The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them.
Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi.
Engku Medina Syafiyya nama di...
Aku tergamam. Ni realiti ke? Ni realiti atau khalayan aku? Kalau ini mimpi, aku nak tidur selamanya! Ya Allah, indahnya! Jantung aku makin berdebar-debar.
"Medina?" Sepasang mata itu ralit merenung wajahku. Dia menanti jawapan. Aku mengangguk dengan spontan. Siapa je yang taknak oit?!
" Of course, Aiden." Balasku lalu Aiden spontan menarik tanganku untuk terus masuk ke dalam dewan itu. Hati aku berbunga-bunga walaupun berdebar.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Asal jantung aku ni berdebar macam jatuh cinta bertubi-tubi ni? Aduhai. Hampir semua mata memandang ke arah kitorang. Aku gugup! Aku jenis pemalu sikit! Kena terbiasa dengan persekitaran dulu! Sekarang ni aku tak terbiasa, aduhai! Gementarrrrr
"Tenang, Medina. Aku kan ada." Dia mengeratkan pegangan lalu tersenyum segaris. Ayoo, jantung aku! Makin runtuh dek serangan itu. Terus hilang gementar tu. Kitorang berjalan ke arah meja yang khas untuk keluarga aku dan Aiden.
Majlis ni meraikan hari keluarga kitorang iaitu tarikh perkahwinan grandparents moyang aku. Fuh, jauh benar bukan? Kitorang buat macam tu sebab lagi ramai. Kalau ambil dari moyang je mesti tak seramai ni. Aku dan Aiden pun takkan berjumpa sebab kitorang berbeza moyang. Walaupun diorang dah takde tapi ahli keluarga yang ada masih boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama, itu lah yang aku bersyukur.
"Dah macam pinang dibelah dua bila mama tengok kamu berdua ni." Tegur Aunty Dhia lalu tersenyum. Aku dah makin blushing, aduhai. Aku duduk di sebelah grandma dan di antara Aiden dan grandma. Aunty dan uncle dekat depan.
"Lepas majlis ni kita balik sekali ye semua guna limousine. Papa, mama dan Grandma Laura nak bagitahu sesuatu." Aku sudah mula berkerut apabila Uncle Faris berkata begitu. Asal dengar macam serius je ni..
"Okay..." Serentak aku dan Aiden membalas. Seperti biasa, majlis berlangsung dan dimulakan dengan doa dan ucapan dari ahli keluarga yang lain. Seterusnya, ada majlis makan malam bersama. Aku tidak berhenti tersenyum. Bukannya apa, setiap tahun aku rasa macam ni. Duduk semeja dengan Aiden dan jantung berdegup pantas.
Aku curi-curi tengok dia dan bahagia. Alahai... Kitorang tak banyak bunyi memandangkan fokus dengan pentas dekat depan dan sekarang ni dekat makanan tetapi aunty, uncle dan grandma benar-benar meluangkan masa bersama. Aku dengan Aiden je sunyi sikit. Maybe sebab kitorang tak tahu nak cakap apa.
"Steak yang kau ambil tu, okay tak?" Soalan Aiden dibalasku dengan mengangguk. Aku ada nampak dia keliru nak pilih antara dua jenis steak ni tadi. Rasanya dia suka dua tapi kalau ambil dua macam banyak sangat jadi Aiden ambil satu. Aku pun senyap-senyap pergi ambil yang kedua tu.
"Okay je, kau nak rasa?" Aku menghulurkan garpu yang sudah dicucuk dengan potongan steak itu ke arahnya. Sengaja aku pegang dekat hujung sikit grapu itu supaya senang untuk Aiden ambil garpu ni dari tangan aku. Aiden tersenyum sedikit lalu tangannya mencapai garpu itu erk sekali dengan tangan aku...? Tangan aku ditarik ke arahnya sekali, dia pegang erat tangan aku lalu baru dia makan. Aku suap dia?! Haishskskskskdkeowodkgofjfnvnfkskdmflsalapxlvkeoeodockfkfkcvnvn, aku dah mula sawan ni.