" Langit malam "

511 45 3
                                    

Tangan aku mula sibuk menyiapkan meja makan. Hari ini aku mengajak Nenel, Aisyah, Alif, Aiman, Aliya, Irfan, Doktor Alif dengan isterinya Puan Aifa serta umi, abi dan Rafael untuk makan malam dirumah aku.

Masakan malam ini semuanya aku sediakan sendiri. Aku hanya meminta mereka datang. Tambahan pula, aku lebih selesa dan fokus membuat kerja ketika bersendirian. Pinggan aku susun diatas meja panjang diruang makan.

Aku tersenyum bangga apabila semua lauk lauk dan peralatan makanan tersusun cantik. Aku melihat jam yang tergantung di dinding.

" ada lagi 1 jam, baik aku mandi dulu.Dah bangkai sangat ni" ucap aku pada diri sendiri sambil tergelak apabila membau badan aku. Aku segera naik ke tingkat atas.

Tuala aku capai dan aku berlalu kebilik air.

Aku hanya sarung jubah hitam dibadan aku dan gayakan dengan tudung bawal berwarna coklat. Aku lilit ala kadar dan pastikan ianya labuh menutupi dada aku.

Sejak sesi luahan cinta aku bersama Allah pagi tadi, aku terasa lapang dan gembira.

Terima kasih ya Allah

Aku sapukan lip balm pada bibir aku yang kelihatan sedikit pucat dan aku calitkan sedikit cream muka ke muka aku bagi menaikkan seri wajah aku yang tenggelam dalam warna kulit aku yang putih pucat.

Ubat tahan sakit yang doktor Maria beri, aku ambik dua biji dan aku telan bersama air kosong. Aku tahu bahawa ubat ini bukan untuk menghentikan kanser aku cuma ianya memberikan aku keselesaan untuk menjalani hidup aku tanpa berasa sakit.

Walaupun, aku tidak mampu menipu bahawa aku betul-betul sedang sakit ketika ini.

Aku tarik nafas perlahan dan aku bergerak ke ruang tamu untuk menanti kehadiran mereka semua. Belum sempat aku duduk, loceng rumah aku dibunyikan.Aku tersenyum girang sebelum pintu aku buka dan wajah nenek, Aisyah , Alif dan Imran yang baru sahaja keluar daripada kereta Irfan bersama Aliya menyapa kornea aku.

Aku sambut tangan nenek dan aku cium perlahan sebelum tubuh aku diserang dengan pelukan daripada tubuh kecil Alif dan Aiman.

" Assalammualaikum" sapa seseorang.Aku mengangkat muka dan wajah Doktor Alif bersama Puan Aifa menyapa penglihatan aku. Aku tersenyum sebelum aku mempelawa mereka masuk.

" Bella " panggil Doktor Alif.

Aku memandangnya sejenak sebelum aku lihat Puan Aifa mengangguk dan dia mula menarik tubuh mereka semua jauh daripada kami berdua.

Aku memandang Doktor Alif lama dan dia hanya tersenyum kelat.

" Abang nak minta maaf "

Aku berjeda seketika.Selama ini dia tidak pernah menggelar dirinya sebagai abang dan menggunakan gelaran Doktor. Aku hanya tersenyum senang padanya yang memandang aku dengan penuh rasa bersalah.

" Abang tak buat salah. Jadi, jangan minta maaf. Bella yang sepatutnya minta maaf sebab kurang ajar dengan abang. Jadi, Abang kena maafkan Bella tau"

Dia tergelak kecil apabila aku menggunakan ton mengugut aku dihujung ayat. Aku juga tergelak apabila melihat lelaki itu tergelak.

Untuk seketika, aku biarkan detik bahagia ini bercakera di angkasa.

" dah jom masuk, makan. Bella masak hari ini jadi mesti sedap punya " sambung aku bersama pujian pada diri aku. Abang Alif menjelir lidah pada aku sebelum sempat aku hempuk pasu yang berada berdekatan dengan meja di ruang tamu,

lelaki itu sudah berlari sambil menjerit nama isterinya seperti budak kecil.

pelik-pelik je.

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now