" Vows "

499 45 3
                                    

" eh hantaran tu jangan senget benget. Ya Allah bertuah punya budak "

Aku hanya tersengih pada umi.Aku membetulkan sedikit hantaran pada tangan aku sebelum aku masukkan ke dalam kereta.

" Irfan, kau kenapa tak panaskan enjin kereta lagi? yang kau sibuk main game lagi ni kenapa?"

Bebel aku. Irfan hanya menjulingkan mata sebelum.dia memananaskan enjin dan menyuruh nenek sekeluarga masuk. Aku tolong umi angkat barang hantaran yang masih berbaki ke dalam bonet kereta.Aku lihat Abi sudah masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan umi dan Aliya.

Rafael sudah gerak ke masjid dulu bersama dengan rakannya. Baju kurung nikah yang aku pakai ini sedikit membantut pergerakan aku untuk bergerak. Aku betulkan sedikit tudung shawl putih aku sebelum aku menepuk dahi perlahan.Aku lihat umi sudah mengunci pintu rumah semua.

" UMI! Jap jap beg Syifa dekat dalam" cakap aku dengan laju. Aku segera capai kunci dan membuka pintu kembali. " Ya Allah lambatlah aku kahwin harini" rungut aku perlahan.Beg aku capai dengan laju dan aku mula berlari laju masuk ke arah kereta.

" eh Ya Allah jangan lari gila! koyak baju kau tu nanti! ganasnye kawan aku sorang ni" Aku hanya tergelak pada Aliya sebelum kami semua mula bertolak ke arah masjid.

Aliya yang berada disebelah aku mula mengelap peluh di muka aku. Dia membetulkan sedikit makeup di muka aku. Hari ini aku hanya membawa gaya natural makeup kerana aku sendiri tidak biasa menggunakan alat mekap. Semuanya atas permintaan Aliya. Tudung shawl aku dibetulkan sedikit.

" Ya Allah kau ni merosakkan hasil seni aku" marah Aliya. Aku hanya tersengih sambil meminta maaf. " janganlah tok kadi ingat si Rafael tu kawen dengan beruk pulak" sambung Aliya. Lengan gadis itu aku cubit sehingga dia meringis kesakitan.Aku menjelingnya tajam.Dia kata aku yang cantik ni..beruk?

Aku sandarkan badan aku dan mengeluh lega apabila badan aku dapat berehat sekejap.Kereta Abi mula berhenti dan Abi memandang ke arah aku melalui cermin kereta dengan senyuman manis.

" wey wey kawan aku nak kahwin dah! Ya Allah sedihnya.." Aku tepuk bahu Aliya perlahan dan gadis itu dengan watak drama queennya terus mengilai kesakitan.Aku menggeleng kepala sebelum aku buka pintu kereta.

Umi tidak membenarkan aku mengangkat barang hantaran jadi mereka semua mula mengangkat barang hantaran daripada bonet. " Syifa, sini Abi nak cakap sikit" panggil Abi selepas semua yang lain sudah masuk.

Aku jalan disebelah Abi sambil kaki menuju ke arah pintu masjid.

" Kalau Ayah yang dekat tepi Syifa sekarang, mesti banyak nasihat dia bagi kan?" tanya Abi tiba-tiba.Aku hanya mengangguk teruja. " Mestilah, lagi-lagi anak dara dia ni nakal tak bertempat" balas aku. Abi hanya tergelak kecil sebelum dia berjeda seketika.

" Kalau Abi nak bagi nasihat boleh sebagai wakil pihak arwah ayah?" tanya Abi bersama senyuman memujuk.Aku terkedu seketika. Aku memandang ke Abi dan aku mengangguk tanda mengizinkan.

Abi tarik nafas perlahan.

" Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibawa main.Sekali sahaja Rafael lafazkan akad, syurga Syifa dibawah kaki suami Syifa. Walaupun Rafael akan menjadi ketua keluarga tapi awak jangan takut untuk tegur jika apa yang dia buat itu salah.Kalau awak berdua ada masalah, bincang elok-elok.Setiap hubungan pasti akan ada masalah tetapi itu semua ialah perkara baik sebab dari situ kita boleh lihat sama ada kita dicintai dan mencintai. Tapi yang penting, Abi nak cucu ramai-ramai.Abi dah penat hadap muka Rafael yang tak semenggah tu"

Elok-elok aku tengah menghayati butir kata Abi, terus tawa aku pecah dihujung ayat Abi.Gelak aku mendapat perhatian semua orang didalam.masjid.Wajah aku mula merona merah apabila aku tidak sedar aku sudah masuk ke dalam masjid.Aku segera bergerak ke arah bahagian perempuan dan duduk bersila di sebelah umi

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now