" Goodbye"

537 46 4
                                    

Hidup ini antara hello dan goodbye.
Diantara dua perkataan itu, aku cuba isikan dengan perkara indah dan kebaikan.

Aku sentiasa berusaha menjadikan warkah hidup aku yang dirangka oleh-Nya mampu mencipta momen terindah dalam hidup aku. Detik dimana aku mengenali apa itu cinta yang sebenar sehingga rama-rama dalam perut aku tidak berhenti bermain.

Detik dimana aku kenal erti usaha dan kepayahan dalam menggapai sesuatu dan demi kegembiraan orang lain. Aku kenal erti kehilangan dan aku jumpa erti sebenar pengorbanan dan perjuangan dalam perjalanan hidup aku.

Cerita aku mungkin bermula dengan segenggam gula dan aku berharap ianya tidak berakhir dengan secubit garam. Biarlah semuanya sentiasa indah dan izinkan kegembiraan berdansa di atmosfera ini ketika perkataan selamat tinggal diucapkan.

Aku tersenyum perlahan sambil aku memandang ke luar cafe ini. Hujan yang turun dan menitik di tingkap kafe ini nampak cantik dan indah.

" Sorry jalan jammed"

Aku mengurut dada apabila aku terkejut dengan ketibaan Rafael yang tiba-tiba. Aku memandangnya tajam sebelum aku mengeluh. Baju lelaki itu kelihatan sedikit basah membuatkan aku tahu bahawa dia meredah hujan untuk masuk ke dalam kafe ini.

Aku selongkar beg aku dan aku keluarkan tuala kecil.

" nah lap " arah aku sepatah sambil aku hulurkan tuala itu kepada Rafael.Dia memandang aku sebelum dengan wajah beku dan ketat dia mengambil tuala itu.

Melihat sahaja kedinginan dia membuatkan aku sedar bahawa sebab kenapa kami berjumpa. Aku mula bermain dengan jari aku apabila aku mula berasa risau jika lelaki itu marah.

Ya, aku mampu ganti cincin itu tapi 'nilai' yang ada dalam cincin itu yang aku sayang sekali.

" kau risau apa?" Aku memandang Rafael dengan wajah pelik. Aku hanya menjungkitkan kening pada persoalannya. Mata dia mula menyorot ke arah jari aku yang bermain sejak dari tadi.

" aku kenal kau.Bila kau risau atau berdebar, kau akan main jari kau antara satu sama lain."

Aku merengus perlahan.Mestilah dia tahu! Kami membesar bersama sejak dari kecil.
Dia memandang aku dan aku hanya menunduk.

Wajah dia beku.

" Aku nak minta maaf sebab hilangkan cincin tu " ucap aku senafas tanpa berhenti. Terasa seperti dada aku terasa sedikit lapang. Aku mengangkat kepala memandangnya apabila dia hanya senyap dan tidak membalas.

Sesaat, mata amber miliknya bersambung dengan mata aku sehingga membuat rama-rama dalam perut aku menggelupur.

" Kenapa kau hilangkan? Kau betul-betul nak putuskan ikatan kita ke?" tanya dia senada.Terkedu, cukup untuk gambarkan wajah aku ketika mendengar ayat itu meluncur keluar dari bibirnya dan mengguris hati aku. Aku memandangnya dengan tidak percaya. Mustahil aku sengaja hilangkannya. Aku sangat sayang
cincin itu dan aku akan pakai setiap masa.
Aku sendiri tidak sedar bila masa cincin itu hilang daripada jari manis aku.

Aku hanya senyap dan tidak membalas.

" Kalau kau betul nak hentikan semua ini, kau patut beritahu aku. Tak payah cipta alasan bodoh, Syifa " Dia tergelak sinis melihat wajah aku yang mula hilang warna.
Aku terasa seperti jantung aku dirobek keluar dan aku sendiri melihat jantung aku ditikam dan kemudian luka itu pulih dan ianya ditikam balik. Satu kitaran lengkap.

Tubir mata aku mula terasa sedikit panas apabila mendengar setiap patah perkataan dia. Alasan bodoh? Aku tergelak dalam hati. Kalau ini semua hanyalah sekadar alasan bodoh, aku takkan berjaga sepanjang malam semata-mata untuk mencari cincin itu. Aku takkan menangis dan meminta maaf daripada lelaki itu hanya untuk sebuah alasan bodoh.

" Aku menyesal dengan semua pertunangan ni. Aku menyesal aku kenal kau dan terima ikatan ini. Aku menyesal dan aku terasa sungguh bodoh sebab aku berharap kau akan menafikan semua alasan bodoh ni"

Aku genggam tangan aku kuat apabila air mata aku seakan cuba menghina diri aku dengan mengalir di pipi aku. Aku memandang Rafael yang berwajah dingin sambil tergelak sinis. Kenapa sekarang bila aku nak mulakan perenggan baru dalam hidup aku, kenapa kau perlu hancurkan harapan aku, Hayden Rafael?

" Kau menyesal?" tanya aku bersama suara aku yang mula serak bercampur dengan perasaan marah dan air mata aku. Rafael hanya tergelak sinis memandang aku.

" Berhenti dengan lakonan bodoh kau. Aku jijik tengok air mata kau."

Aku menggetap bibir kuat dan memandangnya tidak percaya.Tuala kecil yang aku beri kepada dia tadi dilempar kasar ke arah muka aku. Aku cuba menahan rasa yang membuak dalam diri aku.

Rafael aku sudah berubah. Tiada lagi Rafael yang aku kenal sejak dari dulu.Rafael yang akan lindungi aku dan takkan benarkan air mata aku jatuh.Rafael yang ajar aku erti kebahagiaan dan kasih sayang.

Rafael yang sentiasa di sisi aku ketika dunia menentang aku.

Rafael itu, sudah mati.

Dan aku tergamam apabila aku melihat ke dalam mata amber lelaki itu, tiada langsung kasih sayang yang bersulam mahupun simpati terhadap aku yang mengalirkan air mata.

Aku tak boleh.

Aku capai beg aku dan talinya aku silangkan ke bahu. Aku tolak kerusi kasar dan aku berdiri bersama juraian air mata.
Tangan aku genggam dengan kuat dan aku gigit bibir bagi menghalang esakan daripada keluar.

Aku memandang ke arah Rafael yang hanya duduk dan memandang ke hadapan sambil berwajah beku. Seorang Rafael yang aku kenal takkan alihkan wajahnya pada aku yang menangis

tidak sehingga air mata aku hilang.

Nampaknya ' Rafael itu' memang sudah tinggalkan aku 3 tahun lepas.

" Kau nak tahu.. "

Suara aku dingin dan aku cuba kawal nada suara aku daripada terdengar seperti terdesak.

" bukan kau seorang sahaja menyesal. Aku pun menyesal juga "

Aku boleh lihat wajah Rafael kelihatan hilang warna dan dia ramas tangannya kuat. Dia memandang aku dan aku balas pandangannya. Aku biarkan mata kami merenung buat sementara waktu.Dan detik itu, aku hampir jumpa lelaki yang aku kenal dahulu tapi aku segera pandang ke hadapan kembali.

Aku tak boleh.

" Aku menyesal sebab aku pernah dan masih cintakan kau, Hayden Rafael"

Aku tergelak kecil sebelum aku berlalu pergi dan tidak menoleh kebelakang sekali lagi.

Dia dah benci kau, Syifa.

Jangan toleh belakang.

Dia berhak dapat yang lebih baik.

Kau tak layak untuk dia.

Kau nak mampus dah pun..

Goodbye, my Knight

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now