I messed up.
Kalaulah aku biarkan ego aku dan langsung tidak mengajak Syifa ke funfair mesti gadis itu tidak terbaring sekarang.Rambut aku yang sudah kusut, aku serabaikan lagi.Aku tak boleh tidur ataupun tutup mata tanpa bayangan Syifa ditikam kerana aku. Dan, berada di tepinya sekarang melihat Syifa terbaring kaku dan pucat membuatkan aku jijik dengan diri aku.
Aku takut bila Syifa sedar dia akan tolak aku.Aku pasti aku akan bunuh Qarin jika aku tak nampak senyuman gadis itu lagi.Kenapa sekarang bila kami baru sahaja bahagia dan lelaki itu perlu hancurkan semuanya? Aku dah lama tinggalkan gang bodoh tu lepas aku sedar semua yang aku buat ialah satu kesilapan dan walaupun Syifa tiada dengan aku ketika aku membuat keputusan, aku tahu gadis itu pasti mahu aku keluar dari kegelapan.
Jadi, aku keluar.
Lepas sahaja Syifa pengsan didalam kereta aku, aku menjerit memanggil nama gadis itu dan aku langgar semua lampu isyarat.Semua kereta aku potong dan aku memandu pada had yang sangat laju.Bibir aku tidak berhenti meminta maaf pada abi dan umi kerana aku tak dapat selamatkan Syifa.Sampai sahaja ke hospital, gadis itu dilarikan ke emergency dan perlu dibedah dengan segera dan doktor cakap harapan yang ada ialah tipis sebab Syifa telah kehilangan banyak darah dan pisau itu hampir sahaja mengena organ pentingnya.
Dan, disitu seorang lelaki yang berego tinggi jatuh. Air mata aku tahan daripada keluar dan umi datang memujuk aku.Abi berurusan dengan doktor dan Syifa terus dibawa ke bilik pembedahan.Dan, aku tahu Syifa akan selamat dan kembali pada aku.
she's strong.
Lepas sahaja pembedahan, Syifa koma dan doktor tidak tahu berapa lama gadis itu akan koma.Dia hanya menyarankan bahawa kami berborak dengan Syifa kerana gadis itu dengar segalanya.Aku lihat muka Syifa yang suci dan bersih sedang tertidur.Aku tak sangka aku lukakan gadis seindah dia.
Umi dan Abi sudah balik terlebih dahulu dan membiarkan aku jaga Syifa malam ini.Aku boleh lihat betapa kecewanya umi dan abi pada aku selepas aku beritahu tentang aku terlibat dalam.benda kotor namun mereka hanya mengeluh dan memaafkan aku selepas sahaja aku kata aku sudah berhenti. Aku tak sangka aku lukakan puteri kecil mereka dan permata indah aku.
Aku capai gitar dan aku tarik nafas perlahan.Aku betulkan punggung pada kerusi dan aku selesakan tubuh.Jika gadis itu boleh dengar segalanya, tolong terima maaf aku ketika ini.
Ya Allah, please let her stay.
Aku tarik nafas panjang dan aku hembus perlahan.
" if i could be honest, here in this moment, i've been so nervous to stand here with you..."
Aku pilih untuk nyanyi lagu ini kerana aku tahu ianya salah satu lagu kegemaran gadis itu.Syifa sukakan penyanyi lagu ini dan sangat adore suara husky penyanyi ni.Dan, suatu hari aku cakap dengan Syifa bahawa aku lebih bagus daripada penyanyi dia yang ' hebat ' tu. Tolong highlight sarkastik tu.
Dan, aku boleh cakap dengan bangga bahawa aku berjaya yakinkan gadis itu.
" there're all here for us and i feel their aura
but just for a moment i'll pretend it's just you.."Lagu ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang nervous yet happy untuk mengikat tali perkahwinan dengan pasangannya.Syifa selalu berangan bahawa akan ada seorang prince charming jatuh dari langit dan nyanyikan lagu I Belong To You sewaktu majlis perkahwinannya.
Aku tergelak kecil mengingatinya.
" yes they can hear us but they don't understand
i have said all of my vows behind the curtains
i know they see us but they don't stand a chance
i have kissed those lips a thousand times before this "Aku baru sahaja lepas berbincang dengan umi dan abi tentang pertunangan kami.Dan, aku tahu bahawa aku perlu lakukannya. Jadi, aku nyatakan hasrat aku bahawa aku perlukan Syifa.Pada mulanya, mereka bangkang kerana keadaan sekarang tidak membenarkan dan mereka juga tidak yakin Syifa dibawah jagaan aku.
Aku mengeluh dan berhenti bermain gitar.Aku memandang Syifa dan aku lihat sebutir mutiara mengalir dipipinya.
" It feels good to know you're listening " ucap aku. Aku mainkan gitar semula dan aku sambung kisah aku yang tergantung tadi.
" Tomorrow i'll open in my eyes
And i will whisper to my wife
" i belong to you " .... "Ouh, betapa aku impikannya.
" And i will wait as you say
As tears rolls down on your face
" i belong to you "Aku berhenti menyanyi apabila aku sendiri tidak dapat tahan air mata aku. Aku gigit bibir untuk mengelakkan aku mengeluarkan sebarang bunyi.Aku tak nak Syifa tahu aku menangis.Lelaki lain mesti akan kata bahawa aku seorang yang cengeng dan lelaki yang lemah. Tetapi, bila seorang lelaki jumpa dengan dia yang satu aku berani cakap bahawa hanya mati mampu memisahkan si dia dengan gadis itu.
Bagi aku, cinta itu tiada makna kerana cinta ialah sesuatu yang berkuasa dan suci sehingga tiada satu perkataan pun mampu gambarkan indahnya cinta.
' there's no reason to love someone' they said.
Dan, betapa mereka tahu bahawa seorang Bella As-Syifa mampu meruntuhkan ego yang aku jaga selama ini. Aku terlalu sayangkan dia..
Tak, aku cintakan dia. Tapi, betapa aku takut mendengar perkataan ' tidak ' pada bibir gadis itu sebab ditolak oleh gadis yang aku berharap di akhir nafas aku, hanya dia di sisi aku membuatkan aku takut untuk teruskan perkahwinan kami.
Aku tak tahu macam mana seorang yang pentingkan diri dan ber ego tinggi seperti aku senang sahaja jatuh dan menangis hanya seorang gadis.
gadis yang istimewa.
Aku pandang ke arah Syifa dan berharap dia melakukan sebarang gerakan dan memberi aku sedikit harapan.Tetapi, aku tahu semua ini memerlukan masa.
" Syifa... "
aku tersenyum pahit.
" ..boleh aku cakap sesuatu yang cliche?"
Aku gelak pahit dan kemudian senyap seketika dan berfikir lama sebelum aku boleh lihat air matanya jatuh sekali lagi dipipinya tatkala aku nyatakan hasrat aku-
" Let me love you.. "
Si Knight mencintai Little Bell
dan Si Cantik mencintai Si Pria.Semua tahu kecuali mereka.
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...