' My Knight '

605 55 0
                                    

Beg aku peluk dengan rapat dibahagian dada.Bibir aku berapa kali entah mengucap melihat Rafael yang membawa kereta pada tahap yang laju.Tangan kiri lelaki itu pada stereng dan tangan kanannya pada handbrake. Lelaki itu memotong setiap kereta dengan sempurna dan cekap.Bukan seperti aku yang sudah ketakutan, lelaki itu masih mengekalkan riak kosong.

macam mana kalau kami mati?

Kepala aku geleng dengan cepat apabila semua perkara negatif mula menerjah masuk ke dalam otak aku.

" Rafael, slowdown. Kau nak bunuh aku ke?"

Soalan aku dibiarkan tergantung.Wajahnya semakin ketat dan tegang.Semua kereta yang dipotongnya hanya membunyikan hon apabila lelaki itu menyelit dengan mudah.

" DAMN IT, HAYDEN RAFAEL! "

Aku mula menggigil perlahan tatkala lelaki itu memotong lori yang besar dengan mudah.Tangan aku mula mengenggam kain baju aku dengan erat.Aku taktahu kenapa lelaki itu terlalu marah.Bukannya aku layan lelaki biadap tadi malahan aku mengherdiknya.Tapi kenapa sekarang seperti dia yang dipermainkan oleh lelaki biadap itu.

" Rafael.."

Aku memandang lelaki itu dan suara aku juga mula berubah perlahan dan sayu.

" Raf... "

Dan, mula berubah merayu dan memujuk.
Lelaki itu semakin kuat mengenggam strereng kereta sehingga semua uratnya mula timbul.

" Rafael berhe- "

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, kereta itu mula berhenti dengan mengejut.Aku yang terkejut sehingga terhantuk kepala pada dashboard kereta.Aku meringis kesakitan sambil mengusap perlahan dahi aku. Aku mula memandang tajam lelaki itu namun itu hanya buat aku terkedu.

Mata tajamnya

membuatkan

aku

takut.

Aku tak pernah melihat lelaki itu marah sebegitu.Dan sejujurnya aku takut.Kali terakhir lelaki itu marah, semuanya menakutkan.Aku mula menggigil dan mata aku mula bertakung.Sejak ibu dan ayah tinggalkan aku, aku mula takut dengan semua orang.Namun, disebabkan Imran semuanya berubah dan aku dapat atasi ketakutan aku terhadap orang.

tapi, Rafael kembalikannya.

" Raf-ael kau bu-at aku ta-kut "

Tanpa aku sedar, aku buka pintu kereta dan mula berlari laju keluar.Beg aku yang jatuh aku pedulikan.Lelaki itu turut terkejut.Belum sempat dia menggapai tangan aku, aku berlari dengan lebih laju.Kepala aku geleng bersama air mata yang deras jatuh.Aku takut, macam.mana kalau dia lukakan aku?

Ibu ayah tiada nak pujuk aku kalau aku terluka lagi.Lelaki itu yang dulu sentiasa memujuk aku kini membuat aku takut.Aku mungkin sudah kelihatan seperti orang gila sekarang ini.Aku tak tahu kenapa aku takut dengannya.

Aku takut dia melukakan aku

Aku takut kegelapan itu kembali

Aku takut aku tak berjaya keluar sekali lagi daripada kepahitan itu.

" NO! "

Tubuh aku ditarik dengan kasar sehingga kepala aku terhantuk pada dada tegap lelaki itu.Kepala aku mula sakit sedikit apabila terhentak pada dada keras lelaki itu.Aku cuba merungkaikan lengan lelaki itu yang memeluk ketat lengan aku.Semakin aku meronta, semakin aku kuat.

" Rafael lepaskan aku.. "

Suara aku mula merayu kepadanya.Air mata aku mula jatuh diatas lengannya.Mengingatkan bahawa kami berdua tidak sepatutnya berpelukan dan ini semua dosa, aku mula meronta lagi kuat sehingga pelukan lelaki itu melonggar dan dadanya aku tolak menjauh daripada aku.

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now