Aku tak tahu macam mana Rafael boleh tahu tentang penyakit aku. Sedangkan semua surat yang mungkin boleh mendedahkan tentang penyakit aku, aku sorok dengan baik. Semua ubat terbaru aku juga aku sentiasa simpan didalam beg dan botol ubat juga dibalut dengan kertas kosong.
Aku mengeluh.Aku melihat ke arah abi dan umi yang berada di tempat duduk hadapan.Mereka berdua datang menjemput aku di hospital apabila aku meminta Doktor Alif melepaskan aku awal.Aku tahu bahawa umi dan abi tidak tahu tentang penyakit itu.Jika mereka tahu, tentu sahaja layanan mereka akan berubah terhadap aku.
Mereka akan simpati.
Mereka akan menangis.
Mereka akan kecewa.
Cukuplah aku nampak semua itu didalam mata Rafael. Aku tak nak nampak itu semua dalam kedua-dua mata syurga aku yang kedua.Rafael juga sudah lama aku tidak nampak.Semalam pun, hanya umi yang datang dan melawat aku.Bila aku bertanya mana Rafael, umi cepat sahaja menukar topik.
Abi juga tidak bercakap banyak.Sejujurnya aku rasa bersalah.Kalau aku tak jadi macam ni, kalau aku tak masuk dalam keluarga mereka, mesti abi takkan tumbuk Rafael.Mesti keluarga mereka akan bahagia.
Aku segera seka air mata aku dan terus membuang pandangan aku ke luar tingkap kereta selepas aku lihat umi pusing ke belakang untuk melihat aku.Aku ukirkan senyuman paksa tanda bahawa aku baik sahaja.
" Umi dah masak banyak dekat rumah.Semua lauk kegemaran Syifa umi dah masakkan"
Suara lembut umi mengisi suasana sunyi kereta.Wajahnya yang bercahaya membuatkan aku tersentuh.Tanpa sedar, air mata aku mengalir.
" Ya Allah, Syifa kenapa menangis ni? Umi ada salah cakap ke? "
aku mengelap air mata perlahan dan tergelak pahit.
" takdelah, Syifa tiba-tiba rindukan ibu "
Balasan aku hanya membuatkan wanita itu tersenyum sayu dan tangannya dibawa menggosok perlahan kepala aku.
Sejujurnya, bukan sebab itu.Tapi sebab aku takut jika senyuman diwajah umi hanya akan digantikan dengan riak kecewa terhadap aku yang merahsiakan penyakit berbahaya aku.
" Abi pun dah ambik cuti hari ni. Kan abang?"
tanya umi sambil wajahnya sedikit teruja menanti balasan daripada suaminya.Lengan suaminya dirangkul sekejap.Fokus abi mula beralih kepada wajah umi disebelahnya sebelum kembali memandang ke jalan semula.
" yelah sayangku.Untuk awak, semua boleh"
Aku tergelak perlahan melihat wajah umi yang berona merah.Walaupun mereka sudah lama mendirikan rumah tangga, namun semuanya masih indah .
kalau aku dengan Rafael..
Aku tampar pipi aku perlahan dan menggeleng laju.Tak, tak boleh.
no Rafael no no no .
" Rafael mana? "
tanya aku pada abi.Lelaki itu memandang aku melalui cermin kereta.Dan, senyuman lesu ditampal dibibirnya.
" dia mesti bencikan dengan Syifa.."
balas aku perlahan.
" dia mesti ingat Syifa susahkan dia"
aku mengeluh lagi. Sekejap sahaja, enjin kereta dimatikan dan kami sudah sampai dirumah.Aku segera buka pintu kereta dan bonet aku buka sebelum beg aku tarik.
Belum sempat aku berlalu masuk ke dalam rumah, abi memanggil aku-
" bagi beg Syifa dekat umi.."
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...