" Wey jangan la nangis gila "
Walaupun aku pujuk Aliya tetapi aku pun ikut nangis.Semalam selepas sahaja aku bangun daripada pengsan, aku segera call Aliya dan Irfan tentang aku dan memberitahu bahawa aku perlu beritahu sesuatu.
Dan sekarang ini, selepas sahaja mereka tahu, Aliya tak berhenti nangis sejak dari tadi. Aku lihat Irfan hanya senyap.
" Macam mana aku tak nangis? KAU KENAPA TAK BAGITAHU AKU HANJIR!?"
Aku tepuk bibir gadis itu lembut dan dia mula mencebik.Aku longgarkan pelukan kami dan aku lap air mata dia.
" Aku tak mati lagi, rilek ah"
dan tangis dia pecah kembali.Aku memandang Irfan dengan pandangan kau-ambik-awek-kau ni.Irfan hanya menggeleng kepala dan memandang aku tajam.Tak guna lah pasangan bercinta ni.Dua-dua protes dengan aku.
Aliya leraikan pelukan apabila perhatian kami mula beralih kepada umi, abi dan Rafael yang masuk ke dalam bilik wad kami.Aku salam umi dan aku hanya tersenyum kepada abi.Wajah mereka kelihatan sungguh risau terhadap aku.
Ouh mereka tak tahu lagi..Tapi, fokus aku hanya pada Rafael.Dia langsung tidak menegur aku mahupun memandang aku malahan masuk sahaja, dia terus berdiri sambil bersandar di dinding dan bermain telefonnya.Aku mengeluh perlahan.
Pintu wad dibuka dan wajah doktor semalam yang merawat aku masuk bersama senyuman.
" Selamat Pagi Bella, awak macam mana? ada rasa sakit-sakit tak?" tanya Doktor Maria.Aku hanya tersenyum dan menggeleng.
" saya nak bincang tentang kesihatan awak, tetapi memandangkan awak ada banyak pelawat, nanti saya datang balik ye" ucap doktor itu sambil tersenyum.Dia meminta diri untuk berlalu dan umi hanya membenarkan sahaja tanpa bertanya apa-apa.
Aku tarik nafas dalam.
" Doktor tunggu.." panggil aku.Mereka semua mula memandang aku.Aku tahu kalau aku makin tangguh, lagi sakif yang aku akan rasa.Tiada siapa pun tahu tentang penyakit aku kecuali Rafael.
Irfan dan Aliya hanya tahu bahawa aku mudah sakit kepala dan aku hampir mati.umi abi pun tak tahu..
" tak apa, doktor boleh bagitahu sekarang.." suara aku kelihatan sayu dan ragu-ragu.Doktor Maria memandang aku bagi meminta kepastian.Kalau aku tak bagitahu sekarang, nanti bila mereka tahu daripada mulut orang lain, itu lebih menyakitkan. Walaupun hati aku berat untuk luahkan kebenaran dan aku tahu reaksi yang aku terima tapi tidak mengapa. Satu kekecewaan tak bermaksud aku akan mati kan?
Aku hanya mengangguk kepada Doktor Mawar.
" Bella awak menghidap chronic hepatitis atau kanser hati tahap 4.."
Aku pejam mata rapat.Aku boleh dengar nafas terkejut mereka semua dan aku terus pejam mata aku.Berharap bila aku buka mata, ini semua hanyalah penipuan.
" Penyakit ini disebabkan oleh autoimmune system .The immune system mistakenly destroy the body's own liver cells. Apa yang menyebabkan autoimmune chronic hepatitis masih tidak dikenalpasti. If left untreated, it's a progressive disease that can lead to worse like cirrhosis..."
Umi genggam tangan aku kuat dan aku yang tersentak terus membuka mata.Aku tergamam melihat umi yang menangis.Aku genggam tangan umi kembali dan lap air mata dia.
Umi,janganlah nangis..
" Jadi, rawatan apa yang Bella perlu buat untuk survive?" tanya Rafael.Wajah dia serius dan beku sahaja kita bertanya.Tak tahu kenapa walaupun dia berada dekat dengan aku tapi
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...