My heart is yours
AUTHOR SANGAT GEMBIRA DENGAN KOMEN DAN VOTE ANDA SEMUA SEKELIAN ALAM. RAJIN TAIP EH🥺❤️🌻 SAYANG KORANG! 🥺❤️
Aku mengerut seribu saat badanku jatuh dari katil kerana bergolek riang. Aduh, sakit! Terlalu seronok! Waktu mandi tadi pun, aku dah tergelincir dalam bilik air sebab tak reti duduk diam. Ye, aku mengaku. Aku pengsan lagi tadi dan bila bangun, aku dah ada dalam bilik sendiri. Haish apa nak jadi dengan aku ni? Aiden ajak jadi girlfriend pun aku pengsan. Dia confess pun aku pengsan. Teruk betul perasaan minat aku dekat idol sekolah tu.
Aku terus bangun dari karpet berbulu itu lalu merangkak ke arah meja yang aku letakkan gitar akustik. Merangkak? Jangan hairan dengan perangai pelik aku sekarang ni. Otak aku dah tak betul sejak Aiden confess! Aku bangun berdiri semula lalu duduk di tengah katil. Bibirku menyanyikan sebahagian lagu yang random keluar dari otak.
"
I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town, and I said
"Aku tersenyum sendiri sambil jari jemari menari di atas tali gitar akustik milik aku. Bagai mimpi khalayan dengan Mr Crush sendiri. Pipi sudah terasa kebas menyerang kerana tidak berhenti senyuman dari tadi. Sukar sebenarnya nak bernyanyi dengan fokus sebab bibir aku tak berhenti nak senyum. Lagi lagi lagu yang buat aku banyak berkhayal. Rasa seperti nak bergolek riang di atas katil ini nasib aku tahan je.
"
Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
"Saat aku ingin menyambung rangkap lagu seterusnya, belakang badan aku merasakan ada sesuatu bersandar rapat seolah olah belakang badan manusia lain. Jantung aku berdegup laju untuk menegur. Lidah terlalu kelu untuk meneruskan lirik seterusnya kerana aku tahu Aiden tapi entah kenapa tangan aku lincah turut bermain.
Kitorang saling bersandar antara satu sama lain. Rapat! Aku lagi terkedu saat Aiden pula yang menyambung.....
And said "Marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say 'Yes'"OKAY! GOOD! SEKARANG NI BUKAN LIDAH JE KELU SEKALI DENGAN TANGAN AKU YANG ELOK MEMETIK GITAR TADI!
"Hai, sayang Medina." Suara si dia berbisik meruntuhkan hati aku dengan serta merta. Badanku seolah olah kaku kerana terlalu tergamam. Terkena sumpahan batu balik ke aku ni? Tiba-tiba aku merasakan badanku ditarik menghadap ke arahnya. Sepasang mata Tengku Faliq Aiden merenung ke arah aku tanpa henti. Pipi aku dah rasa merah balik!
" Oops, jangan pengsan lagi. Penatlah aku rindu kau. Asyik tutup je mata kau tu. Sudahlah aku suka cara kau pandang aku. Kalau pengsan mata tu tengah tutup, aku pula yang rindu." Perlahan suaranya membalas sambil menahan badan aku dari jatuh baring ke arah cadar. Lemah semacam dah diri aku ni. SEMUA SALAH AIDEN!
"Aiden sudahlah buat aku cair. Aku penat juga kena serangan jantung dengan kau ni." Nadaku juga perlahan seperti lemah. Aku tak kuat. Sumpah aku cakap yang aku tak kuat! Macam mana aku nak hadap sampai ke tua kalau macam ni! Arghhh!
"Cair? Cair macam mana?" Aiden mendekatkan dirinya dengan aku, lebih rapat! Lambat laun bibir itu terukir senyuman nakal.
YOU ARE READING
Dear Mr Crush!✔️
RomanceThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...