat malam.

Aku hanya menitikberatkan solat 5 waktu aku dan aku juga sekarang ini sudah lama tidak membaca Al-Quran dan mengingati-Nya.

Aku mula tersenyum apabila aku tahu mungkin mimpi tadi petanda Allah menjentik hati aku untuk mengingatinya. Ingatan untuk aku bahawa mungkin solat malam ini ialah solat pertama dan terakhir aku di muka dunia ini.

Sejadah aku bentang dan telekung putih aku yang terlipat dalam almari, aku ambil dan aku sarung ke tubuh badan aku.Aku tak pernah solat taubat tetapi ketika berdiri di atas sejadah ini, rasa yang tidak lagi asing dan membuak-buak membuatkan hati aku tersentuh dengan sesuatu perasaan yang mendamaikan.

Takbir aku angkat sebelum bibir dan hati aku hanya menyanjungi Allah. Setiap perkataan dalam solat taubat aku, aku cuba dalami dan fahami dengan penuh mendalam. Setiap perkataan yang diucapkan adalah doa dan aku berharap pahala solat ini sampai ke arwah ibu dan ayah aku.

ibu ayah, Syifa solat taubat ni..

Rukuk.

Hati aku terasa lapang dan tenang.Seakan-akan setiap kali aku semakin mendalami keindahan solat ini, aku seperti ditarik ke suatu alam lain. Tempat dimana aku bayangkan seorang gadis sedang bersujud pada Tuhannya dan melupakan dunia yang alpa ini.

Saat hati gadis itu menemui khusyuknya dan tidak lagi menghiraukan apa yang berlaku di sekitarnya. Di detik dimana seorang gadis berharap dan jatuh melutut dihadapan Tuhan Yang Maha Esa.

Sujud.

Saat dahi aku bercumbu dengan kehangatan sejadah ini, air mata aku jatuh perlahan. Perasaan aku yang selama ini sentiasa sarat dengan perkara yang merisaukan dan masalah.Namun, saat ini semuanya terasa aku seperti baru lahir. Bebas dan tiada masalah. Seolah-olah, aku belum lagi dicorak.

Aku memberi salam ke kanan dan kemudian aku berpaling ke kiri dan memberi salam juga.

Aku raup muka aku perlahan sebelum bibir aku basahkan dengan zikir.

Zikir.

Zikir.

dan terus berzikir.

Sehingga hati aku lembut dan apa yang aku inginkan hanyalah keampunan Allah.

zikir.

zikir

dan terus berzikir.

Aku rapatkan kedua-dua telapak tangan aku dan aku pejam mata sekejap bagi menghadirkan ketenangan di dalam jiwa aku. Aku mendongak ke atas seolah-olah Allah sedang melihat aku, seorang hamba yang hina merayu kepada-Nya.

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now