Langkah aku perlahan dan sayu. Aku berhenti dan pandang lama batu nisan dihadapan aku.
Muhammad Imran.
Sebuah nama yang berjaya membuatkan hati lelaki aku terasa cabar dengan kehadirannya.
Aku duduk bersila di hadapan kuburnya dan bibir aku laju membaca Al-fatihah sebagai permulaan warkah aku.
" Assalammualaikum, Imran " sapa aku perlahan.Tangan aku dengan perlahan mengusap batu nisannya seolah-olah aku sedang memegang bahu lelaki itu.
" Aku tak pernah kenal kau hatta melihat kau tapi kau berjaya membuat aku rasa tercabar untuk bersaing dapatkan hati Syifa kita.Kau nak tahu,bro? Tadi aku baru lepas fitting baju kahwin kami dan umi aku suruh aku hantar Syifa balik dan sepanjang dalam kereta dia tertidur.."
Aku tarik rumput yang meliar dikubur lelaki itu dan tarik nafas perlahan.
" Kau mesti bermakna bagi dia sehingga dalam tidur pun, bibir dia masih memanggil nama kau.Aku kecewa dan hancur bila aku dengar nama lelaki lain keluar daripada bibir gadis yang aku cinta.Tapi aku sedar aku tak layak untuk persoalkan cinta dia terhadap kau sebab aku sedar betapa bodohnya aku sebab tinggalkan dia..
dan tangisan aku pecah.
" dan aku biarkan kau satukan kembali hati dia yang aku retak.Kau isikan hari dia dengan gelak dan kegembiraan sampaikan kebahagiaan dia bukan disebabkan oleh aku lagi.Kau isi hati dia dengan cinta dan kejujuran ketika dia percaya bahawa semua yang sayang akannya telah pergi tinggalkan dia.Dan sepatutnya aku berterima kasih kepada kau sebab kau kembali Syifa aku,"
Aku berjeda seketika.
" Syifa kita."
Aku tersenyum kelat bagi menghadirkan kekuatan walaupun air mata aku mengkhianati aku.
" Dan jika suatu hari nanti Syifa pergi meninggalkan aku. Aku tahu dia akan selamat kerana dia bersama dengan kau di syurga yang indah.Mungkin kau angkat dia menjadi bidadari yang terindah dalam singgahsana syurga kau. Tetapi aku sudah cukup bersyukur sebab Allah benarkan aku memiliki Syifa sebagai bidadari aku di dunia."
Aku lap air mata aku apabila ego lelaki aku sejak kebelakangan ini mudah sangat runtuh.
" Minggu depan kami kahwin. Syifa yang minta sebab dia risau bila-bila sahaja dia akan pergi.Bodohkan dia? Dia sihat tapi asyik sebut pasal mati. "
Aku tergelak untuk cuba hilangkan rasa risau dalam hati aku.
" Aku harap sangat kau datang dan lihat segalanya.Selain redha Allah dan keluarga aku, aku perlukan redha kau dan semangat kau untuk lafaz akad nikah nanti.Apa kau fikir aku cool selama ni, aku tak takut akad nikah? Akad wey akad.."
Aku tergelak dan membayangkan aku sedang berbual dengan Imran.
" Bro, aku balik dulu.Nanti aku datang sini dengan Syifa.Kalau aku rasa nak nangis ke, aku datanglah sini sebab walaupun aku tak kenal kau tapi aku selesa dengan kau.."
sambung aku.
" ..mungkin sebab kita mencintai gadis yang sama"
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...