II - Pansement & Bandage

19.6K 1.5K 332
                                    

SORRY LEWAT! 😣💔 THANKS SANGAT YANG SUDI VOTE DAN KOMEN CHAPTER SEBELUM NI. AUTHOR ANGGAP ITU SOKONGAN DAN THANKS AGAIN! ❤️ UNTUK 2 CHAPTERS TAPI 1k😋❤️

"Asal diam? Aku tanya ni, hati?" Dia mengulangi kata itu lagi. Aduh, Med! Itu lah kau, melepas je tahu. Haish aku gementar ni.. Malu lagi dengan dia.

"Oit, aku tanya ni. Kau cakap tentang hati? Aku tak dengar habis tadi tapi ada nama aku so kau cakap dengan aku lah kan? Ulanglah balik." Dia mula bercekak pinggang. Aku mengigit bibirku dengan sendiri. Aduh aduh, hati aku yang bermasalah ni.

"E-Entahlah, Aiden! Never mind! Grandma dan aunty ada dekat depan, cari kau." Ujarku sebelum cepat-cepat berjalan pantas ke arah lif. Aaaaaa pipi aku terbakar tengok dia macam tu. Duhai, hati! Bertahun dah aku crush dekat dia and sekarang baru aku boleh bercakap? Satu langkah yang baik, Med! Teruskan lagi. Aku tersenyum segaris walaupun tak berjaya kawal diri depan dia tadi.

"Miss Ana, grandma minta sediakan minum petang. Aunty datang rumah." Ujarku setelah berjumpa dengan maid di dapur. Sebenarnya dekat sini, takde banyak sangat pembantu rumah macam dekat rumah sana. Yelah, kitorang kan jarang balik sini. Setahun sekali je. Diorang yang jagakan rumah ni waktu kitorang dekat sana dan ya, Miss Ana ni antara ketua maid dekat sini. Baik orangnya dan cantik.

"Baiklah, cik muda. Cik muda nak saya hidangkan sekali ke kek yang cik muda buat tu?" Soal Miss Ana yang umurnya dalam lingkungan awal 30an. Miss Ana memang berkhidmat dari dulu lagi untuk krluarga kitorang. Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Biar Med tolong." Aku mula berjalan ke arah karbinet yang khas untuk piring kaca. Susah juga eh nak tenangkan diri ni? Jantung aku macam nak melompat je tengok dia tadi. Aduhai.

"Cik muda?" Miss Ana mendekati aku dengan raut wajah hairan.

"Cik muda tak sihat ke? Nak saya panggilkan doktor?" Dahiku disentuh oleh Miss Ana. Aku spontan mengeleng laju dengan semahu yang boleh. Doktor? No!

"K-kkKenapa?" Aku menyoal dengan nada tergagap.

"Muka merah je. Saya ingatkan cik muda demam ke? Tapi tak panas pun." Miss Ana membalas sambil membelek wajah aku.

"Erk, Med okay je. Jangan risau." Aku tersenyum lembut. Blushing punya pasal lah ni, haish!

[•••]

"Aduh mana aunty dengan grandma ni? Asal aku yang kena duduk dalam bilik rehat ni dengan Aiden? Tak kuat jantung hm." Aku mengigit bibir sendiri dan kekadang mencuri pandang si dia yang sibuk menghadap iPhone miliknya. Pakai airpod siap ha dan tengah abaikan persekitaran di sekeliling termasuk aku. Takpelah, aku tak mengharapkan dia berbual dengan aku pun.

Bunyi telefon berdering. Aku melihat iPhone aku yang tertera nama Shazril. Aku segera menjawab panggilan itu. Takpelah kan? Dia pakai airpod. Tak menganggu rasanya.

"Med! Kau dah dekat Malaysia eh? Asal tak bagitahu aku haish." Lelaki itu mula mengeluh tetapi aku ketawa kecil.

"Kau pun. Kan tahu ada majlis keluarga mestilah aku ada dekat sini. Kau sihat ke?" Nasiblah Shazril call, hilang sikit rasa kekok aku dekat sini.

"Sihat je selagi kau ada. Aku datang rumah Aiden, dia takde. Aunty Dhia dengan Aiden pergi ke rumah kau dekat sini ke?" Soal Shazril.

Shazril merupakan sepupu kitorang berdua tetapi yang paling dekat sekali dengan Shaz ialah Aiden. Sebab Aunty Shahira iaitu mama Shaz ialah adik kepada Aunty Dhia. Jadi pertalian Aiden dan Shazril lebih dekat dari aku yang entah sesat ke mana dan lebih digelar 'sepupu jauh'.

Dear Mr Crush!✔️Where stories live. Discover now