made with love
"Okay, tinggal tunggu benda ni masak je." Aku tersenyum sambil memerhati sosej dan scrambled eggs
yang dimasak. Roti tengah bakar dan jus oren sudah diletak di dalam jag.Tiba-tiba je bibir aku tersengih apabila teringatkan pagi tadi. Auch, ye ye aku gatal. Hm Aiden peluk aku, alahai. Mr Crush tak pernah tak buat jantung aku ni menggila. OLEH SEBAB ITU, AKU KENA BUAT YANG TERBAIK UNTUK PROJEK KEDUA INI.
Breakfast ni aku akan pastikan terbaik. Biar Aiden makan tu, terasa 'made with love' sekali. Aduh, cukuplah berangan tu. Sambung kerja!
'Ting!'
Bunyi pembakar roti itu berbunyi, aku segera tergopoh-gopoh mengheret sebelah kaki yang masih lagi sakit dek jatuh tangga tempoh hari. Tangan aku pun belum sembuh dan badan aku yea masih separuh terbakar dari belakang. Sakit betul.Roti yang naik dari pembakar roti itu membuatkan dahiku berkerut. Asal warna hitam?! Eh kejap, bau terbakar! Aku terus gelabah mengeluarkan roti itu namun tidak lama, tanganku melempar dua keping roti itu masuk ke dalam pinggan. PANAS!
Mataku memerhati roti yang hangus itu. Aku mengeluh. Kenapa jadi macam ni pula? Aduh, takpelah. Aku buat sekali lagi. Aku masukkan roti sambil merenung ke arah pembakar roti itu. Apa yang tak kena? 'Ting!' Roti itu naik ke atas setelah siap masak tapi... Hitam juga! Hangus! Haish!
Eh kejap.... Bau roti ni yang hangus kan? Tapi kenapa macam kuat sangat? Aku terus berpusing ke belakang. Eh, sosej dan scrambled eggs aku!!! Aku mengheret sebelah kaki itu lalu bergerak pantas ke arah dua kuali pan itu namun entah di mana silap aku, kaki aku yang berbalut itu terlanggar kerusi bar.
'Bang!' Mangkuk berisi sudu dan garpu yang aku letak di atas kerusi itu jatuh sekali dengan badan aku. Ya Allah, sakitnya... Air mataku mengalir, sudahlah kaki dan tangan ni tak sembuh lagi, aku jatuh macam ni pula. Sakit.... Aku gagah bangun tetapi tidak berjaya.
"Medina? Medina? Apa jadi?" Suara Aiden dari jauh kedengaran membuatkan aku makin terduduk. Tangan mengiggil mencapai sudu dan garpu yang bertabur.
"Ya Allah, Medina Safiyya..." Aiden terus menunduk setelah menyelesaikan masalah aku di atas. Dia menolong aku mengutip kembali mangkuk, sudu dan garpu.
"Jangan menangis, aku tak marah. Aku janji tak marah walaupun aku dah larang kau memasak dengan sakit macam ni." Aiden mengesat air mataku yang mengalir kerana sakit. Aku memandang wajahnya dengan pandangan kabur. Betul-betul sakit, aku rasa aku kena jumpa doktor lagi lepas ni.
"Aiden... Tolong.. Tolong aku berdiri..." Aku mencuba sekali lagi tetapi Aiden mengeleng.
"Tak perlu, biar aku angkat kau je terus." Tanpa aku sebab membalas apa-apa lagi, Aiden terus mengangkat aku dan membawa aku duduk di atas kerusi bar itu.
Aku mencengkam kuat seluarku, geram dengan diri aku. Tak habis-habis menyusah dan nampak bangang depan dia!
YOU ARE READING
Dear Mr Crush!✔️
RomansaThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...