Kalau aku tahu jatuh cinta sesakit ini,
aku takkan pernah jatuh.
Tapi jika aku tak jatuh,
aku tak tahu apa itu cinta.
Selepas sahaja aku menghabiskan masa aku bersama dengan Irfan dan Aliya, apa yang aku rasa hanyalah bahagia.Bibir aku tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada mereka dan seperti biasa, Aliya tak pernah tak cengeng.
Untuk seketika, aku lupa tentang penyakit aku. Kadang-kadang aku pelik, aku pengidap kanser hati tahap 4 tapi aku tak pernah lemah seperti penyakit kanser yang lain.Malahan, aku semakin mahu gembira.Dan, aku tahu bahawa Allah sedang beri aku masa untuk bergembira dan izinkan aku untuk hidup seperti gadis normal.
Aku mungkin seorang yang negatif kerana aku tidak mahu menerima rawatan dan sering mengata bahawa aku akan pergi, tetapi aku tahu semua yang hidup akan pergi.Daripada aku habiskan masa dan duit dengan rawatan di hospital, lebih baik aku nikmati kehidupan.
Setakat ini hanya Rafael, Doktor Alif dan isterinya sahaja yang tahu tentang penyakit aku.Umi, Abi, Aliya dan Irfan, mereka tidak tahu.
Aku mengeluh panjang dan merenung ke dalam kolam melihat bayangan diri aku sendiri.
betul ke apa yang kau buat ni?
Bunyi kayu gazebo yang seperti diduduk oleh seseorang menarik perhatian aku tetapi aku tidak memandangnya kerana aku tahu itu siapa.
" Hey "
Aku memandang ke arah Rafael dan tersenyum pada wajah kosong lelaki itu.
Aku betulkan kedudukan aku dan bersila." Hey" balas aku kembali. Kami merenung antara satu sama lain untuk menyelami hati kami.Dia mengeluh panjang sebelum pandangannya dibuang ke arah kolam dihadapan kami.
" Let's talk about us"
Aku hanya mengangguk.
" Kau mula dulu " arah dia.
Aku senyap seketika dan tenggelam dalam lamunan aku. Aku tak tahu nak mulakan semuanya dari mana. Aku tarik nafas panjang dan mengeluh lagi.
" Maafkan aku sebab batalkan perkahwinan kita. Aku bukan bencikan kau atau rasa terpaksa cuma aku tak bersedia. Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku.Jadi, sebelum aku serahkan hati aku untuk kau jaga dan corak, aku perlu fahami hati aku dulu. "
Aku boleh lihat betapa kecewanya Rafael mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir aku.Dan, aku takut untuk kecewakan dia lagi.
" Aku keliru dengan perasaan aku terhadap kau sama ada aku selesa atau aku benar-benar cintakan kau.Lagipun, ini semua terlalu awal untuk kita.Kita berdua masih muda, masih banyak benda yang kita perlu lihat dan belajar sebelum mulakan segalanya.."
Aku tak rasa mahu menangis kerana apa yang aku rasa hanyalah kosong.Aku dah penat menangis dan sedih jadi sekarang ini aku perlu menjadi matang dan rasional.
" Aku pun tidak pasti dengan penyakit aku.Sama ada aku akan kekal hidup ataupun pergi bersama Imran "
Aku pandang ke arah Rafael dan tersenyum pahit.
" Aku faham dan aku lepaskan kau"
Aku tersenyum pada arah setiap patah kata Rafael.Walaupun, kami berdua rasa sakitnya tapi untuk sesuatu yang bahagia, kami perlu berkorban.
Aku memandang ke arah Rafael lama dan aku biarkan mata kami berbicara tentang apa yang baik untuk kami.
" Tapi, aku bersumpah jika aku dapat kau lepas ini, aku takkan lepaskan kauBella As-Syifa"
Aku hanya tersenyum dan terus tersenyum.
Aku teringat pada kata-kata Imran dahulu sewaktu aku sedang bersedih dan kehilangan semuanya." sentiasa senyum kerana senyum buat kita kuat, sweetheart "
dan sekarang aku baru faham maksudnya.
Terima kasih, Imran.
" So..."
Aku memandang ke arah Rafael yang menggosok belakang lehernya dan telinganya mula bertukar merah jambu.Aku tergelak kecil.Aku memandangnya dan memberi pandangan nak-apa
" friends? "
Dan, tawa kami berdua pecah.
" always, dumbass "
Dia berdiri dan membetulkan bajunya sedikit.Aku lihat dia mula berlalu pergi dan tombol pintu untuk masuk ke dalam rumah dipegang sebelum dia pusing ke arah aku.
" Let's go get some ice cream! "
Wajah aku mula teruja dan tanpa berfikir, aku melompat turun dari gazebo dan berlari mengejarnya.
Tawa kami pecah sekali lagi.
Tapi, aku masih tertanya-tanya apakah yang lelaki itu rasa.Macam mana dia boleh terima semua ini dengan mudah? Aku baru batalkan perkahwinan kami dan sejujurnya aku tidak suka lelaki itu yang bertindak terlebih matang.
abestukaunakapa?
Aku menggeleng kepala perlahan dan berlalu masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomansI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...