' Bukan Pilihan Aku '

829 73 1
                                    

Bunyi hon yang bising diawal pagi, membuatkan kaki aku bergerak pada kadar yang lebih laju daripada biasa.Bag sekolah aku capai laju dan kasut aku pakai cepat.Pintu rumah aku kunci dan Rafael seakan semakin kuat menguatkan bunyi honnya. Aku menyuruhnya berhenti kerana ianya menganggu perumahan yang lain. Dia menurunkan cermin dan hanya tergelak sinis.

ouh kau main-main

Kasut sekolah aku yang dah dipakai, aku cabut sebelah kasut. Dan, kemudian lelaki itu berhentikan honnya. Aku hanya tergelak besar apabila kasut aku terbias cantik di atas keretanya. Aku semakin galak gelak tatkala kasut itu mula menyorot jatuh ke bawah sehingga terkena pada tingkap keretanya.

Aku berlari masuk ke dalam kereta dan pintu kereta aku hempas kasar. Gelak aku terhenti tatkala mata Rafael menikam aku tajam.Aku tergamam kerana lelaki itu kelihatan sungguh marah.Aku merapatkan tangan tanda aku meminta maaf dan tersenyum manis tanpa rasa bersalah.Dan, aku tidak tipu bila mata lelaki itu kelihatan sedikit bercahaya.

" you should feel lucky.Sebab kau perempuan pertama naik kereta aku dan perempuan pertama campak kasut dekat kereta aku. Noted that "

Aku tak terkesan dengan ugutannya namun perempuan pertama? Entah kenapa, aku terasa sungguh bahagia. Menjadi yang pertama, sentiasa buatkan aku bahagia.Melihat aku yang semakin dibuai perasaan, pipi aku tampar perlahan.

" kan, aku kata jangan jemput aku. Gatal sangat tangan tu nak drive kenapa? "

Sambil mulut aku laju membebel, tangan aku semakin meliar tatkala satu bungkusan coklat menyapa mata aku.Aku terjerit kecil sebelum coklat itu aku capai dan aku buka.Aku menggumam perlahan dengan rasa sedap coklat itu. Rafael hanya mengeluh perlahan melihat aku. Aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan aku.Dihadapan lelaki lain, aku bersikap kasar dan sombong dengan mereka.Namun depan Rafael, aku seakan bukan diri aku.

Aku memandangnya lama yang sedang memandu kereta.Dia kelihatan sungguh gorgeous ketika memandu.Tipulah aku kata jika aku tidak pernah simpan perasaan kepadanya, aku juga perempuan.Walaupun aku sedikit kasar dan cold-hearted tak bermakna aku tak pernah rasa jatuh cinta.Menghantar pemergian lelaki itu keluar negara, merupakan satu penyesalan.

Tapi, aku pasti perasaan itu sudah lama hilang.Terima kasih kepada Imran. Dia selalu ada ketika aku pertama kali aku berpindah ke sekolah baharu.Walaupun semua lelaki sentiasa cuba untuk memikat aku, namun Imran tidak.Dan, itu merupakan sebab kenapa aku boleh jatuh cinta sekali lagi. Aku harap dia yang terakhir.

" did you just eye-raping me? "

Aku terbatuk dengan teruk. Dengan coklat yang masih hancur habis dalam mulut aku disertakan dengan tuduhan maut lelaki tu, membuatkan aku melepaskan batuk.Dada aku yang terasa amat sakit membuatkan muka aku berubah pucat.

" wey kau apahal? Aisyah, shit jap aku ambikkan air "

Serentak itu, air botol dihulur kepada aku dan aku minum dengan laju.Aku bernafas dengan perlahan dan teratur bagi mengurangkan rasa sakit.Plastik ubat aku keluarkan dan beberapa pil aku ambik dan aku telan. Wajah Rafael yang risau mula bertambah risau dan sedikit pelik dan keliru

" why'd you take so many medicine, Little Bell? "

Aku mengangkat bagi menyuruhnya menunggu sebentar.Dia hanya mengangguk perlahan.Aku tarik nafas perlahan.Plastik ubat aku simpan kembali dan botol air aku letak ditempat air dalam keretanya.

" Pertama sekali, jangan speaking sebab aku malas nak kembangkan tatabahasa inggeris aku.Seterusnya, jangan panggil aku Little Bell. Lastly, ubat aku memang banyak "

Aku tarik nafas perlahan apabila terasa aku membebel terlalu cepat.

" whatever..Kenapa perlu sampai banyak macamni? Dah macam.orang ade penyakit kronik je "

Aku tersentak perlahan pada kenyataannya.Kata-katanya seakan membuatkan aku terasa sakit dan perit.Ianya seakan dia mengharapkan aku ada penyakit itu dan kemudian aku mati.

mesti dia gembira..

Beg aku galas dengan segera.Pintu aku buka apabila kami sudah sampai ke sekolah aku.Aku menarik nafas perlahan.Aku keluar daripada kereta dan sebelum itu-

" kau cuba hidup seorang diri lepas ibu bapa kau tinggalkan kau serentak. Bukan salah aku dan bukan pilihan aku jadi macam ni. Semua orang yang aku sayang tinggalkan aku and you know what.. "

dia hanya tergamam apabila air mata aku mula menjadi santapannya.Suara aku juga sudah mula menjadi semakin lemah dan sayu.Aku mudah tersentuh dengan perkara yang berkaitan mati.Honestly, I'm afraid.

"....kau pun tinggalkan aku 2 years ago and i don't know if i can ever get ' you' back "

dan sampai disitu sahaja, aku biarkan dia tergamam dan merenung dimana silapnya.Pintu kereta aku hempas kasar dan aku segera berlalu ke dalam sekolah sambil tangan aku mengelap air mata kasar.

Oh God..

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now