Sejak dari tadi, mata aku hanya melekat pada gadis itu. Syifa tidak berhenti senyum sejak dari mula kami masuk ke dalam funfair.Semua permainan dia ajak aku main dan cuba. Kalau boleh, funfair ni pun dia nak beli.
Aku tersenyum nipis mengingati wajah teruja gadis itu ketika kami sampai di sini. Sifat comel dan manja dia yang hanya aku pernah nampak.Aku lihat gadis itu sedang menunggu corndog nya yang diorder tadi siap. Mata gadis itu semakin bersinar apabila cheese meleleh menyapa kornea gadis itu.
Aku hanya lihat dari jauh dan menunggu di bangku berdekatan.
So captivating
Aku lihat cincin tunang yang bersarung di jari manis aku. Rasa untuk memiliki gadis itu dan melindunginya semakin kuat apabila aku lihat lama ke dalam cincin itu.Perasaan aku kepada Syifa, aku rasa bukan hanya sebagai kawan baik. Aku pun tak tahu kenapa aku marah sangat sewaktu di kolam renang apabila gadis itu tidak tahu untuk menjawab siapa aku kepadanya.
i'm your damn fiancee.
Dan, mungkin sebab itu aku marah kepadanya tanpa aku sedar. Aku dikawal oleh perasaan marah dan kecewa ketika itu.Marah kerana aku tak pernah dapat luahkan perasaan sebenar aku dan kecewa kerana gadis itu tidak pernah menyedarinya.
Aku lihat Syifa mula mendekati aku sambil mulut gadis itu penuh dengan makanan.
Dia duduk di bangku bersama aku dan fokus pada makanannya.Aku hanya merenung dia yang kelihatancomel.
" nak? "
Aku hanya menggelengkan kepala.
" bagus, kalau nak, beli sendiri. Ini aku punya "
Aku hanya tersenyum nipis. Susah untuk gadis itu berkongsi makanan kerana selain cintakan funfair, dia juga cintakan makanan. Fokus aku mula beralih kepada cincin tunang di jari manis gadis itu.
cantik.
Aku tahu bahawa jika aku tangguh lama-lama mungkin semuanya akan terlambat. Dengan penyakit Syifa, aku tahu bila-bila masa semuanya boleh jadi terlambat.Aku tak pernah mahu untuk fikirkan bahawa gadis itu akan tinggalkan aku selepas sahaja aku cuba untuk bahagia bersama Syifa, tapi aku perlu terima bahawa semua pasti akan pergi. Dan sebelum terlambat, biar aku mulakan semuanya.
" Little Bell.. "
Syifa terus memandang aku dan aku boleh lihat wajah dia berona merah. Entah kenapa, ianya membuatkan aku geli hati.
" hmm? "
tanya dia dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.Aku keluarkan napkin kecil dari poket seluar aku.
" kau.. "
Sambil bercakap, tangan aku laju sahaja mengelap sisa sos di tepi bibir gadis itu.Syifa hanya kaku dan terkejut melihat aku.Dan, wajah kami yang dekat juga dapat mengubah detak jantung aku.
"...nak teruskan pertunangan ni?"
Tangan aku jatuhkan dan aku sandarkan badan aku pada bangku.Syifa hanya mengeluh perlahan dan turut bersandar.
" Aku tak nak kau rasa terikat dengan aku ataupun rasa bersalah dengan ikatan ni "
Tanpa aku sedar, suara aku menjadi lirih dan kelihatan seperti merayu.Syifa memandang aku dan mengeluh perlahan.
" Knight, aku tak pernah rasa terikat ataupun bersalah.Dan sejujurnya aku gembira sebab kau akan selalu ada dengan aku.. "
aku hanya senyap.
"..dan tipulah kalau aku cakap, aku nak putuskan pertunangan ni.. "
belum sempat dia menyambung, aku membalas-
" why? "
Dia hanya tersenyum nipis.
" Because life is only between hello and goodbye and i want my last goodbye to be with you.. "
aku memandang ke arah gadis itu.
terkedu."...but can I? can us? "
suara gadis itu seakan merayu dan sayu.Aku hanya mengeluh. Kami tahu apa yang kami rasa antara satu sama lain.Tapi, kami cuba menafikannya dan berpura-pura hidup dalam istilah kawan baik yang kami bawa.
" You can and I will "
balas aku selepas lama kami senyap.Syifa memandang ke arah aku dan aku boleh lihat betapa banyak kesakitan yang dia tanggung.
" Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa kau.Selama ini, hidup aku sentiasa bersama kau.. "
Syifa hanya terkedu melihat aku yang semakin serius. Pilihan yang aku ada ialah berhenti atau berjuang. Selama ini, aku sia-siakan masa bersama gadis itu. Dan, aku takkan buat lagi perkara bodoh itu.
"...Aku takkan lepaskan kau, Bella As-Syifa "
Gadis itu hanya tersenyum perlahan.Dia berdiri dan membetulkan sedikit dressnya.Aku memandangnya pelik dan dia hanya tersenyum manis.
" Knight can never leaves his pretty Little Bell"
Bibir aku jungkitkan bersama senyuman misteri.Dah lama, aku tak bergurau dengan gadis ini.
My Happiness.
Syifa hanya tergelak kecil sebelum dia tersenyum nipis.
" because this girl is fragile and unprotected "
dan, gadis itu berlalu pergi ke arah kaunter tiket.Aku hanya tergelak kecil dan bergerak mendekatinya. Aku gembira kerana walaupun kami tidak menyatakan perasaan kami, hati dan mata kami cukup membenarkannya.
God, please let her stay.
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...