" Irfan POV"

699 39 0
                                    

Memori

Tubuh Aliya yang pengsan disebelah tubuh Syifa membuat aku terkejut.Aku berlari ke arah gadis itu dan laju sahaja tubuhnya aku cempung. Nenek meminta aku membawa Aliya ke dalam bilik. Abi meminta aku mengikutnya dan aku mengangguk.

Tubuh Aliya aku cempung dan aku mula mengikut langkah abi.Abi berhenti di sebuah bilik dan membuka pintu.

" ni bilik Syifa.Letakkan lah Aliya dekat situ" balas Abi sayu.Aku terkedu seketika sebelum aku melabuhkan tubuh Aliya diatas katil itu.Abi sudah terlebih dahulu meninggalkan kami kerana dia perlu tenangkan Umi Rafael.

Tubuh Aliya aku selimutkan dan aku buka suis penghawa dingin. Sesaat, mata aku tertacap pada sebuah bingkai gambar.
Gambar kami berempat ketika kami pergi melancong ke Melaka 2 tahun lepas.

Bingkai itu aku angkat dan aku tersenyum kecil. Melihat muka hodoh kami didalam gambar itu membuat aku geli hati.Aku usap wajah Imran dan kemudian beralih kepada wajah Syifa.

Sakit rasanya apabila aku kehilangan dua kawan baik aku. Aku tak sanggup kembali ke dalam kesedihan yang aku rasa ketika Imran pergi dahulu.Tapi, kini rasa sedih itu dijemput dalam cara yang tidak aku sangka.

Melihat tubuh Syifa yang menggelentar hebat ketika di dewan hotel tadi dan bibir gadis itu mula merintih nama Allah, membuatkan aku tergamam dan seluruh tubuh aku menggigil.

Hanya tuhan sahaja tahu betapa hancurnya aku ketika ini.

luka sakit untuk melepaskan Imran masih lagi terbuka di hati aku.

Dan , kini aku tak tahu sama ada luka itu dapat ditutup lagi.

Impian kami berempat untuk graduate bersama-sama.Impian Syifa dan Imran untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Kami juga rancang untuk bercuti  ke Langkawi selepas sahaja SPM tetapi nampaknya mereka sudah bercuti terlebih dahulu.

Bercuti di sebuah tempat yang indah dan hanya layak untuk mereka yang layak sahaja.

" Imran aku rindukan kau. Maafkan aku sebab aku gagal jaga Syifa. Maafkan aku, Imran, maafkan aku"

Tubuh aku mula jatuh terduduk dan sesaat, air mata aku mengalir dengan deras.Aku genggam bingkai gambar ini dengan kuat dan aku biarkan air mata aku jatuh diatasnya.

Kenapa Syifa?

Aku baru sahaja rancang untuk menghiburkan gadis itu sama seperti arwah Imran buat.Lagi-lagi gadis itu sudah tiada ibu bapa dan hidup dalam penyakit yang merbahaya, harapan aku hanya untuk pastikan gadis itu tersenyum.

Tapi kenapa ketika gadis itu tersenyum bahagia di sisi suaminya

dan dalam masa yang singkat juga, nafas gadis itu diragut dan berhenti.

Imran, apa aku nak buat sekarang ni?

" Ya Allah..kawan aku.." rintih aku lagi dan lagi sehingga rasa sakit ini semakin menebal dan ego aku semakin runtuh.

Beautiful Goodbye  | Heartbreaking Series | CompletedWhere stories live. Discover now