Aku tak tahu jika aku buat keputusan yang betul untuk kahwin dengan Rafael.Jika aku lihat diri aku sekarang, aku terasa seperti perempuan yang tidak rasional.Aku juga sudah mula tidak menjaga batas aku dengan Rafael. Aku sibuk kejar cinta dan habiskan masa dengan Rafael sampai aku lupa untuk belajar dan membuat perkara yang lebih berfaedah.
" So, kita nak pergi mana dulu?"
Aku memandang ke arah Irfan daripada tempat duduk belakang. Di tempat dudul penumpang di hadapan, Aliya kawan aku duduk. Aku memandang Irfan melalui cermin pandang belakang kereta.
" Boleh tak kita pergi lawat Imran dulu?"
Irfan dan Aliya hanya tersenyum pahit.Aku sudah memaklumkan pada Rafael bahawa dua orang kawan aku akan menjemput aku balik dari hospital kerana mereka merindui aku dan walaupun ditentang oleh lelaki itu kerana aku belum sepenuhnya sihat, tapi aku tetap berdegil.
Aku memandang ruang kosong di tepi aku dan tersenyum pahit.Dulu, kami berempat, Imran, Irfan, Aliya dan aku..kami selalu keluar kemana-mana bersama. Kami selalu ship kan antara satu sama lain memandangkan Aliya dan Irfan sudah lama berada dalam hubungan.
Tapi sejak pemergian Imran, semuanya mula berubah.Aku mula menjauhkan diri daripada mereka kerana aku menyalahkan pemergian Imran disebabkan oleh aku.Hari terakhir aku melihat Imran, lelaki itu marah dan kecewa bersama aku kerana aku pertahankan Rafael dan masih simpan perasaan pada Rafael. Aku masih ingat lagi suara lelaki itu yang kecewa.
" jadi selama ini, kau tak pernah cintakan aku walaupun sedikit ke, Bella? "
Hujung tubir mata aku mula panas. Rafael mungkin cinta pertama aku tetapi itu ketika aku masih budak-budak dan aku tidak mampu berfikir dengan matang tapi selepas sahaja aku sudah meningkat dewasa dan bertemu dengan Imran, aku tahu erti cinta yang sebenar.
Ya, aku cintakan Imran.
Dan, dia mungkin cinta pertama aku.Jadi, disebabkan itu aku masih ragu-ragu untuk berkahwin dengan Rafael, kerana sebab utama Imran kemalangan adalah selepas kami bergaduh tentang Rafael.
Aku tidak beritahu Rafael yang aku pergi melawat Imran kerana aku tak boleh beritahu Rafael dihadapan wajah lelaki itu yang aku rindukan Imran.
Dan, aku rasa aku tidak bersedia untuk kahwin jadi aku sudah berbincang dengan umi dan abi bahawa aku tidak boleh teruskan.Walaupun mereka terkejut tetapi mereka berjanji untuk bercakap dengan Rafael.
Iphone aku sudah matikan sejak dari tadi kerana aku tahu lelaki itu mesti akan menelefon untuk tanya tentang penangguhan yang aku lakukan.
" Bell, kau okay? "
Aku hanya tersenyum pada Aliya dan mengangguk perlahan bersama senyuman kecil.Tetapi, senyuman ini perit.
" kita dah sampai "
Sebaik sahaja Irfan berkata, aku pusing kepala dan memandang ke luar tingkap.Air mata yang aku tahan sejak dari tadi mengalir perlahan di pipi aku bersama senyuman.
Assalammualaikum, Muhammad Imran.
" Imran sorry sebab aku dah lama tak datang"
Aku cabut rumput-rumput liar di kubur lelaki itu.Aku bersihkan sedikit batu dan kayu yang berselerak di tepi-tepinya. Aku usap batu nisan yang tertulis nama lelaki itu dengan penuh syahdu.
Muhammad Imran
2002-2018Aliya mengusap bahu aku perlahan apabila aku tak boleh tahan air mata aku daripada jatuh dengan lebat.Tubuh aku dipeluk dan bahu aku terasa sedikit basah dengan air mata gadis itu. Irfan melutut di hadapan kubur Imran dan air mata lelakinya jatuh.
YOU ARE READING
Beautiful Goodbye | Heartbreaking Series | Completed
RomanceI'll love you to the heaven and never come back بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, izinkan aku untuk menumpang kasih dalam diri seorang Hawa. Seorang gadis yang di mana s...