VIII - Attends, quoi?!

15.1K 1.2K 117
                                    

'Wait, what?!'

SEMINGGU BERLALU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU BERLALU

Aku merenung ke arah luar tingkap dengan termenung jauh. Aku gementar sebenarnya dari tadi lagi tetapi lebih jauh dilanda dengan kesedihan. Kepala disandarkan pada hujung kereta. Rindu yang terpendam lamanya makin menguasai diri aku.

"Med?" Suara Dyara mengejutkan aku yang ralit termenung. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya dengan senyuman tawar. Aku bukan seseorang yang boleh sembunyikan perasaan. Aku lemah dalam hal itu.

Kereta memasuki perkarangan rumah menerusi gerbang pagar yang tinggi dan besar. Hati aku makin luluh. Kereta itu melalui jalan khas yang sepanjangnya dihias dengan pokok menghijau dan berbunga cantik. Tidak aku sangka, keadaan taman dan persekitaran masih kelihatan cantik.

"Yea, Dyara. Kenapa?" Soalku apabila kereta yang dipandu oleh Uncle Sham berhenti di hadapan pintu garaj yang di luar rumah. Wajah Dyara kelihatan cuak dan terkejut. Kenapa? Takkan nampak hantu pula dekat rumah ni?

" Takpelah..." Dyara tersenyum kembali.

" We're here, cik muda." Ujar Uncle Sham lalu keluar membukakan pintu untuk aku dan Dyara. Aku langsung tak sempat nak buka, Uncle Sham dah bukakan. Dyara mula mengerut semula setelah kitorang keluar dari kereta.

" Thanks, uncle." Aku tersenyum lembut.
"Memang dah tugas uncle. Kalau ada apa-apa, panggil uncle je dekat sini." Aku mengangguk perlahan sebelum mengajak Dyara berjalan dengan aku.

Dyara yang baru aku kenal sejak masuk ke sekolah baru itu sudah menggila dan rapat dengan aku. Aku akui dia seorang yang supporting dan masuk air. Tentang Aiden? Aku tak bermaksud nak bagitahu tetapi dia terjumpa keychain yang aku letak gambar Aiden tu. Hakikatnya aku tak boleh move on. Lepas buang dari luar tingkap dulu, tak sampai tiga hari aku pergi cari balik dekat taman bawah.

Langkah aku terhenti apabila lengan aku ditarik oleh seseorang dari belakang. Dyara.

"Med, kita dekat mana ni? Bukan kau cakap kau nak ajak aku kemas rumah kau ke? Tapi kawasan kediaman ni.. Sepanjang aku tinggal dekat negeri ni aku tak pernah masuk sampai sini. Yelah, sini kan kawasan perumahan tertutup. Privas-" kata-kata Dyara terhenti dan aku juga tidak fokus pada dia setelah ada seorang wanita mendekati kitorang.

" Assalammualaikum, cik muda." Terus aku rasa rahang aku longgar, terjatuh. Makcik Yati! Aku terus memeluk wanita yang berdiri di hadapan kitorang.

"Medina.. Makcik rindu sangat dengan cik muda Medina." Makcik Yati turut memeluk aku. Terasa sebak di sini. Kali terakhir aku berjumpa dengan Makcik Yati ialah sewaktu aku kena pindah ke Jerman. Aku pulang ke sini pun aku tak sempat nak pergi ke rumah ini. Mana tidaknya, aku datang pun untuk satu malam je lepas tu balik. Lagipun.. Aku lemah semangat je nak datang sini sebenarnya.

Dear Mr Crush!✔️Where stories live. Discover now